KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Tentera

Koperasi Tentera adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Koperasi Tentera dan cara membuat pendaftaran dan semakan secara online.

Apakah Koperasi Tentera (KT)?

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift & loan).

Sesuai dengan konsep penubuhan, koperasi ini menyediakan kemudahan menabung yang terjamin kepada anggota dengan pulangan dan ganjaran menarik.

Kaedah ini menggalakkan ahli koperasi menguruskan kewangan dengan lebih berhemah menerusi sikap menabung.

Selaras dengan objektif ini, Koperasi Tentera memperkenalkan Polisi Pinjaman pada tahun 1966. Polisi ini bertujuan untuk mendidik anggota dan mengurangkan tabiat kerap meminjam yang sering berlaku.

Pada tahun 1976 pula KT memperkenalkan produk insurans berkelompok untuk perlindungan ahli disusuli dengan pelancaran Skim Pendidikan Tinggi pada tahun 1983.

Dekad 90-an menyaksikan perkembangan KT dengan penerimaan anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia.

Pada dekad berikutnya (2000-an) koperasi ini terus menerima anugerah kecemerlangan. Pada dekad ini juga Koperasi Tentera dianugerahkan Sijil Piawaian MS ISO.

Dengan objektif utama untuk menjaga kebajikan anggota ATM, KT tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.

Sesuai dengan visi, misi dan objektif untuk meningkatkan taraf hidup ahli, KT menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan.

Pembiayaan / Pinjaman Koperasi Tentera & Produk-produk Lain

Antara produk yang ditawarkan oleh KT ialah pembiayaan peribadi, perlindungan Takaful, pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pembiayaan SME dan kemudahan pelaburan kepada anggota.

Pinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, dan pembiayaan takaful dan cukai jalan.

Semua pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik yang patuh Syariah.

Skim takaful koperasi tentera pula menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan dan takaful am.

Pelan perlindungan takaful yang ditawarkan ini adalah hasil daripada kerjasama antara KT dengan syarikat-syarikat takaful di Malaysia.

Selain daripada pembiayaan peribadi, KT juga menawarkan pembiayaan berjangka kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME.

Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh 10 tahun.

Antara perkhidmatan KT yang popular adalah Pajak Gadai Ar-Rahnu (AR-RahnuKT). Perkhidmatan ini dibahagikan kepada dua produk utama iaitu Ar-Rahnu Prihatin dan Ar-Rahnu Prima.

Ar-Rahnu Prihatin membenarkan pinjaman sehingga RM5,000 manakala Prima pula membenarkan pinjaman sehingga RM100,000. Produk ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak

Apakah KT Online?

Sistem koperasi tentera online iaitu KT Online dibangunkan untuk memudahkan ahli membuat transaksi kewangan di atas talian.

Sistem ini bukan sahaja boleh diakses melalui pelayar web, tetapi juga boleh digunakan melalui aplikasi KT Online untuk telefon pintar, Android dan juga iOS.

Melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, dan juga pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan dan takaful.

Pendaftaran KT Online

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli KT, anda boleh daftar koperasi tentera secara online dengan muatturun borang permohonan menjadi anggota di laman web rasmi KT iaitu di pautan https://www.ktonline.com.my

Cara Login Kali Pertama

Berikut merupakan cara untuk anda login kali pertama LOGIN KOPERASI TENTERA(KT).

  1. Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin
  2. Pilih jenis pengenalan berikut:
    • Tentera ID
    • No kad pengenalan
    • No passport
  3. Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
  4. Klik hantar OTP
  5. OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
  6. Masukan ID pengguna
  7. Cipta dan tetapkan kata laluan
  8. Masukan semula kata laluan
  9. Pilih imej dan frasa keselamatan
  10. Jawab soalan keselamatan
  11. Pendaftaran anda telah Berjaya

Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ktonline.mb&hl=en&gl=US

Login Koperasi Tentera (KT Online)

Setelah mendaftar, anda boleh login koperasi tentera anda dengan langkah berikut:

  1. Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
  2. Masukan id pengguna
  3. Tekan teruskan
  4. Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
  5. Tekan masuk @ login
  6. Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
koperasi tentera
Foto: Angkatan Tentera Malaysia

Baca juga: JHEV: Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM

Semakan Dividen

Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.

  1. Klik pautan https://www.ktonline.com.my/
  2. Masukan ID pengguna
  3. Tekan teruskan
  4. Sahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
  5. Tekan masuk @ login
  6. Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
  7. Klik pada menu nombor akaun anda
  8. Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
  9. Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi

Maklumat Lanjut

No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk makluman Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT telah bertukar kepada nombor baharu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2303 0000

kt online koperasi tentera
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!