Harga Sawit Terkini & Semakan Harga Semasa

Harga Sawit Terkini & Semakan Harga Semasa ~ Permintaan minyak sawit pada peringkat global dijangka akan meningkat sekaligus menyebabkan harganya bakal melonjak naik bagi beberapa bulan mendatang.

Menurut pemerhatian seorang profesor ekonomi dari Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng, sektor berasaskan sumber serta komoditi terutamanya minyak sawit dan getah dijangka akan berkembang berikutan peningkatan harganya.

harga sawit terkini

Baca Juga : Harga Getah Sabah Terkini & Cara Semakan

Ini seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara yang dilihat kian berkembang dengan usaha negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada awal bulan April 2022.

Selain faktor pertumbuhan ekonomi tempatan, harga minyak sawit juga dijangka akan meningkat dan kekal tinggi sehingga RM 9,000 bagi setiap satu tan metrik pada pertengahan tahun ekoran peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Peperangan antara dua negara ini menyebabkan penghasilan minyak sayuran lain seperti minyak soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari menurun.

Pengenalan Minyak Sawit

Sawit atau nama saintifiknya, Elaeis guineensis Jacq, berasal dari Afrika Barat. Ia pertama kali dibawa masuk ke negara ini oleh orang Inggeris pada tahun 1870-an sebagai tanaman hiasan.

Namun, negara-negara lain sudah mengenalinya berdasarkan bukti awal penggunaannya:

  • Kesan minyak sawit yang dijumpai dalam tempayan pengebumian yang berusia 5000 tahun di Abydos, Mesir.
  • Sebagai bahan pertukaran dalam sistem barter untuk mendapatkan garam berkurun dahulu.
  • Sebagai minyak pelincir jentera dan bahan asas untuk menghasilkan lilin, sabun dan marjerin pada kurun ke-19 di Eropah.

Penanaman sawit bermula secara besar-besaran di Malaysia pada tahun 1960-an. Ini diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai skim untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup di kalangan penduduk luar bandar.

Kini, tanaman sawit tumbuh dan berkembang di ladang yang terdapat di seluruh negara, dari Perlis hingga Sabah.

Pokok Sawit & Hasilnya

Pokok sawit benar-benar menguntungkan. Ia boleh mengeluarkan hasil yang berterusan selama 20 hingga 30 tahun.

Penanaman sawit memerlukan keluasan tanah yang lebih kecil berbanding tanaman minyak sayuran lain.

graph-bm

BUAH SAWIT

Pokok sawit yang sihat dapat menghasilkan kira-kira 26 Buah Tandan Segar (BTS) setiap tahun.

Apabila buah sawit masak, ia akan bertukar menjadi warna merah keemasan.

Ia mestilah dituai dan dihantar ke kilang dengan segera untuk memastikan minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Buah sawit menghasilkan 2 jenis minyak:

  1. Minyak sawit dihasilkan dari bahagian sabut (mesocarpa)
  2. Minyak isirung sawit dihasilkan dari bahagian isirung (biji)
harga sawit terkini
Sumber: https://sawit.com.my/

Semakan Harga Sawit Terkini 2022

Menerusi laman web MPOB, harga minyak sawit terkini pada 14 April 2022 adalah RM 6,639.00.

Cara Semakan Harga Sawit Semasa

Semakan harga semasa bagi minyak sawit boleh dilakukan dengan melayari pautan rasmi MPOB seperti berikut :

I) Harga Harian Minyak Sawit Mentah – Malaysia (RM/Tan)

II) Laman web rasmi FELDA

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan harga sawit di Malaysia melalui laman web FELDA di pautan:

https://www.felda.gov.my/kerjasama-strategik/info-kewangan

Faktor Turun Naik Harga Minyak Sawit Mentah

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin, permintaan kembali minyak sawit merupakan peluang untuk Malaysia membuktikan kebaikan produk tempatan kepada negara luar.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir yang menjangka hasil yang lebih tinggi daripada eksport minyak sawit yang lebih tinggi pada tahun ini ekoran kekurangan bekalan minyak sayuran global ketika ini.

Dr Sathia Varqa dari Palm Oil Analytics (POA) telah menggariskan beberapa faktor yang bakal mempengaruhi harga minyak sawit mentah dunia iaitu:

  1. Perkembangan penularan COVID-19 di mana ia meletakkan prospek ekonomi yang tidak menentu dan lemah
  2. Prospek pengeluaran kacang soya di Amerika Syarikat
  3. Dasar percukaian
  4. Persaingan harga
  5. Dasar biodoesel
  6. Ketengan hubungan politik dan perdagangan antara China dan AS
  7. Jurang minyak kelapa mentah dan minyak inti kelapa sawit
  8. Impak daripada mandat B30 Indonesia yang dilaksanakan akan terus menyokong harga minyak sawit kerana sebahagian besar kuantiti diserap oleh program ini.
  9. Sentimen antikelapa sawit yang berterusan di Eropah dan desakan untuk menghentikan penggunaan bahan api biologi (biofuel) minyak sawit menjelang 2030 akan menjejaskan harga kerana ekonomi utama Eropah akan fokus kepada memaksimumkan pengeluaran minyak biji bijian mereka sendiri.

Sumber: DagangNews, Harian Metro

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!