Panduan Penulisan Esei Sejarah Tingkatan 3

esei sejarah tingkatan 3
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi murid yang berada di Tingkatan 3, salah satu soalan yang perlu dijawab oleh murid di dalam peperiksaan adalah esei Sejarah Tingkatan 3.

Bagi memastikan murid dapat menjawab soalan ini dengan betul dan baik, murid mestilah menjawab mengikut teknik dan panduan yang betul.

Apa Itu Sejarah?

Perkataan Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon.

Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani iaitu Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.

Mengikut pandangan Bapa Sejarah ialah Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk  menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.

Aristotle pula berpandangan bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi.

Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

Umumnya, Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. 

Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3

Sukatan bagi mata pelajaran ini untuk Tingkatan 3 boleh dirujuk melalui file di bawah:

Secara umumnya, sukatan pembelajaran bagi Tingkatan 3 melibatkan tema Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Barat merangkumi:

  • Kedatangan Kuasa Barat
  • Pentadbiran Negeri-negeri Selat
  • Pentadbiran Negeri-negeri MelayuBersekutu
  • Pentadbiran Negeri-negeri Melayu TidakBersekutu
  • Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah
  • Kesan Pentadbiran Barat terhadap Ekonomi dan Sosial
  • Penentangan Penduduk Tempatan
  • Kebijaksanaan Raja Melayu dan Pembesar Menangani Cabaran Barat

Format Pentaksiran

Format pentaksiran bagi mata pelajaran ini boleh dirujuk seperti jadual di bawah:

Panduan Menjawab Soalan Esei Sejarah

Panduan untuk menjawab soalan berbentuk esei ini adalah seperti berikut:

  • Semua jawapan kepada soalan esei hendaklah di jawab dalam bentuk karangan.
  • Ayat-ayat dalam jawapan mesti lengkap dan mudah difahami. Elakkan menulis ayat dalam bentuk nota.
  • Bilangan isi/fakta yang diperlukan dalam jawapan dapat dikenal pasti dari jumlah markah yang diperuntukkan.
  • Digalakkan menulis seberapa banyak isi yang boleh, tetapi perlu merujuk kepada pengagihan masa dan markah.
  • Huraian banyak isi dalam satu perenggan sahaja tidak digalakkan. Tulis beberapa perenggan bergantung kepada jumlah isi yang hendak dihuraikan.
  • Setiap fakta harusnya mengandungi huraian yang jelas dan jika berkaitan dengan menyertakan contoh-contoh yang sesuai seperti tokoh, tempat, peristiwa dan lain-lain.

Contoh Soalan & Jawapan

Contoh soalan esei dan jawapan boleh dirujuk seperti di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai cara menjawab soalan esei ini, sila layari pautan video iaitu https://www.youtube.com/watch?v=_k6JpLncvQQ.

Baca juga: Karangan Bahasa Arab: Jenis, Format & Contoh Karangan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut