Keputusan temu duga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Ambilan Tahun 2026 boleh disemak bermula 30 Mac 2026 (Isnin), Jam 10.00 pagi melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/
Hadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Berikut dikongsikan info lanjut mengenai permohonan HLP, CBBPTB dan HLPS bagi tahun 2026 untuk makluman bersama.
Hebahan Terkini ePenawaran KPM
KEPUTUSAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM HLP / HLPS / CBPP TB TAHUN 2026
Keputusan temu duga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Ambilan Tahun 2026 boleh disemak bermula 30 Mac 2026 (Isnin), Jam 10.00 pagi.
Semakan boleh dibuat secara dalam talian di https://epenawaran.moe.gov.my atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

ePenawaran KPM 2026
ePenawaran KPM adalah portal rasmi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menguruskan permohonan, semakan, dan pengurusan tawaran program biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh atau separuh masa bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Antara fungsi utama ePenawaran KPM 2026 ialah:
- Memudahkan permohonan bagi program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB), Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) dan program tajaan lain yang disediakan oleh KPM.
- Membolehkan pegawai memohon cuti belajar bergaji penuh dengan atau tanpa biasiswa, serta cuti belajar separuh masa tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal.
- Menyediakan sistem semakan keputusan panggilan temuduga program biasiswa dan cuti belajar yang boleh diakses 24 jam dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Memudahkan pengesahan permohonan oleh ketua jabatan (contohnya Pengetua atau Guru Besar) secara digital bagi membolehkan proses kelulusan berjalan lancar.
- Menyediakan maklumat lengkap tentang syarat permohonan, senarai bidang pengajian, panduan penulisan proposal temuduga, dan skema permarkahan temuduga dalam satu platform yang terurus.
- Menghubungkan pegawai dengan saluran bantuan teknikal dan pertanyaan rasmi bagi memudahkan penyelesaian masalah permohonan atau semakan.
Secara ringkas, ePenawaran KPM 2025 bertindak sebagai pusat sehenti untuk proses permohonan, pengurusan, dan semakan program biasiswa dan cuti belajar bagi pegawai KPM, sangat memudahkan urusan serta memastikan ketelusan dan efisiensi dalam pengurusan tajaan pendidikan.
BACA JUGA: SPLKPM – Login Sistem Pengurusan Latihan (splkpm.moe.gov.my)
Apa itu HLP, CBBPTB & HLPS KPM?
HLP, CBBP TB, dan HLPS adalah program tajaan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian.
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
HLP adalah kemudahan yang diberikan kepada PPP untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa (full-time) di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi awam dalam negara. Pegawai yang diberikan HLP akan mendapat cuti belajar bergaji penuh semasa melanjutkan pengajian.
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.
Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
CBBP TB merujuk kepada cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa, iaitu PPP dibenarkan mengambil cuti belajar secara sepenuh masa tanpa biasiswa, tetapi masih menerima gaji penuh semasa cuti belajar. Program ini biasanya ditawarkan untuk pengajian yang memenuhi keperluan KPM.
Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)
HLPS adalah tajaan bagi PPP yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa (part-time) atau sambilan. Berbeza dengan HLP dan CBBP TB, pegawai yang memohon HLPS tidak diberikan cuti belajar dan tidak menerima gaji semasa pengajian.
Tarikh Permohonan ePenawaran KPM 2026
Permohonan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2026 akan dibuka bermula 18 Disember 2025 (Khamis), 10:00 pagi sehingga 19 Januari 2026 (Isnin), 5:00 petang.
Permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi ePenawaran melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/
Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui:
- 03-8870 6387 / 6338 / 6361 Atau
- Melalui emel: [email protected]
BACA JUGA: School Holiday 2026 Malaysia – Public Holidays & KPM Calendar
Syarat Permohonan untuk tahun HLP, CBBPTB & HLPS KPM 2026
Syarat permohonan terperinci belum lagi diumumkan secara rasmi. Namun, berikut ialah syarat-syarat umum dan khusus mengikut program berdasarkan panduan sesi-sesi terdahulu (maklumat terkini akan dikemakini kelak).
