EzyCash-i Koperasi Tentera – Semakan, Permohonan Pembiayaan

EzyCash-i merupakan satu kemudahan pembiayaan segera oleh Koperasi Tentera bagi ahli-ahlinya yang layak.

Selain Koperasi Tentera, kemudahan pinjaman peribadi EzyCash-i turut disediakan oleh sesetengah bank antaranya Maybank.

Pihak Koperasi Tentera menyediakan penyelesaian perbankan patuh Syariah yang dibuat khusus untuk memenuhi keperluan individu anda dan berpandukan prinsip Islam yang kukuh.

Selain EzyCash-i, pihak Koperasi Tentera juga menyediakan pelbagai skim pembiayaan lain antaranya Pembiayaan Peribadi dengan Penjamin, Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin, Pembiayaan Ekspres 1, Pembiayaan Ekspres 2 dan Pembiayaan Ekspres 3.

Pembiayaan EzyCash-i Koperasi Tentera

Jumlah Pembiayaan : Dari RM500 hingga maksimum RM6,000

Tempoh Pembiayaan : Dari 6 bulan hingga maksimum 48 bulan

Kadar Keuntungan : 7.65% setahun

Tempoh Pemprosesan : 1 hari bekerja

Artikel berkaitan: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Tentera

Syarat Kelayakan

EzyCash-i oleh Koperasi Tentera ini hanya layak dipohon oleh ahli Koperasi Tentera yang masih dalam perkhidmatan sahaja.

Berikut merupakan terma dan syarat bagi pembiayaan EzyCash-i oleh Koperasi Tentera ini:

  1. Pemohon mesti telah membayar yuran bulanan untuk tempoh minimum 6 bulan (untuk ahli baharu) atau 12 bulan (untuk kemasukan semula). Keahlian perlu disahkan untuk tempoh yang sama.
  2. Jumlah pembiayaan mesti dicagarkan terhadap yuran.
  3. Terdapat had dua belas (12) permohonan dibenarkan dalam setahun – hanya sekali sebulan.
  4. Bayaran mesti dibayar melalui tunai di kaunter atau pindahan masuk pada tarikh yang ditetapkan.
  5. Sekiranya berlaku keingkaran pembayaran kembali, bayaran yang dicagarkan akan digunakan untuk penyelesaian.
  6. Sekiranya penyelesaian telah dibuat melalui potongan fi yang dicagarkan sebanyak tiga (3) kali, permohonan tidak lagi dibenarkan selama 12 bulan dari pembiayaan pertama yang diluluskan.
  7. Tiada pembiayaan bertindih membenarkan.

Yuran & Caj

Caj Perkhidmatan: RM 10 untuk setiap permohonan

Duti Setem : RM 5 untuk setiap permohonan

Keunikan pembiayaan EzyCash-i

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa pembiayaan EzyCash-ii menjadi pilihan ramai:

  1. Tiada caj kadar keuntungan
  2. Tiada penilaian pemarkahan kredit
  3. Tiada keperluan pengebilan
  4. Proses minima dengan kelulusan cepat

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web EzyCash-i Koperasi Tentera di alamat https://www.katmb.com.my/en/ezycash-i/.

Selain itu, anda boleh hadirkan diri ke cawangan Koperasi Tentera berhampiran atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KT di talian 03-2303 0000.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!