Hari Ibu disambut pada bulan Mei setiap tahun di Malaysia bagi menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga, khususnya anak-anak mereka.
Sambutan Hari Ibu berbeza-beza pada setiap negara. Ada yang menyambutnya pada bulan Mac, Disember dan sebagainya.
Ini adalah kerana sebahagian negara mengikuti tarikh rasmi Hari Ibu yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah pada Ahad kedua bulan Mei, manakala sesetengah negara mempunyai cuti dan perayaan tradisional mereka sendiri yang kini juga disebut sebagai Hari Ibu.
Rujuk tarikh Hari Ibu di Malaysia 2026, hukum sambut Hari Ibu, contoh ucapan dan Quotes Hari Ibu di bawah.

Tarikh Hari Ibu 2026
Hari Ibu atau Mother’s Day disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.
Oleh itu, bagi tahun 2026 ini, ia jatuh pada 10 Mei 2026 iaitu pada hari Ahad.

Apa Hukum Sambut Hari Ibu / Mother’s Day Dalam Islam?
Hukum sambutan Mother’s Day ada kalanya menjadi isu di Malaysia kerana perkaitannya dengan budaya Barat / agama lain.
Namun, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
Menurut beliau dalam IRSYAD AL-FATWA KE-11, sambutan ini tidak dianggap sesuatu yang tidak dibolehkan, tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
- Menganggap Hari_Ibu atau Mother’s Day sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
- Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
- Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.
Sumber rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Contoh Ucapan Selamat Hari Ibu Untuk Mama Tersayang
UCAPAN 1
Untuk wanita yang bernama Ibu, terima kasih atas segala pengorbananmu. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi.
Selamat Hari Ibu!
UCAPAN 2
Kasih ibu, sejuta makna.
Terima kasih Ibu kerana telah melahirkan, membesarkan dan memberikan didikan yang terbaik kepada kami selama ini.
Selamat Hari Ibu.

UCAPAN 3
Selagi mentari menyinari,
Selagi itu mengalir doamu hari demi hari,
Selagi purnama silih berganti,
Selagi itu kasih sayangmu tidak akan pernah berhenti.
Semoga Allah memberkati hidup ibuku.
Terima kasih ibu.
UCAPAN 4
Buat insan yang bernama Ibu, semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkahmu dalam memimpin keluargamu ke jalan yang diredhai Allah serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang di setiap usahamu.
Mudah-mudahan pengorbananmu untuk keluarga akan sentiasa diberkati Allah dengan rahmat Nya yang Maha Luas serta mendapat Syafaat dari Rasulullah saw.

UCAPAN 5
Aku mencintai ibu kerana dia telah memberikan aku cinta, dia mengorbankan aku jiwanya, dan yang paling penting – dia memberi aku seluruh waktunya.
Terima kasih ibu!
UCAPAN 6
Ibu,
Ibu adalah cinta abadi,
Sebuah cinta yang luar biasa,
Seseorang yang sentiasa berada di sisi,
Dialah yang benar-benar peduli.
Segala pemberian yang aku berikan,
Tidak akan dapat setanding dengan kasih sayangmu,
Terima kasih telah membawaku ke dunia ini,
Dan selalu melihat yang terbaik dalam diriku,
Hari Ibu, doa terbaik untukmu,
Cinta dan doa dari kami hanya untukmu yang bergelar Ibu.

UCAPAN 7
Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua insan yang yang bergelar Ibu.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud : “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”
Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala jasa ibu kita semua.

UCAPAN 8
Engkaulah wanita pertama yang mengajar diri ini akan erti cinta. Engkau jualah yang menunjukkan diri ini apa itu erti sayang. Dari engkau jugalah, diri ini belajar akan erti pengorbanan. Sungguh, tidak akan mampu untuk diri ini membalas pengorbananmu wahai ibuku. Selamat Hari Ibu, bu. Terima kasih untuk segalanya.
UCAPAN 9
Selamat hari ibu. Tiada lain yang ku doakan agar ibu dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diberikan kemudahan didalam setiap urusan ibu. I love you, ibu!

UCAPAN 10
Ibu, tiada seorang pun di dunia ini yang mampu memahamiku sebaik dirimu. Terima kasih kerana selalu ada untukku. Semoga Allah mengabulkan segala doa dan permintaan ibu. Selamat hari ibu.
UCAPAN 11
To my supermom – Semoga ibu akan terus kuat dan sihat untuk mengerjakan segala aktiviti harian ibu, ibadah dan hobi yang paling ibu suka. Semoga ibu akan kekal bahagia dibawah kasih sayang dan rahmat daripada-Nya. Selamat Hari Ibu!
UCAPAN 12
Ibu boleh menggantikan sesiapa saja – guru, jururawat, pemandu, tukang masak; namun tiada siapa yang boleh menggantikan tempat ibu. Selamat Hari Ibu!

Nikmatilah indahnya hidup bersama ibu sebelum kesempatan itu hilang. Ada orang kehilangan rasa bahagia di hati sejak kehilangan ibu
Quotes/Kata-kata Berkaitan Ibu
Berikut ialah beberapa contoh quotes berkaitan ibu yang sesuai digunakan untuk kad, caption media sosial atau ucapan WhatsApp sempena Hari Ibu:
1. “Seperti udara, kasih yang engkau berikan, tak mampu ku membalas, ibu.” – Iwan Fals
2. “Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan, keberanian, kesucian diri dan keadilan.” – Abu Hamid Al Ghazali
3. “Walau mustahil menjadi ibu yang sempurna, namun seorang ibu pasti berusaha untuk menjadi ibu terbaik bagi anak-anaknya.” – Anonim
4. “A mother’s arms are more comforting than anyone else’s.” – Diana, Princess of Wales
5. “When you look into your mother’s eyes, you know that is the purest love you can find on this earth.” – Mitch Albom
6. “Mama was my greatest teacher, a teacher of compassion, love and fearlessness.” – Stevie Wonder
7. “Life doesn’t come with a manual, it comes with a mother.” – Anonim
8. “Mothers are like glue. Even when you can’t see them, they’re still holding the family together.” – Susan Gale
9. “When you look into your mother’s eyes, you know that is the purest love you can find on this earth.” – Mitch Albom
10. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). – Surah Luqman: 14
Hadis Tentang Keredhaan Ibu Bapa
عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ
Daripada Abdullah bin ‘Amrin RA. dia berkata, Nabi ﷺ telah bersabda:
“Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibu bapa.”(HR al-Tirmidzi No: 1821)

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak.
Daripada Abu Ad-Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda : “Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka letakkanlah pintu itu atau jagalah ia.”
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.
Soalan Lazim Hari Ibu 2026
Hari Ibu 2026 disambut pada Ahad, 10 Mei 2026, mengikut tradisi Ahad kedua bulan Mei yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tarikh ini bermula pada 1914 di Amerika Syarikat atas cadangan Anna Jarvis, dan kini diikuti ramai negara termasuk Malaysia sebagai sambutan tahunan tanpa status cuti rasmi.
Berikan ucapan ikhlas seperti “Selamat Hari Ibu, terima kasih atas pengorbananmu sepanjang hayat” atau buat kad tangan dengan AI tools. Aktiviti popular termasuk makan malam keluarga, hadiah bunga atau sumbangan amal atas nama ibu.
Pilih barang peribadi seperti jam tangan, beg tangan atau voucher spa. Untuk bajet rendah, buat kad digital atau kuih buatan tangan. Elak beli secara tergesa – plan awal untuk sentuhan istimewa.
Tidak, ia sambutan tidak rasmi di Malaysia.




