Gunung Kinabalu: Persiapan, Harga Permit, Porter & Tips Mendaki

gunung kinabalu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baru-baru ini, Hot FM telah mencipta sejarah dengan bersiaran selama 24 jam tanpa henti dalam ekspidisi pendakian Gunung Kinabalu. Gunung ini merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Keindahan flora dan fauna, serta ketinggiannya yang mencabar, menjadikan gunung ini salah satu pilihan popular dalam kalangan pendaki seluruh dunia untuk mereka tawani.

Bagi anda yang berminat untuk mendaki gunung ini, berikut akan kami kongsikan panduan dan segala persiapan yang perlu anda lakukan sebelum mendaki. Teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel untuk tahu lebih lagi. 

Gunung Kinabalu

Seperti dinyatakan di bahagian sebelum ini, Gunung Kinabalu merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara. Ketinggian gunung ini mencecah 4,095 meter, dari aras laut menjadikan gunung ini sebagai gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung ini terletak di Kundasang, Ranau, Bahagian Pantai Barat negeri Sabah, Malaysia. Ia merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap gunung ini dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.

Berikut merupakan antara puncak terkenal gunung ini:

  • Puncak Low
  • Puncak St. John 
  • Puncak Victoria
  • Puncak Oyayubi Iwu
  • Puncak Kakak Buruk 
  • Puncak Raja Edward 
  • Puncak Telinga Keldai
  • Puncak Tunku Abdul Rahman 
  • Puncak Ratu Alexandra 

Persiapan Awal

Bagi anda yang berminat untuk mendaki Gunung Kinabalu ini, anda perlu memastikan anda membuat persiapan secukupnya. Hal ini demikian kerana, pendakian gunung ini tanpa persiapan yang cukup akan mendatangkan risiko yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan kematian.

Berikut merupakan antara perkara penting yang perlu anda persiapkan sebelum anda mendaki gunung ini:

  1. Mendapatkan Permit
    • Semua pendaki perlu mendapatkan permit mendaki yang dikeluarkan oleh Sabah Parks. Permit ini adalah terhad dan hanya 135 permit dikeluarkan setiap hari.
  2. Kesihatan dan Kecergasan
    • Pastikan anda berada dalam keadaan fizikal yang baik. Latihan kardiovaskular dan kekuatan otot kaki adalah penting untuk persiapan mendaki.
  3. Tempahan Penginapan
    • Lakukan tempahan penginapan anda seawal yang mungkin bagi mengelakkan anda daripada terpaksa menukar tarikh atau sebagainya.
  4. Keperluan Asas
    •  Jangan lupa untuk membawa pakaian dan but hiking yang bersesuaian, peralatan yang kukuh, lampu kepala, air yang mencukupi, makanan ringan dan kit pertolongan cemas.
  5. Wang Tunai
    • Wang tunai merupakan perkara yang sangat penting dalam ekspidisi pendakian gunung ini. Wang tunai tersebut akan digunakan untuk bayaran taman, tip pemandu dan pembelian di Laban Rata.
    • Wang ini juga boleh digunakan untuk membayar porter untuk mengangkat barangan anda atau peserta yang cedera jika perlu.

Berikut merupakan contoh pakaian dan peralatan yang boleh anda bawa ketika melakukan pendakian Gunung Kinabalu:

gunung kinabalu
gunung kinabalu

Sumber: MountKinabalu.com

Tips Mendaki Gunung Kinabalu

Setelah melakukan persiapan awal, anda boleh melakukan pendakian Gunung Kinabalu ini dengan mengikuti beberapa tips di bawah, bagi memudahkan perjalanan anda nanti:

Semasa Mendaki:

  1. Bergerak Perlahan dan Teratur:
    • Mulakan pendakian dari Timpohon Gate dan ikut panduan yang diberikan oleh pemandu gunung. Rehat secara berkala di pondok-pondok yang disediakan.
    • Pastikan hidrasi yang mencukupi dengan minum air secara berkala.
  2. Pemanasan dan Keselamatan:
    • Lakukan pemanasan sebelum memulakan pendakian untuk mengelakkan kecederaan otot.
    • Ikut semua arahan keselamatan dari pemandu gunung dan jangan mendaki di luar laluan yang ditetapkan.
  3. Rehat di Panalaban:
    • Selepas 4-5 jam pendakian, sampai ke Panalaban untuk berehat dan bermalam di salah satu daripada rumah rehat seperti Laban Rata atau Pendant Hut.
    • Gunakan masa ini untuk makan dan berehat sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi keesokan harinya.

Semasa Mendaki ke Puncak:

  1. Pendakian Awal Pagi:
    • Pendakian ke puncak biasanya dimulakan sekitar jam 2 pagi untuk menyaksikan matahari terbit di puncak.
    • Laluan ke puncak dilengkapi dengan tali dan tangga untuk membantu pendaki melalui kawasan yang lebih curam.
  2. Puncak Gunung Kinabalu:
    • Sampai ke puncak Low’s Peak pada ketinggian 4,095.2 meter. Pemandangan di sini sangat menakjubkan dengan pemandangan gunung dan landskap berbatu yang unik.

Sewaktu Turun :

  1. Turun dengan Berhati-hati:
    • Turun dari puncak dengan berhati-hati kerana keadaan mungkin licin dan mencabar.
    • Pastikan semua sampah dibawa turun dan kawasan perkemahan dijaga kebersihannya.
  2. Sijil Pendakian:
    • Setiap pendaki akan menerima sijil pendakian sebagai tanda pencapaian. Ada dua jenis sijil, berwarna untuk mereka yang mencapai puncak dan hitam putih untuk yang tidak sampai ke puncak.

Dengan persiapan yang rapi dan panduan yang betul, mendaki Gunung Kinabalu boleh menjadi pengalaman yang sangat memuaskan dan tidak dapat dilupakan.

Harga Permit, Insurans dan Porter

Bagi anda yang betul-betul berminat berikut merupakan harga permit yang boleh dibeli di sabahpark.org:

Warganegara18 tahun ke atas17 ke bawah
Permit buat rakyat MalaysiaRM 100RM 50
Permit buat warga asingRM 400RM 200

Bagi anda yang ingin mengambil porter bagi mengangkat barangan anda atau peserta yang mengalami kecederaan berikut adalah harga mengikut berat yang ditawarkan:

DestinasiJenis Harga
Timpohon Gate ke Puncak Low’ Porter (pendaki)RM 14 / per kg
Timpohon Gate ke Puncak Low’ Porter (barangan)RM 14 / per kg

Baca juga: Honeymoon di Malaysia: 10+ Cadangan Destinasi Romantik untuk Pengantin Baru

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut