GKP 3.0: Semakan Status & Bayaran RM1000 (Fasa 1) Mulai 8 Jun 2021

SEMAKAN BAYARAN GKP 3.0 RM1500 (RM1000 + RM500)

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas secara langsung di televisyen dan media sosial.

Umum beliau, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000, manakala tambahan RM500 lagi telah diumumkan dalam Perutusan Khas PEMERKASA Plus pada 31 Mei 2021.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara semakan status dan bayaran GKP 3.0 yang telah mula diagihkan pada 8 Jun 2021 secara berperingkat.

Baca juga: Borang Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 2021)

Apakah GKP 3.0?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.

GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.

GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021.

Geran ini dijangka memanfaatkan lebih sejuta usahawan.

Syarat Kelayakan

GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.

Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Tarikh Bayaran GKP 3.0

Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.

Semakan status dan bayaran GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021.

Cara Semakan Bayaran GKP 3.0

Semakan status bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari
    (https://gkp.hasil.gov.my)
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan menu SEMAKAN STATUS.
  4. Status dan tarikh pembayaran dikreditkan akan dipaparkan.

Kaedah Bayaran

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan.

Akaun bank mestilah aktif.

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana
pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Baca juga: Moratorium PKP 3.0 : Kelayakan & Cara Permohonan (B40, M40 & T20)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status semakan dan bayaran GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!