SIP Prihatin PERMAI: Semakan, Syarat & Cara Permohonan

SIP PRIHATIN adalah satu inisiatif bantuan kewangan segera untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 dan menolong mereka mencari pekerjaan baharu.

Mulai 1 Januari 2021, individu yang kehilangan pekerjaan dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021, boleh memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sehingga 9 bulan di Portal Faedah SIP di pautan https://eis.perkeso.gov.my

Dalam Pakej Bantuan Khas PERMAI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, SIP Prihatin telah dilonggarkan syarat permohonan bagi membolehkan lebih ramai pemohon menerima manfaat.

sip prihatin

Berikut adalah penambahbaikan dan apa yang perlu tahu tentang SIP PRIHATIN.

Apakah SIP PRIHATIN?

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, SIP PRIHATIN
adalah bantuan kewangan kepada pekerja yang telah berdaftar di
bawah SIP dan kehilangan pekerjaan (LOE) meliputi dua kategori
sama ada yang layak atau yang tidak layak mendapat Elaun
Mencari Pekerjaan (EMP).

Tujuan SIP PRIHATIN ialah untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 sebagai bantuan segera bagi meneruskan kelangsungan hidup di samping berusaha mencari peluang pekerjaan baharu.

Baca juga: Pakej Kita Selangor: 12 Inisiatif Bantuan Rakyat Dalam Tempoh PKP 2.0

Syarat Permohonan

Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:

  1. Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
  2. Berumur 18-60*
  3. Bekerja dalam sektor swasta**
  4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
    *Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
    ** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP

Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.
  3. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.

Dalam Pakej PERMAI yang diumumkan oleh PM, antara kelonggaran yang diberikan oleh pemohon adalah:

  • Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum atau tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya tiga kali, akan dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN.
  • Mereka akan dibenarkan memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30 peratus daripada pendapatan selama 3 bulan.

Tarikh Permohonan SIP PRIHATIN

  • SIP PRIHATIN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021.
  • Tempoh SIP PRIHATIN adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021.
  • Program ini hanya meliputi pekerja yang mengalami kehilangan
  • pekerjaan (LOE) mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021.

Bantuan Kewangan SIP PRIHATIN

  • Tempoh bayaran bantuan kewangan SIP PRIHATIN bagi pekerja yang layak adalah sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 7 bulan.
  • Nilai bantuan tambahan bayaran kewangan bagi setiap bulan adalah sekurang-kurangnya 10% hingga 30% daripada gaji bulanan anggapan.
  • Ini bermakna tempoh keseluruhan SIP PRIHATIN dan EMP adalah antara 3 hingga 9 bulan.

Cara Permohonan

  • Permohonan kali pertama boleh dilakukan di Portal Faedah SIP menerusi pautan: https://eis.perkeso.gov.my
  • Manakala bagi permohonan kedua hingga permohonan kesembilan (bagi mereka yang layak), pemohon hendaklah log masuk dengan menggunakan ID pendaftaran (diberi selepas permohonan pertama) secara bulanan melalui pautan yang sama di bawah tajuk ‘Borang-Borang’. Sila pilih Borang EMP.
  • Pekerja boleh membuat permohonan untuk setiap tuntutan EMP setelah menyertai Program Pencarian Pekerjaan Semula (REPP) dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh kelulusan EMP sebelumnya.
  • Sekiranya pekerja itu telah kembali bekerja dan melapor diri semasa menerima faedah EMP, pekerja tersebut hendaklah mengisi Borang EBSA untuk mendapat elaun bekerja semula awal.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen Utama (Permohonan pertama sahaja).

  • a) Salinan kad pengenalan
  • b) Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya
  • c) Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)
  • d) Salinan penyata gaji bulan kehilangan pekerjaan (jika ada).
  • e) Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon

Dokumen sokongan

  • a) Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.
  • b) Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak.
  • c) Lain-lain dokumen bukti berkaitan dengan kes.

Bagi pekerja yang tidak mempunyai dokumen-dokumen seperti di dokumen utama bagi (b), (c), (d) dan (e) pekerja boleh membuat
pengisytiharan diri (self-declaration) di Portal Faedah SIP semasa
membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau di pautan bit.ly/AduanSIP.

Info lanjut mengenai SIP PRIHATIN, sila rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) di pautan https://www.perkeso.gov.my/…/050121_-_FAQ_SIP_PRIHATIN.pdf

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!