THR Gegar: Frekuensi Radio, Senarai DJ & Segmen Harian

Stesen radio Gegar (dahulunya dikenali sebagai THR Gegar) merupakan sebuah stesen radio yang sudah lama bertapak di Malaysia.

Stesen radio Gegar dimiliki dan dikendalikan oleh Astro Radio Sdn. Bhd dan telah mula bersiaran sejak 1 Januari 2005.

Uniknya, stesen radio ini menyasarkan pendengar dari negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

SStesen radio ini memainkan muzik daripada artis tempatan, serta beberapa kandungan berkaitan Islam.

Penjenamaan semula

Pada akhir 2017, stesen radio ini dinilai sebagai jenama radio No. 1 di Pantai Timur dengan 2.8 juta pendengar mingguan oleh Pengukuran Khalayak Radio (RAM) Gelombang 2 GfK.

Penjenamaan semula pada 1 Januari 2018 telah menyaksikan nama “THR” telah dibuang daripada Gegar dan perubahan itu juga berlaku kepada Raaga, sebuah lagi stesen radio milik Astro berbahasa Tamil.

Mulai Julai 2018, siaran radio ini dari 02:00 hingga 06:00 di frekuensi FM Raaga telah dihentikan.

Frekuensi Siaran

Seperrti yang dinyatakan di atas, siaran radio ini hanya boleh didapati di negeri-negeri Pantai TImur Semenannjung Malaysi sahaja.

Untuk mendengar, tukarkan frekuensi radio ada kepada frekuensi-frekuensi berikut:

FrekuensiLokasi / NegeriPemancar
88.8 MHzKuantan, PahangBukit Pelindung
106.8 MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung
88.1 MHzKota Bharu, KelantanBukit Panau

Selain itu, bagi para pelanggan TV Astro, anda boleh mendengar siaran radio ini melalui Channel 863.

Artikel berkaitan: Suria FM: Senarai DJ, Program dan Frekuensi

Segmen / Program

Stesen radio ini juga sarat dengan pelbagai program dan segmen menarik seperti yang berikut:

  1. Gegar Pagi
  2. Gegara 10 – 3
  3. Gegar Petang
  4. Gegar Malam
  5. Seleksi Gegar
  6. Cerita Kedai Kopi
  7. Makan Di Mana?
  8. #Trending

Senarai Penyampai / DJ

Antara penyampai / DJ yang mennceriakan hari-hari anda setiap hari di stesen radio ini adalah:

  1. Aswad
  2. Shah
  3. Issey
  4. Scha
  5. Ewan
  6. Rea

Untuk segala informasi mennarik dan terkini dari stesen radio paling popular di neger-negeri Pantai Timur ini, layari laman web rasmi mereka di https://gegar.syok.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!