Syarat Umum
Rujuk syarat-syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon untuk memohon HLP, CBBPTB & HLPS KPM 2026 di bawah:
| Syarat | |
| Status Perkhidmatan | Pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan (KPM) dan telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh yang ditetapkan (cth: 1 Januari tahun permohonan). |
| LNPT / PBPPP | Mencapai purata markah minimum 85% bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk tiga (3) tahun terakhir berturut-turut. |
| Umur | Tertakluk kepada peringkat pengajian: |
| * Sarjana (Master): Tidak melebihi 50 tahun (sebahagian sumber menyatakan 50, sebahagian 45, rujuk iklan rasmi). | |
| * Kedoktoran (PhD): Tidak melebihi 45 tahun (sebahagian sumber menyatakan 45, sebahagian 50, rujuk iklan rasmi). | |
| Integriti | Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib yang belum selesai, atau hukuman tatatertib dalam tempoh yang ditetapkan. |
| Kesihatan | Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. |
Syarat Khusus Mengikut Program
1. HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) – Cuti Bergaji Penuh dengan Biasiswa
- Tujuan: Melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Sarjana atau Kedoktoran.
- Pengalaman Berkhidmat: Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini (P&P) pada tarikh tutup permohonan.
- Kelayakan Akademik: Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf dan berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon. CGPA/PNGK yang baik juga menjadi kriteria utama.
- Bidang Pengajian: Mesti mengikut senarai bidang keutamaan KPM pada sesi tersebut.
2. CBBPTB (Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa)
- Tujuan: Melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Sarjana atau Kedoktoran menggunakan perbelanjaan sendiri.
- Syarat Asas: Lazimnya, syarat-syarat umum yang sama dengan HLP terpakai (status perkhidmatan, LNPT, had umur).
- Perbezaan Utama: Pemohon tidak perlu bersaing untuk peruntukan biasiswa (Hadiah Latihan), tetapi perlu menunjukkan bukti kemampuan menanggung kos pengajian yang tinggi.
3. HLPS (Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa)
- Tujuan: Melanjutkan pengajian secara separuh masa/sambilan di peringkat Sarjana atau Kedoktoran.
- Ciri Utama: Pegawai tidak mendapat cuti bergaji penuh (CBBP) tetapi menjalankan tugas seperti biasa sambil belajar, dan mungkin menerima bantuan kewangan/elaun mengikut syarat yang ditetapkan KPM.
- Pengalaman Berkhidmat & Akademik: Terdapat syarat tempoh perkhidmatan minimum yang berbeza mengikut PNGK/CGPA calon (contoh lama: 10 tahun berkhidmat bagi PNGK 2.00–2.49, 3 tahun bagi PNGK 3.00 ke atas).
Pemohon yang berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) atau Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bakal mengikuti pengajian secara sepenuh masa di universiti awam di dalam atau di luar negara, manakala bagi pemohon Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS), pemohon akan mengikuti pengajian secara separuh masa/sambilan di universiti awam dalam negara mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
Kelebihan Cuti Belajar / Program Penajaan KPM
Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
- Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
- Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
- Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).
Sila rujuk infografik di bawah untuk info lebih lanjut serta kelebihan setiap program yang ditawarkan.

Perbezaan HLP, CBBP TB dan HLPS
| Aspek | HLP | CBBP TB | HLPS |
|---|---|---|---|
| Mod Pengajian | Sepenuh masa | Sepenuh masa | Separuh masa / sambilan |
| Cuti Belajar | Diberikan | Diberikan | Tidak diberikan |
| Gaji | Diterima semasa cuti belajar | Diterima semasa cuti belajar | Tiada gaji dibayar |
| Yuran/Biasiswa | Ditanggung/Kemudahan biasiswa | Sendiri membiayai yuran universiti | Penajaan yuran pengajian, elaun buku dan elaun tesis disediakan |
| Pengajian Di | Universiti awam dalam atau luar negara | Universiti awam dalam atau luar negara | Universiti awam dalam negara sahaja |
| Ikatan Perkhidmatan | Ada ikatan selepas tamat pengajian | Ada ikatan selepas tamat pengajian | Ada ikatan selepas tamat pengajian |
| Kelayakan Permohonan | Kursus jangka panjang (Sarjana atau Kedoktoran) | Kursus jangka panjang (Sarjana atau Kedoktoran) | Pengajian separuh masa di Sarjana atau Kedoktoran |
Cara Permohonan & Semakan di Portal ePenawaran KPM
Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).
Rujuk cara-caranya dengan lebih terperinci di bawah:
- Layari laman web rasmi: https://epenawaran.moe.gov.my
- Klik tab “PERMOHONAN BARU” untuk mendaftar akaun baru.
- Isi Nombor Kad Pengenalan dan cipta kata laluan (8-12 aksara).
