Gaji Gred DG9 menjadi antara topik paling banyak dicari oleh graduan pendidikan, guru interim, dan calon Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Rujuk Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk informasi jawatan kosong dan maklumat terkini.
Ramai ingin tahu berapa sebenarnya gaji permulaan DG9, elaun yang diterima, kadar kenaikan tahunan serta peluang kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan pendidikan Malaysia.
Artikel ini menghuraikan secara lengkap dan terperinci mengenai:
- Maksud Gred DG9
- Gaji minimum dan maksimum
- Kadar kenaikan gaji tahunan
- Senarai elaun yang layak diterima
- Contoh kiraan gaji bersih
- Perbandingan DG9 dengan gred lama
- Laluan kenaikan pangkat guru
- Soalan lazim berkaitan Gaji Gred DG9
Apa itu Gred DG9
Gred DG9 ialah gred lantikan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam sistem perkhidmatan awam yang telah distruktur semula di bawah skim baharu (SSPA).
Secara ringkasnya: DG9 ialah gred permulaan untuk guru siswazah lantikan baharu dalam skim pendidikan kerajaan.
Gred ini menggantikan sistem lama seperti DG41 dalam struktur terdahulu. Walaupun nombor gred berubah, fungsi dan tanggungjawab asas sebagai guru tetap sama mengajar, membimbing dan mengurus perkembangan pelajar.

Syarat Permohonan
Calon yang ingin ingin memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Khusus DG9
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan.
- Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.
Berapa Gaji Gred DG9?
Gaji permulaan Gred DG9 adalah sekitar RM2,360 hingga RM3,460 sebulan, bergantung kepada tangga gaji semasa lantikan dan kelayakan akademik.
Namun, jumlah sebenar boleh meningkat apabila dicampur dengan elaun tetap dan bantuan sara hidup.
Ijazah Sarjana Muda : RM2,360
1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9: RM2,360.00); ATAU
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan : RM2,580
2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9 : RM2,580.00)
Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pendidikan : RM2,580
3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9 : RM2,580.00)
Ijazah Sarjana & Diploma Pendidikan : RM3,130
4. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9 : RM3,130.00)
Ijazah Kedoktoran & Diploma Pendidikan : RM3,460
5. Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred DG9 : RM3,460.00)
Struktur Gaji Pokok DG9 (Anggaran 2026)
Berikut ialah gambaran umum struktur gaji:
| Komponen | Anggaran |
|---|---|
| Gaji Minimum | RM2,580 |
| Gaji Permulaan Lazim | RM2,580 |
| Gaji Maksimum | ±RM5055 |
| Kenaikan Tahunan | RM225 |

Elaun Yang Diterima Guru DG9
Ramai yang tidak sedar bahawa elaun memainkan peranan besar dalam jumlah pendapatan sebenar guru DG9.
Berikut ialah elaun utama:
1. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Elaun tetap yang diberikan kepada penjawat awam.
Anggaran kadar:
- Sekitar RM300 sebulan
2. Bantuan Sara Hidup (BISH)
Bergantung kepada lokasi bertugas:
- RM300 – Bandar besar (contoh: Kuala Lumpur, Putrajaya)
- RM250 – Bandar sederhana
- RM150 – Luar bandar
Lokasi memainkan peranan besar dalam jumlah keseluruhan pendapatan.

3. Imbuhan Perumahan (ITP)
Elaun yang diberikan kepada penjawat awam.
Anggaran kadar:
- Sekitar RM300 sebulan
4. Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (BIPW)
Elaun yang diberikan kepada penjawat awam.
Anggaran kadar:
- Sekitar RM600 sebulan

Laluan Kenaikan Pangkat Guru DG9
Antara kelebihan utama skim pendidikan ialah laluan kerjaya yang jelas.
Laluan biasa:
DG9 → DG10 → DG12 → DG13 → DG14
Setiap kenaikan gred memberi:
- Peningkatan gaji
- Tanggungjawab lebih besar
- Peluang jawatan pentadbiran
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan
Berapa Lama Untuk Naik Gred?
Ramai masih keliru antara DG9 dan DG41.
Secara asasnya:
- DG9 ialah struktur penjenamaan semula dalam sistem baharu
- Fungsi dan peranan hampir sama
- Struktur gaji diselaraskan mengikut skim terkini
guru lama mungkin melalui pelarasan automatik mengikut dasar perkhidmatan.
Soalan Lazim Gaji Gred DG9
Jika calon memiliki:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf,
👉 Gaji permulaan Gred DG9 ialah RM2,360.00
Bagi calon yang memiliki:
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diiktiraf Kerajaan,
👉 Gaji permulaan Gred DG9 ialah RM2,580.00
Jika calon mempunyai:
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf,
👉 Gaji permulaan Gred DG9 ialah RM2,580.00
Bagi calon yang memiliki:
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf,
👉 Gaji permulaan Gred DG9 ialah RM3,130.00
Jika calon mempunyai:
Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan + Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang diiktiraf,
👉 Gaji permulaan Gred DG9 ialah RM3,460.00
Gaji permulaan Gred DG9 berbeza mengikut tahap kelayakan akademik dan kepujian. Semakin tinggi kelayakan (Sarjana, PhD), semakin tinggi tangga gaji permulaan yang ditawarkan.
Untuk lantikan Gred DG9, calon mesti mempunyai kelayakan pendidikan yang diiktiraf seperti Diploma Pendidikan atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (jika bukan Ijazah Pendidikan). Tanpa kelayakan pendidikan ini, calon mungkin tidak memenuhi syarat lantikan.
Ya. Gaji permulaan Gred DG9 tertakluk kepada:
– Pekeliling Perkhidmatan terkini
– Pelarasan skim SSPA
– Keputusan dasar kerajaan semasa
Baca juga:




