Idea Hadiah Untuk Bayi – 12 Item Yang Berguna Untuk Bayi Lelaki & Perempuan

Memilih hadiah untuk bayi tidak seperti memilih hadiah untuk individu yang sudah dewasa. Hadiah yang dipilih haruslah selamat digunakan serta bermanfaat untuk tumbesaran bayi.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mempertimbangkan beberapa perkara seperti kegunaan item tersebut dan juga keselesaan untuk ibu dan bayi

https://ecentral.my/barang-keperluan-bayi-baru-lahir

Sehubungan dengan itu, berikut kami kongsikan senarai beberapa item yang berguna dan sesuai dijadikan hadiah untuk bayi untuk dijadikan rujukan. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi untuk anda mencari hadiah terbaik sama ada untuk anak saudara, anak rakan baik anda dan sebagainya. 

Tunggu apalagi, jom semak senarai dibawah!

12 Idea Hadiah Untuk Bayi

1. Tempat Duduk Kereta Bayi (Baby Car Seat)

Pihak kerajaan telah mewajibkan penggunaan tempat duduk kereta bayi dan kanak-kanak yang perlu ada di setiap kereta. Oleh itu, bagi membantu meringankan beban ibu bapa yang mempunyai ramai anak  kecil, inilah masanya untuk anda menghadiahkan sebuah tempat duduk kereta bayi.

Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan tempat duduk kereta bayi yang ada di Shopee dengan harga yang berpatutan. 

Tempat duduk kereta bayi: https://shopee.com.my/mamakiddies/5552722359

2. Pengisar Makanan Bayi (Baby Food Processor Blender)

Menyediakan makanan untuk bayi memerlukan kreativiti dan boleh mengambil masa yang agak lama.

Untuk memudahkan sang ibu menyiapkan makanan terbaik untuk bayinya, anda boleh hadiahkan pengisar makanan bayi yang mempunyai pelbagai fungsi ini. Pengisar makanan bayi ini mendapat banyak review positif membuktikan keberkesanannya. 

Pengisar makanan bayi: https://shopee.com.my/blessedbeestore/2755331470

3. MK Magic Stroller

Tahukah anda, MK Magic stroller ini memang idaman para ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil.

Stroller ini mempunyai banyak kelebihan antaranya, boleh diputarkan 360 darjah, mudah untuk dibawa ke mana sahaja, tempat duduknya boleh dilaraskan dan sebagainya. Dengan kualiti yang terbaik, stroller ini boleh didapatkan dengan harga yang sangat berpatutan di Shopee. 

MK Magic stroller: https://shopee.com.my/qqbabyshop.my/2464362774

4. Buai Automatik

Sekiranya anda mencari buai automatik yang terbaik untuk dijadikan sebagai hadiah, anda boleh dapatkan Jollygear Arthur Series Newborn Baby Auto Swing ini. Dijamin pasti si bayi tidur dengan lena dan selesa!

Jollygear Arthur Series Newborn Baby Auto Swing: https://shopee.com.my/jollybee.my/2616273091

5. Pam Susu Elektrik

Hadiah untuk bayi tidak semestinya untuk kegunaan bayi sahaja. Namun, anda boleh juga hadiahkan sesuatu untuk si ibu. Contohnya seperti pam susu elektrik.

Dengan adanya pam susu ini, proses penyusuan akan menjadi lebih mudah dan lancar. Anda boleh hadiahkan set pam susu elektrik keluaran MIKUBI ini untuk ibu-ibu yang baru bersalin. 

Pam susu elektrik Mikubi: https://shopee.com.my/qqbabyshop.my/17741880392

6. Botol Susu

Bagi bayi yang menghisap susu botol, anda boleh hadiahkan satu set susu botol jenama keluaran Philips Avent ini. Botol susu jenama ini sememangnya menjadi pilihan para ibubapa kerana kualitinya yang baik serta boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Selain itu, ia juga selamat digunakan untuk bayi dan anak kecil. Anda boleh dapatkan di kedai Shopee Philips Avent yang official.

Botol susu Philips Avent: https://shopee.com.my/shopyourown/15304126254

7. Katil Bayi (Baby Cot)

Katil bayi ataupun baby cot adalah salah satu keperluan utama untuk bayi. Anda boleh dapatkan katil bayi keluaran jenama Mamakiddies yang sememangnya terkenal dengan kualiti dan juga fungsi keselamatannya.  

Baby cot Mamakiddies: https://shopee.com.my/mamakiddies/580951886

8. Kerusi Makan Bayi 

Memberi makan kepada bayi memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi apabila bayi anda sukar menumpukan perhatian apabila diberi makan. Oleh itu, penggunaan kerusi makan bayi amat penting untuk memberikan bayi keselesaan semasa makan. 

Kerusi makan bayi: https://shopee.com.my/rylbabyshop_/8262854403

9. Teether

Hadiahkan sebuah teether untuk bayi yang baru mula tumbuh gigi. Pilih teether yang sesuai untuk bayi, selamat dan mudah digunakan, bebas daripada BPA, antibakteria serta tahan lama. Anda boleh pilih teether yang boleh diletakkan makanan seperti buah di dalamnya. 

Teether: https://shopee.com.my/babyshop101/17080594656

10. BABYJOY Set Baby Silicone Dining Set

Sekiranya anda bercadang untuk memberi hadiah satu set bekas makanan untuk bayi yang lengkap dengan sudu, bekas makanan, bib dan sebagainya, anda boleh dapatkan set bekas makan bayi silikon keluaran BABYJOY yang lengkap dengan semua keperluan makan untuk si bayi. Harganya juga agak murah selain amat berkualiti serta sangat mudah digunakan. 

BABYJOY Set Baby Silicone Dining Set: https://shopee.com.my/babyjoy1010/18349693127

11. Tab Mandi Bayi Mudah Alih

Pilih tab mandi bayi yang boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana sahaja. Selain itu, pastikan juga tab mandi tersebut mempunyai ciri keselamatan yang tinggi seperti tidak mudah tergelincir dan selamat digunakan di permukaan yang licin seperti bilik mandi. 

Tab mandi bayi: https://shopee.com.my/mr.j_mall/10266966403

12. Baby Walker

Baby walker adalah hadiah yang sangat sesuai untuk bayi yang baru mulai belajar untuk berjalan. Ia boleh digunakan untuk membantu proses bayi berjalan dengan cepat. Pastikan anda memilih baby walker yang selamat digunakan untuk bayi. 

Baby walker: https://shopee.com.my/babymommy.my/11453206258

Akhir kata, semoga perkongsian ini mampu memberi anda idea untuk mencari hadiah yang terbaik!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!