Harga minyak masak di Malaysia kekal stabil pada April 2026, dengan harga siling minyak masak tulen dan paket polibeg yang masih mengikuti skema harga maksimum yang diperkenalkan tahun‑tahun sebelumnya.
Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.
Ringkasan Harga Minyak Masak Terkini di Malaysia
1. Harga runcit maksimum bagi minyak sawit tulen dalam botol adalah seperti berikut:
1 kg: RM6.90
2 kg: RM13.30
3 kg: RM19.60
5 kg: RM30.90
2. Harga Minyak Dalam Polibeg
Harga: Kekal pada RM2.50 bagi setiap polibeg 1kg.
Larangan Warga Asing: Mulai 1 Mac 2026, warga asing secara rasmi dilarang membeli minyak masak paket bersubsidi ini.
Sistem eCOSS: Pembelian kini memerlukan pengesahan identiti menggunakan MyKad bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia.
Berapa Harga Minyak Masak Terkini?
Setakat April 2026, kerajaan dan industri minyak sawit masih lagi mengekalkan harga minyak masak paket polibeg 1 kg dengan harga RM2.50 sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Hal ini adalah untuk memastikan rakyat dapat membeli minyak masak sehari‑hari dengan harga terjangkau.
Manakala, harga minyak botol bagi 1 kilogram (kg) ditetapkan RM6.90, manakala bagi 2kg pula adalah RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).
Harga ini berlaku secara umum di seluruh negara, sama ada di pasar raya, pasar malam, atau kedai runcit berdaftar.
Harga Maksimum Minyak Masak Botol Seluruh Malaysia
Berdasarkan penetapan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), harga siling runcit bagi minyak masak sawit tulen kemasan botol untuk tempoh 8 April hingga 7 Mei 2026 dikekalkan.
Walaupun harga purata minyak sawit mentah (CPO) mencatatkan peningkatan pada bulan Mac 2026, kerajaan bersetuju untuk mengekalkan harga sedia ada bagi mengurangkan beban sara hidup rakyat.
Berikut adalah senarai harga maksimum runcit yang ditetapkan bagi seluruh Malaysia:
Harga minyak masak bersubsidi dalam kemasan polibeg 1kg kekal tidak berubah. Kerajaan masih mengekalkan subsidi bagi memastikan golongan sasar mendapat bekalan pada harga mampu milik.
Berikut adalah harga maksimum yang ditetapkan bagi seluruh Malaysia:
Ingat, harga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50!
Laporkan kepada KPDNHEP jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 Kg melebihi harga kawalan.
Minyak Masak Paket (Bersubsidi) untuk Siapa?
Minyak masak paket bersubsidi RM2.50 (polibeg 1kg) dikhaskan secara eksklusif untuk warganegara Malaysia sahaja bagi kegunaan isi rumah domestik sahaja.
Golongan yang Layak
Warganegara Malaysia: Pembelian memerlukan pengesahan identiti melalui MyKad atau aplikasi eCOSS.
Isi Rumah Domestik: Untuk kegunaan harian keluarga, individu bujang, atau pelajar.
Pengguna Berdaftar eCOSS: Pengguna perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun dalam aplikasi eCOSS sebelum membuat pembelian di kedai berlesen bagi tujuan rekod subsidi bersasar.
Golongan yang TIDAK LAYAK
Warga Asing: Secara rasmi dilarang membeli minyak paket di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sektor Komersial/Perniagaan: Pengusaha restoran, kedai makan, katering, atau pengilang makanan tidak dibenarkan menggunakan minyak masak paket bersubsidi. Mereka diwajibkan menggunakan minyak masak dalam botol atau belian pukal tanpa subsidi.
Kuota Pembelian Minyak Masak Bersubsidi
Setiap isi rumah biasanya diberi kuota pembelian dalam lingkungan 1-2 peket untuk 1kg minyak masak setiap bulan.
Setiap pembelian mesti dibuat melalui aplikasi eCOSS dengan pengesahan identiti menggunakan MyKad untuk mengesahkan kelayakan pembeli.
Langkah ini memastikan subsidi minyak masak peket 1kg benar-benar sampai kepada golongan yang layak seperti isi rumah B40 dan bukan pihak yang tidak berhak.
