Hadiah Untuk Ayah Yang Bermakna – 14 Pilihan Yang Istimewa!

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Adakalanya kita terlepas pandang pengorbanan seorang ayah dalam kehidupan kita. Sekali-sekala apa salahnya kita memberikan hadiah yang istimewa dan bermakna untuk ayah. 

Apabila mencari hadiah untuk ayah, ia memerlukan kita berfikir secara kreatif. Hal ini kerana, biasanya para ayah selalunya mendakwa bahawa mereka sudah mempunyai segala-galanya dan tidak mahu apa-apa. Walaubagaimanapun, apabila menerima hadiah mereka pasti merasa sangat seronok.

hadiah untuk ayah

Oleh itu, untuk memudahkan pencarian hadiah untuk ayah, berikut kami kongsikan beberapa item menarik dan mudah didapati yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk ayah. Anda boleh dapatkan semua item yang disenaraikan dibawah ini secara dalam talian dengan pembelian melalui aplikasi Shopee

Jom semak!

14 Idea Menarik Hadiah Untuk Ayah 

1. Topi

Topi boleh membantu melindungi wajah ayah anda daripada terkena sinaran panas matahari lebih-lebih lagi apabila beliau bekerja pada siang hari dan terdedah kepada matahari.

Ia akan menjadi salah satu hadiah yang sangat bermanfaat untuknya. Bukan itu sahaja, topi juga sesuai digayakan dengan pelbagai gaya untuk membantu ayah anda tampil lebih muda!

Topi: https://shopee.com.my/allblue5367/16047659643

2. Penggantung Kunci Kereta

Penggantung kunci kereta adalah merupakan salah satu item yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk ayah anda. Dengan memiliki penggantung kunci, tak perlu risau lagi kunci kereta ayah anda hilang!

Penggantung Kunci Kereta: https://shopee.com.my/bnbecommerce/12853339176

3. Jaket

Hadiahkan sepasang jaket yang bergaya dan praktikal untuk ayah anda pakai terutamanya apabila beliau sering bekerja pada waktu malam. Pastikan anda membeli jaket yang selesa dan mengikut citarasa beliau agar jaket tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya.

Jaket: https://shopee.com.my/trulylocal.my/4355946668

4. Mug Kopi

Mug kopi adalah salah satu hadiah yang paling mudah untuk diberikan kepada ayah anda. Anda boleh beli mug kosong dan hantar ke kedai untuk meletakkan gambar anda bersama ayah anda di mug tersebut. Jadi, apabila memakai mug tersebut, beliau akan langsung teringatkan anda!

Mug: https://shopee.com.my/kfcjunjun2018.my/2182907355

5. Mesin Pembuat Kopi

Wah, mesti ayah ada senyum selebarnya apabila mendapat mesin pembuat kopi ini! Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat suka menikmati kopi. Walaupun harganya agak mahal, namun untuk kegembiraan ayah anda, ia pasti satu pelaburan yang berbaloi!

Mesin pembuat kopi: https://shopee.com.my/mypropappa/13226899476

6. Dompet

Sekiranya anda perasan dompet ayah anda sudah lama tidak berganti dan dalam keadaan yang uzur, inilah masanya untuk anda hadiahkan sebuah dompet untuknya. Sebaiknya, hadiahkan dompet yang berkualiti agar ia boleh dipakai lama.

Dompet lelaki: https://shopee.com.my/jsuniquestore/4126185068

7. Baju

Memakai baju baru akan menjadikan ayah anda tampak lebih segar dan bersemangat. Anda boleh memilih untuk memberikan beliau hadiah baju t-shirt, baju kemeja ataupun baju yang sesuai dipakai untuk pergi ke masjid. Terdapat banyak pilihan baju yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian, keperluan dan juga citarasa ayah anda. 

Baju: https://shopee.com.my/dressupbyzahid/14713980963

8. Seluar

Selain baju, seluar juga adalah merupakan salah satu keperluan yang jarang-jarang diambil kisah oleh para ayah. Selagi boleh pakai, selagi itulah mereka akan menggunakannya walaupun sudah lusuh.

Jadi untuk mengelakkan ayah anda memakai seluar yang lusuh, ada baiknya anda hadiahkan sepasang seluar yang selesa untuk ayah anda. Tidak kiralah seluar bekerja, seluar bersukan ataupun seluar untuk dipakai harian di rumah. 

Seluar lelaki: https://shopee.com.my/desince/8322774038

9. Kain Pelikat

Kain pelikat adalah merupakan kesukaan para ayah. Selain mudah untuk dipakai, ia juga sangat selesa dipakai apabila berada di rumah. Terdapat pelbagai pilihan kain pelikat dengan harga yang berpatutan yang boleh anda dapatkan di Shopee.

Kain pelikat: https://shopee.com.my/pelikatkubahmas/12336857972

10. Kit Pencukur

Hadiahkan sebuah kit pencukur untuk memudahkan ayah anda menjaga penampilan dan juga kebersihan dirinya. Pastikan anda memilih kita pencukur yang berkualiti tinggi, tahan karat, serta mudah untuk digunakan.

Kit pencukur: https://shopee.com.my/lavine_1122/14183777561

11. Mesin Urut Kaki

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, apa kata hadiahkan sebuah mesin urut kaki untuk ayah anda yang tercinta. Hal ini kerana, apabila sudah mencapai usia senja, bahagian kaki seringkali sakit dan mudah penat.

Selain itu, ia juga boleh membantu untuk melegakan kesakitan kaki selepas seharian bekerja (jika masih bekerja).

Mesin urut kaki: https://shopee.com.my/emascare/4689040802

12. Kerusi Malas

Kerusi malas adalah merupakan kerusi yang bersaiz panjang dan mempunyai sandaran yang landai. Ia seringkali digunakan untuk berehat.

Ayah anda pasti tersenyum gembira apabila menerima hadiah kerusi malas ini. Beliau boleh menggunakannya semasa sedang menonton TV ataupun berehat di kaki lima rumah.

Kerusi malas: https://shopee.com.my/mall_murah/8670226543

13. Alat Menukang

Dapatkan satu set alat menukang yang lengkap dengan pelbagai alat sebagai hadiah untuk ayah anda. Ini akan memudahkan ayah anda untuk melakukan kerja-kerja menukang serta membaiki sesuatu.

Alat menukang: https://shopee.com.my/treny_brand/10103488124

14. Aksesori Kereta

Terdapat pelbagai jenis aksesori kereta yang anda boleh hadiahkan untuk ayah anda. Antaranya ialah:

  1. Tempat letak telefon (car phone holder): https://shopee.com.my/allblue5367/3638580524
  2. Kotak tisu kereta: https://shopee.com.my/ironwork/11537946584
  3. Penyangkut barang pelbagai guna: https://shopee.com.my/68online.my/4758719867
  4. Kamera perakam video (dash cam): https://shopee.com.my/klsam/1507779424
  5. Pengecaj telefon (USB) jenis fast-charging: https://shopee.com.my/kaxoewh.my/2401888440

Kesimpulan

Hadiah yang bermakna tidak semestinya perlu mahal-mahal. Apa yang penting ialah, hadiah tersebut bermanfaat, boleh digunakan dalam tempoh yang lama dengan sebaiknya serta mampu menggembirakan ayah anda. 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!