- Pastikan maklumat yang dimasukkan betul kerana tidak boleh diubah selepas pendaftaran.
- Log masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Isi butiran lengkap termasuk maklumat peribadi, akademik, dan pilihan program biasiswa/tajaan seperti ISMP, HLP, CBBP TB, HLPS.
- Muat naik dokumen yang diperlukan secara digital (hardcopy tidak perlu dihantar).
- Lengkapkan perakuan (tanda ✓) sebelum tekan butang “HANTAR”.
- Permohonan akan disemak oleh ketua jabatan (Pengetua/Guru Besar) sebagai pengesahan bagi membolehkan permohonan diproses lebih lanjut.
Untuk semakan keputusan pula:
- Layari portal yang sama: https://epenawaran.moe.gov.my
- Klik pada bahagian semakan keputusan temuduga.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan akaun anda.
- Status panggilan temuduga dan keputusan akan dipaparkan secara online.
- Semakan boleh dilakukan bila-bila masa 24 jam sehari, mudah dan pantas tanpa perlu hadir fizikal.
Tips Memohon HLP KPM
Di sini kami paparkan juga beberapa tips berguna oleh Cikgu Faizal yang telah berkongsikan pengalaman beliau yang berjaya ditawarkan HLP KPM 2021.
ALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PhD HLP KPM TAHUN 2021
Saya kongsikan 8 tips kepada rakan2 yang berniat sambung PhD supaya rakan2 yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yg betul dan juga menjimatkan masa.
Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr.Othman Talib, Dr.Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan.
Sesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.
Tip 1
Selepas memohon dilaman web epenawaran, sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buah pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kena contact sendiri.
* Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yg menentukan anda berjaya dipanggil temuduga if not sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat-syarat minimum untuk mohon.
Tip 2
Persediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart disini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang Penyelidikan berkaitan.
Contohnya cara mengguna reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr.Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel diorang di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.
Tip 3
Persiapan rapi, dibawah post ini saya sertakan LINK untuk rakan2 DOWNLOAD Contoh Proposal yang dan juga Skema Permarkahan Temuduga HLP. Biar sama2 berjaya.
Tip 4
Jika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr.Shuhairy Norhisham.
Ada macam-macam bengkel hands-on di ajar oleh pensyarah2 prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian2 terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web scihub, status level artikel scimago.
Selepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yg sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan2 hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain sgt jujur dan membantu seperti Dr.Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata2 yang penuh jenaka tapi deep pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)
Tip 5
Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment or call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu2 atau takut2 kerana rata2 mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan bishe2 sahaja).
Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka mmg sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.
Tip 6
Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka.
Jangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa)
Tip 7
Jangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr.Shuhairy Norhisham”JINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE” iaitu “Nana korobi ya oki” jatuh 7 kali bangkit 8 kali.
Tip 8
Sentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambanya. Kalau takde rezeki perbaiki kelemahan yg ada kadang2 orang lain Nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tak salah tanya pandangan rakan2 yg dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. Okeh
Klik pautan di bawah untuk download:
Tips Extra
– Sedia 5 Slides sahaja masa pembentangan 40 minit sharp.
– 40 Minit Present dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. Pada panel.
– Pada tahun 2021, seramai 530 orang berjaya ditawarkan HLP/HLPS/CBBPTB dari 3538 permohonan, 1893 lulus perakuan Ketua Jabatan, selepas saringan BBP 1505 dipanggil temuduga, – untuk makluman HLP 400 orang HLPS 86 CBBPTB 44. 5 orang pengajian luar negara.
– Interview suluruh Malaysia terdiri warga pendidik pelbagai peringkat organisasi (orang KPM, PPD, IPG, Matrik, KV dan sekolah SM & SK) diberikan HLP master & PhD berjaya Interview sama ada HLP/HLPS/CBBPTB(Rayuan),
– Setiap pusat temuduga (IPG/Cyberjaya) anggaran 250 org dipanggil dan ada 6 pusat temuduga mengikut zon (Utara IPGSAH, Tengah (Cyberjaya), Selatan, Timur(IPG), Sabah(SPP) ,Sarawak).
– Sesi Interview 6 orang pagi 8.00-1.00 tgh & 4 orang 2.30-4.30 petang selama 5 hari. Isnin – Jumaat. KPM mempunyai hampir 1200 pelajar pascaperkhidmatan dibawah HLP bagi 3 tahun (2019,2020,2021) dari jumlah ini 1 orang sahaja sambung di luar negara.
