Hadiah Untuk Ibu Sempena Meraikan Hari Istimewa – 20 Pilihan Yang Menarik

Ibu adalah merupakan insan istimewa yang hadir dalam hidup setiap individu. Mereka adalah insan yang sering berkorban demi kebahagiaan anak-anak.

Sebagai seorang anak, kita perlulah berusaha untuk menggembirakan hati seorang ibu. Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah dengan memberikan beliau hadiah pada hari istimewa. 

hadiah untuk ibu

Sekiranya anda  tidak tahu apa yang perlu diberikan kepada ibu anda  atau sedang  mencari idea hadiah untuk ibu yang terbaik, usah risau.

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa idea hadiah untuk ibu yang menarik dan pasti membuatkan mereka terharu sempena meraikan hari istimewa beliau. Apa yang menariknya, kesemua hadiah ini boleh didapati di Shopee!

Tunggu apalagi, mari teruskan membaca!

20 Pilihan Hadiah Untuk Ibu

1. Barang Kemas Habib

Apa salahnya sekali-sekala anda hadiahkan ibu barang kemas Habib yang  mempunyai pelbagai rekabentuk moden dengan harga yang berpatutan. Antara pilihan yang anda boleh berikan kepada ibu anda ialah cincin,  rantai,  gelang ataupun anting-anting. Ibu anda pasti menyukainya! 

HABIB Noah Diamond Bolo Bracelet: https://shopee.com.my/habib.os/5040049069

2. Al-Quran

Apabila sudah beranjak ke usia senja, para ibu biasanya akan banyak menghabiskan masa berehat. Masa yang terluang boleh diisi dengan membaca al-quran ataupun beribadah.

Hadiahkan ibu anda senaskah al-quran yang mempunyai tulisan yang agak besar agar mudah dibaca lebih-lebih lagi apabila ibu anda mempunyai masalah penglihatan disebabkan oleh faktor usia.  Secara tidak langsung, ini akan membantu menaikkan semangat ibu anda untuk terus membaca al-quran. 

Al-Quran Tagging Humaira: https://shopee.com.my/wbmarketing/2681998398

3. Beg Tangan

Beg tangan juga adalah salah satu hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada sang ibu. Bolehlah ibu anda menggunakannya untuk ke majlis-majlis khas dan penting.

Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk beg tangan yang anda boleh pilih. Anda boleh bertanya terlebih dahulu kepada ibu anda mengenai ciri-ciri beg tangan yang disukainya.  

Beg tangan: https://shopee.com.my/crocodilewomenbags.os/14219008380

4. Pressure Cooker

Sekiranya ibu anda belum lagi mempunyai pressure cooker, inilah masa terbaik untuk anda hadiahkannya kepada ibu anda. Peralatan memasak seperti pressure cooker ini sangat membantu untuk memudahkan kerja memasak di dapur. Tugas memasak pun menjadi jauh lebih mudah dan cepat.

Pressure cooker: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/11500398059

5. Set Sofa

Apabila melihat sofa di rumah ibu anda sudah agak lama dan tidak pernah berganti, jangan teragak-agak untuk membelikan ibu anda sofa baru sebagai hadiah di hari istimewanya. Kenalpasti gaya perabot dan tema ruang tersebut agar sofa yang anda beli kelak sesuai untuk diletakkan di ruang itu. 

Set sofa: https://shopee.com.my/colorlifesdnbhd/6909907524

6. Kerusi Urut

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, kerusi urut adalah pilihan hadiah yang terbaik. Terutamanya untuk ibu anda yang sudah berusia. Dengan adanya kerusi urut, ibu anda boleh melegakan sakit belakang, sakit kaki dan sakit badan setelah seharian penat menguruskan rumah. Ia sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh anda. 

Kerusi urut: https://shopee.com.my/ebestseller/17730304007

7. Cadar

Hadiahkan ibu anda set cadar yang berkualiti tinggi dan selesa untuk membantu ibu anda mendapatkan rehat dan tidur yang sempurna.Terdapat pelbagai jenama cadar yang mempunyai kualiti yang terbaik serta corak-corak yang ditawarkan juga pelbagai dan menarik. Antara jenama cadar yang popular ialah Akemi, Dora Mill dan sebagainya.

Cadar Akemi: https://shopee.com.my/akemi.os/11763321882

8. Jubah/Abaya

Pemberian jubah ataupun abaya sangat berguna untuk para ibu. Hal ini kerana, kebanyakan para ibu gemar memakai jubah ataupun kebaya ke mana-mana sahaja. Selain mudah untuk dipakai,  ia juga sangat cantik dan sesuai untuk digayakan apabila pergi ke mana-mana sahaja. 

Jubah: https://shopee.com.my/yanase/22216878489

9. Pokok Bunga Hiasan

Sekiranya ibu anda sangat suka pokok bunga dan juga minat menghias rumah, Apa kata hadiahkan ibu anda pokok bunga hiasan yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi ruangan di rumah ibu anda. 