Dengan sistem eCOSS dan kuota ini, kerajaan berharap subsidi minyak masak dapat diagihkan secara telus dan adil kepada rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan.
Daftar akaun pengguna dengan memasukkan maklumat peribadi dan lakukan pengesahan identiti menggunakan MyKad (e-KYC).
Apabila hendak membeli minyak masak peket subsidi 1kg, pergi ke kedai atau outlet berlesen yang menyertai program eCOSS.
Buka aplikasi eCOSS dan tekan butang “Imbas Kod QR” yang disediakan oleh peruncit.
Imbas kod QR pada premis untuk mengesahkan pembelian minyak masak peket subsidi.
Pilih jumlah peket minyak masak yang ingin dibeli dan sahkan transaksi.
Bayar harga subsidi yang ditetapkan, biasanya RM2.50 untuk setiap peket 1kg.
Rekod pembelian akan disimpan dalam sistem eCOSS secara digital untuk pemantauan oleh KPDN.
Rujuk video tutorial pembelian minyak masak menggunakan aplikasi eCOSS:
Tak Boleh Jual Minyak Masak Paket Kepada Warga Asing Mulai 1 Mac 2026 – KPDN
KPDN WARTA LARANGAN PENJUALAN MINYAK MASAK PAKET BERSUBSIDI KEPADA WARGA ASING Mulai 1 Mac 2026 – AKTA KAWALAN BEKALAN 1961
Bermula 1 Mac 2026, Penjualan Minyak Masak Peket Bersubsidi adalah dilarang kepada warga asing.
Penguatkuasaan ini adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang berfungsi mengawal ketirisan dan penyelewengan barang kawalan.
Maklumat Lanjut & Cara Buat Aduan KPDNHEP
Pengguna yang mendapati harga minyak masak yang dijual tidak mengikut harga kawalan boleh membuat aduan kepada KPDNHEP melalui saluran berikut:
WhatsApp: 019-848 8000
Portal: eaduan.kpdn.gov.my
Hotline: 1-800-886-800
Aplikasi: Ez ADU KPDN
Selain itu, aduan juga boleh dibuat dengan hadir ke pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dengan mengemukakan resit pembelian atau dokumen berkaitan.
Soalan Lazim Harga Minyak Masak Terkini
Berapa harga minyak masak terkini di Malaysia?
Harga minyak masak terkini di Malaysia pada April 2026 masih tertakluk kepada sistem harga siling dan subsidi kerajaan.
– Minyak masak paket/polibeg 1 kg: RM2.50 (bersubsidi). – Minyak masak botol 1 kg: kira‑kira RM6.90 (Mungkin sedikit berbeza mengikut kedai dan lokasi, tetapi tidak boleh melebihi harga maksimum yang ditetapkan).
Adakah harga naik pada April 2026?
Harga siling minyak masak paket dan botol masih kekal mengikut senarai harga runcit yang ditetapkan industri dan KPDN.
Kenapa harga minyak masak paket 1 kg hanya RM2.50?
Harga minyak masak paket 1 kg RM2.50 dikenakan kerana subsidi dan skim penstabilan harga seperti Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang dikelola KPDN.
Adakah harga minyak di Malaysia lebih murah berbanding negara lain?
Ya, harga minyak masak di Malaysia dianggap lebih murah berbanding jiran seperti Indonesia, terutamanya untuk minyak masak bersubsidi 1 kg (RM2.50). Bagi minyak tiada subsidi, harga masih berada pada paras yang kompetitif kerana Malaysia adalah pengeluar minyak sawit utama dunia.
Kenapa harga minyak dalam botol lebih mahal dari minyak paket?
Minyak dalam botol lebih mahal kerana: – Tidak dikenakan subsidi penuh, – Kos pembungkusan plastik / botol, – Bayaran logistik dan jenama yang lebih tinggi. – Harga tiada subsidi juga ditetapkan mengikut harga siling bergerak yang menghubungkaitkan kos minyak sawit mentah dengan harga runcit.
Apa perlu buat jika harga melebihi RM2.50 (paket)?
Jika kedai menjual minyak masak paket 1 kg melebihi RM2.50, pengguna boleh: – Mengadu melalui KPDN atau aplikasi e‑aduan rasmi dan mengelak membeli di kedai itu sehingga aduan disiasat.