– Bagi master secara berkumpulan 3 orang manakala Phd 1 orang bentang sharp 40 minit 5 slides termasuk memperkenalkan diri. Ada 5 bilik temuduga.
Sumber: Facebook Faizal Nasir
Semakan Keputusan Permohonan & Temuduga
KEPUTUSAN PANGGILAN TEMU DUGA PROGRAM HLP / HLPS / CBPP TB TAHUN 2026
Keputusan temu duga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Ambilan Tahun 2026 boleh disemak bermula:
- 30 Mac 2026 (Isnin)
- Jam 10.00 pagi
Semakan boleh dibuat secara dalam talian di https://epenawaran.moe.gov.my atau imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

Tarikh Penting Permohonan HLP, CBBPTB & HLPS KPM ambilan 2026
| Perkara | Tarikh | Catatan |
|---|---|---|
| Tarikh buka permohonan | 18 Disember 2025, 10:00 pagi | Permohonan dibuka secara dalam talian melalui https://epenawaran.moe.gov.my/ |
| Tarikh tutup permohonan | 19 Januari 2026, 5 petang | |
| Temu duga calon berjaya | AKAN DIKEMASKINI | Hanya bagi calon yang lulus saringan awal |
| Keputusan panggilan temu duga | AKAN DIKEMASKINI | Keputusan diumumkan melalui portal ePenawaran |
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP, CBBPTB & HLPS KPM ambilan 2026 , sila layari portal ePenawaran di pautan: https://epenawaran.moe.gov.my/
Anda juga boleh menghubungi:
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
E-mel : [email protected]
Sebarang Pertanyaan / Cadangan berkenaan biasiswa KPM boleh dikemukakan kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui e-mel [email protected]
Atau layari, https://www.moe.gov.my/
Untuk masalah teknikal borang permohonan, sila hubungi: [email protected] [mohon dikemukakan bersama-sama e-mel tangkap layar (screenshot) masalah teknikal permohonan yang dihadapi].
Selamat berjaya!
Soalan Lazim ePenawaran 2026
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan terkini.
Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal https://epenawaran.moe.gov.my dengan login menggunakan ID pengguna dan kata laluan.
Tidak, permohonan hendaklah disahkan/ disokong oleh ketua jabatan terlebih dahulu sebelum diproses.
Semakan boleh dibuat secara atas talian di portal ePenawaran menggunakan ID pengguna dan kata laluan.
Terdapat fungsi ‘reset password’ di portal ePenawaran untuk mendapatkan kata laluan baharu melalui emel rasmi.
Permohonan yang telah dihantar tidak boleh disunting, oleh itu pastikan maklumat betul sebelum menghantar.
e-UKCG adalah ujian dalam talian untuk saringan calon manakala UKF (Ujian Kecergasan Fizikal) adalah ujian fizikal bagi menilai kesihatan calon
Tidak, tarikh dan tempat ujian yang ditetapkan adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
HLP adalah insentif kerajaan untuk pegawai perkhidmatan pendidikan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (Ph.D) bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran.
Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan akademik dan perkhidmatan.
Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi akan dibuka mulai 18 Disember 2025 (Khamis) 10.00 pagi sehingga 19 Januari 2026, 5 petang.
Calon mesti mempunyai pengalaman berkhidmat yang mencukupi, CGPA minimum yang ditetapkan, dan tiada masalah disiplin.
Status semakan boleh dibuat secara online di portal ePenawaran dengan menggunakan ID dan kata laluan.
Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara.
TIDAK DIBENARKAN. Penentuan bidang pengajian adalah berdasarkan keperluan KPM.
Pemohon mesti mencapai purata markah minimum 85% bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk tiga (3) tahun terakhir berturut-turut (Contoh: 2023, 2024, 2025).
Sarjana (Master): Tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari tahun pengajian (cth: 1 Januari 2026).
Kedoktoran (PhD/EdD): Tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari tahun pengajian (cth: 1 Januari 2026).
Ya. CBBPTB bermaksud Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), oleh itu gaji pokok dan elaun tetap akan dibayar seperti biasa. Hanya kos pengajian tidak ditanggung oleh KPM.
Anda mungkin akan dikenakan tindakan/penalti dan perlu membayar ganti rugi mengikut jumlah yang ditetapkan dalam Perjanjian HLP yang ditandatangani, kerana tawaran HLP adalah penajaan yang melibatkan kos Kerajaan.



