Selamat Hari Ibu 2024 – Tarikh Di Malaysia & Contoh Ucapan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2024 & CONTOH UCAPAN SELAMAT HARI IBU ISTIMEWA UNTUK IBU ANDA

Bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga, khususnya anak-anak mereka.

Tahukah anda bilakah tarikh sebenar sambutan Mother’s Day ini dan apakah asal-usulnya?

Jom ketahui lebih lanjut agar anda boleh membuat persiapan untuk ibu anda pada hari istimewa ini!

Tarikh Hari Ibu 2024

Hari Ibu atau Mother’s Day disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, bagi tahun 2024 ini, ia jatuh pada 12 Mei 2024.

Contoh Ucapan Selamat Hari Ibu Untuk Mama Tersayang

UCAPAN 1

Untuk wanita yang bernama Ibu, terima kasih atas segala pengorbananmu. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi.

Selamat Hari Ibu!

UCAPAN 2

Kasih ibu tiada ganti, tidak akan ada seperti sehangat kasihmu.

Terima kasih Ibu kerana telah melahirkan, membesarkan dan memberikan didikan yang terbaik kepada kami selama ini.

Selamat Hari Ibu.

selamat hari ibu 2024

UCAPAN 3

Selagi mentari menyinari,
Selagi itu mengalir doamu hari demi hari,
Selagi purnama silih berganti,
Selagi itu kasih sayangmu tidak akan pernah berhenti.

Semoga Allah memberkati hidup ibuku.

Terima kasih ibu.

UCAPAN 4

Buat insan yang bernama Ibu, semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkahmu dalam memimpin keluargamu ke jalan yang diredhai Allah serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang di setiap usahamu.

Mudah-mudahan pengorbananmu untuk keluarga akan sentiasa diberkati Allah dengan rahmat Nya yang Maha Luas serta mendapat Syafaat dari Rasulullah saw.

UCAPAN 5

Aku mencintai ibu kerana dia telah memberikan aku cinta, dia mengorbankan aku jiwanya, dan yang paling penting – dia memberi aku seluruh waktunya.

Terima kasih ibu!

selamat hari ibu 2024

UCAPAN 6

Ibu,
Ibu adalah cinta abadi,
Sebuah cinta yang luar biasa,
Seseorang yang sentiasa berada di sisi,
Dialah yang benar-benar peduli.
Segala pemberian yang aku berikan,
Tidak akan dapat setanding dengan kasih sayangmu,
Terima kasih telah membawaku ke dunia ini,
Dan selalu melihat yang terbaik dalam diriku,
Hari Ibu, doa terbaik untukmu,
Cinta dan doa dari kami hanya untukmu yang bergelar Ibu.

Kredit sumber asal : TV Alhijrah

UCAPAN 7

Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua insan yang yang bergelar Ibu.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud : “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”

Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala jasa ibu kita semua.

Kredit sumber asal : JAKIM

LAGI CONTOH UCAPAN ISTIMEWA UNTUK IBU

1. Hanya Ibu yang tahu saat aku menyembunyikan sedihku di balik senyumanku.

2. Engkaulah wanita pertama yang mengajar diri ini akan erti cinta. Engkau jualah yang menunjukkan diri ini apa itu erti sayang. Dari engkau jugalah, diri ini belajar akan erti pengorbanan. Sungguh, tidak akan mampu untuk diri ini membalas pengorbananmu wahai ibuku. Selamat hari lahir, ibu. Terima kasih untuk segalanya.”

3. Selamat hari ibu. Tiada lain yang ku doakan agar ibu dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diberikan kemudahan didalam setiap urusan ibu. I love you, ibu!

4. Ibu, tiada seorang pun di dunia ini yang mampu memahamiku sebaik dirimu. Terima kasih kerana selalu ada untukku. Semoga Allah mengabulkan segala doa dan permintaan ibu. Selamat hari ibu.

5. To my supermom – Semoga ibu akan terus kuat dan sihat untuk mengerjakan segala aktiviti harian ibu, ibadah dan hobi yang paling ibu suka. Semoga ibu akan kekal bahagia dibawah kasih sayang dan rahmat daripada-Nya. Selamat Hari Ibu!

6. Ibu boleh menggantikan sesiapa saja – guru, jururawat, pemandu, tukang masak; namun tiada siapa yang boleh menggantikan tempat ibu. Selamat Hari Ibu!

selamat hari ibu

Nikmatilah indahnya hidup bersama ibu sebelum kesempatan itu hilang. Ada orang kehilangan rasa bahagia di hati sejak kehilangan ibu.

Hadis Tentang Keredaan Ibu Bapa

عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

Daripada Abdullah bin ‘Amrin RA. dia berkata, Nabi ﷺ telah bersabda:

“Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibu bapa.”(HR al-Tirmidzi No: 1821)

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak.

Daripada Abu Ad-Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda : “Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka letakkanlah pintu itu atau jagalah ia.”

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.

Baca juga:

Hukum Sambutan Mother’s Day Dalam Islam

Hukum sambutan Mother’s Day ada kalanya menjadi isu di Malaysia kerana perkaitannya dengan budaya Barat / agama lain.

Namun, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat. 

Menurut beliau dalam IRSYAD AL-FATWA KE-11, sambutan ini tidak dianggap sesuatu yang tidak dibolehkan, tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

  • Menganggap Hari_Ibu atau Mother’s Day sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
  • Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Sumber rujukan: Astro Awani, WomansDay.comPejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut