GKP PERMAI: Tarikh Bayaran Tambahan RM1,000 Mulai 25 Mac 2021

GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Terkini, turut diumumkan GKP 3.0 (PEMERKASA) sebanyak RM1,000 dan tarikh bayaran terkini GKP (PERMAI) mulai 25 Mac 2021.

Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi Geran Khas Prihatin bermula 24 Mac ini.

Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang GKP Tambahan atau GKP Permai 2021.

gkp permai tambahan

Apakah GKP Permai / GKP Tambahan RM1,000?

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Tarikh Permohonan & Kelayakan

Tarikh permohonan dibuka belum dimaklumkan, namun dalam kenyataan rasmi oleh LHDN, GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

Baca juga: SIP Prihatin PERMAI: Semakan, Syarat & Cara Permohonan

Tarikh Bayaran GKP Permai

Tarikh bayaran bagi Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah pada 25 Mac 2021.

Manakala, bagi kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu amaun tersebut akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang telah didaftarkan pada permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. 

Baca juga: Pakej Kita Selangor: 12 Inisiatif Bantuan Rakyat Dalam Tempoh PKP 2.0

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung Geran Khas Prihatin Permai / Tambahan ini, sila rujuk FAQ rasmi oleh LHDN di pautan berikut:

https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!