Harga Siling Minyak Masak Bulan Ini (Mac 2023)
Seperti yang kita sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2022.
Tindakan ini adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.
Terkini, harga runcit maksimum minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh 8 Disember hingga 7 Januari depan kekal seperti bulan sebelumnya.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, harga itu tidak berubah walaupun harga purata minyak mentah (CPO) sepanjang November mencatatkan peningkatan berbanding Oktober.
“Penetapan harga ini adalah hasil kerjasama daripada pihak industri minyak masak yang telah bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum Disember sama dengan November,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga minyak botol bagi 1 kilogram (kg) ditetapkan RM6.90, manakala bagi 2kg pula adalah RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).
Datuk Azman berkata, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.
Harga Ditetapkan Secara Bulanan
Harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Kaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.
Bagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada.
Harga Maksimum Minyak Masak Botol Seluruh Malaysia
PENETAPAN HARGA SILING RUNCIT SECARA BULANAN BAGI MINYAK_MASAK TULEN KEMASAN BOTOL SELURUH MALAYSIA.
Jadual harga maksimum Harga Siling Minyak_Masak Sawit Tulen Kemasan Botol (8 Mac – 7 April 2023)
- 1 kg : RM6.90 ( kekal )
- 2 kg : RM13.30 ( kekal )
- 3 kg : RM19.60 ( kekal )
- 5 kg : RM30.90 ( kekal )
Harga Maksimum Minyak Masak Bersubsidi (Polibeg)
Untuk makluman, harga siling minyak sawit tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.
Harga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50!
Laporkan kepada KPDNHEP jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 Kg melebihi harga kawalan.
Baca juga:
- Harga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel
- Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:
- Talian bebas tol (1-800-886-800)
- Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my