Pokok bunga hiasan: https://shopee.com.my/nelsonwe/7655195514

10. Kasut

Hadiahkan Ibu anda sepasang kasut yang selesa dipakai terutamanya untuk digunakan apabila perlu berjalan lama dan jauh. Hal ini kerana, menginjak usia senja kaki para ibu kebanyakannya sering sakit. 

Jadi, pastikan anda memberikan hadiah kasut yang benar-benar selesa. Selain itu,  pastikan juga anda mengetahui saiz kaki Ibu anda serta jenis kasut yang disukainya. 

Kasut wanita: https://shopee.com.my/drcardin.os/3849059335

11. Stand Mixer

Untuk para ibu yang suka membuat kek ataupun kuih, stand mixer pasti akan menjadi salah satu hadiah kegemaran mereka. Ia boleh membantu memudahkan proses pembuatan kek dan kuih serta membantu menjimatkan tenaga dan juga masa sang ibu berada di dapur. 

Stand Mixer DESSINI: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/5887515923

12. Pengisar Buah

Pengisar buah juga adalah merupakan salah satu hadiah yang terbaik untuk kesihatan para ibu. Dengan adanya pengisar buah, ibu anda boleh membuat jus buah atau smoothies dengan mudah. Ini akan membantu para ibu untuk kekal bersemangat mengamalkan diet sihat setiap hari. 

Pengisar buah: https://shopee.com.my/miuimalaysia/11111963950

13. Tasbih Digital

Kebaikan tasbih digital berbanding dengan tasbih biasa ialah ibu anda tidak perlu lagi berzikir sambil mengira. Beliau hanya perlu fokus berzikir sambil menekan satu butang pada tasbih digital tersebut untuk membuat kiraan secara automatik. Mudah kan?

Tasbih digital: https://shopee.com.my/21secret/4177245534

14. Pasu Bunga

Terdapat pelbagai rekaan pasu bunga yang dijual pada masa kini. Pasu bunga dengan rekaan yang menarik boleh dijadikan sebagai hiasan rumah serta digunakan untuk meletakkan pokok hiasan. Setiap kali memandang pasu bunga yang anda berikan, pasti ibu anda teringatkan anda.

Pasu bunga: https://shopee.com.my/smartkidz.88/8543235732

15. Robot Vakum

Mengemas rumah adalah satu pekerjaan yang meletihkan. Lebih-lebih lagi apabila ibu anda sudah berusia. Untuk membantu mengatasi masalah tersebut, hadiahkanlah ibu anda robot vakum ini.

Robot vakum ini berfungsi untuk membersihkan segala kekotoran yang ada di lantai. Jadi, ibu anda tidak perlu lagi menyapu atau vakum lantai rumah sepanjang keberadaan robot vakum ini.

Robot vakum: https://shopee.com.my/vapeesteam/15609056219

16. Set Periuk

Para ibu memang sukakan periuk. Jadi, apa kata anda hadiahkan ibu anda satu set periuk untuk digunakan apabila memasak lauk harian di rumah. Ibu anda pasti tersenyum girang setiap kali memasak untuk anda sekeluarga menggunakan set periuk yang baru. 

Set Periuk DESSINI: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/5178606091

 17. Tudung

Tambahkan koleksi tudung ibu anda dengan menghadiahkan beliau tudung baru yang sudah lama diinginkannya. Atau, anda boleh memilih tudung yang sesuai dengan personaliti yang ibu anda miliki. 

Tudung: https://shopee.com.my/thejasminelook/5388357467

18. Set Tupperware

Percayalah, untuk mengambil hati ibu anda tidaklah sesukar mana. Hadiahkan sahaja set Tupperware yang menjadi kegemaran ramai kepada ibu anda. Terdapat bermacam-macam set tupperware yang dijual, anda boleh meminta ibu anda pilih yang mana beliau inginkan dalam koleksinya. 

Set Tupperware: https://shopee.com.my/yongshengecommerce/1143251

19. Blood Pressure Monitor

Untuk memastikan kesihatan ibu anda dalam keadaan yang baik, anda boleh hadiahkan alat mengawal tekanan darah yang boleh digunakan membaca tekanan darah ibu anda secara rutin.

Memantau bacaan tekanan darah adalah sangat penting untuk golongan berusia terutamanya yang mempunyai darah tinggi bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk terjadi apabila tekanan darah tidak terkawal. 

Blood pressure monitor: https://shopee.com.my/vincentboo/16978980986

20. Sejadah Sandar

Sejadah sandar merupakan produk yang popular dalam kalangan golongan ibu bapa pada masa kini kerana fungsinya yang boleh membantu anda untuk duduk bersandar sambil  membaca al-quran selepas solat,  mendengar ceramah,  ataupun menunggu waktu solat masuk.

Sejadah ini mempunyai sandaran di bahagian belakang yang membolehkan anda duduk bersandar sekaligus mengelakkan sakit belakang. 

Sejadah Sandar: https://shopee.com.my/habibcarpet/8818805711

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!