Advertisements

Senarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2022/2023)

Advertisements

30 buah lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah membuat persembahan bagi merebut 12 tempat ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 bagi tahun 2022 / 2023 (AJL 37).

Senarai lagu yang mara ke AJL 37 telah diumumkan pada penghujung episod kedua Separuh Akhir Muzik Muzik yang berlangsung pada 25 dan 27 November 2022.

12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak AJL 37 telah diumumkan oleh Muaz Mohamed bersama Izzue Islam selaku pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik.  

Untuk penganjuran kali ini, TV3 mengangkat tema Dimensi Muzik yang menterjemahkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya dari pelbagai genre muzik.

Jom kita semak senarai lagu yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 nanti.

Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2022/2023)

Anugerah juara lagu ajl 37 2022

Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar
Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

Debu
Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

Korban
Penyanyi : Ernie Zakri
Lirik : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

Bahagiakan Dia
Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah
Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone
Lirik : Joe Flizzow & Sonaone
Komposer : Sonaone

Kembali Terang
Penyanyi : Marsha Milan
Lirik : Senna
Komposer : Senna & Ajin

Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

Nang
Penyanyi : Iman Troye
Lirik : Ezra Kong & A.Ramle
Komposer : Ezra Kong & A.Ramle

Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Irama
Penyanyi : Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Payung Pelangi
Penyanyi : Noki & Mk
Lirik : Noki & Mk
Komposer : Noki & Mk

Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga

Pengacara

Acara kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) akan menyaksikan gabungan dua pengacara wanita terkenal iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad buat kali pertama.

AJL37 yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari depan membawa tema ‘Dimensi Muzik’, menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang semakin rancak dengan karya dari pelbagai genre.

Tak sabar nak lihat gandingan Jihan dan Sherry nanti, pasti havoc!

Tarikh Siaran Langsung

Anugerah Juara Lagu 37 akan bersiaran LIVE pada 12 Februari 2023, 9 malam hanya di TV3!

Anda boleh strim LIVE HD eksklusif di tonton melalui pautan : https://watch.tonton.com.my/#/

Tahniah diucapkan kepada 12 finalis yang berjaya mara ke pentas AJL 37.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Anugerah Juara Lagu 37, sila ikuti laman Instagram Muzik Muzik.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 3.9 / 5. Vote count: 20

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment