SPLKPM – Login Sistem Pengurusan Latihan (splkpm.moe.gov.my)

SPLKPM boleh diakses terus melalui pautan rasmi https://splkpm.moe.gov.my/. Portal ini membolehkan pengguna login untuk mendaftar kursus, menyemak rekod latihan, mencetak sijil secara online serta mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah.

Artikel ini akan berkongsi panduan ringkas cara login serta fungsi utama yang tersedia dalam SPLKPM.

Apa itu SPLKPM

SPLKPM ialah singkatan kepada Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan urusan berkaitan latihan guru dan warga pendidik, khususnya dalam pendaftaran, rekod kursus, serta pengurusan sijil secara dalam talian.

Pada asalnya, sistem ini dikenali sebagai e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru). Namun, ia telah ditambah baik dengan memperkenalkan beberapa sub modul baharu seperti CV dan sijil online.

Melalui penambahbaikan ini, SPLKPM menjadi lebih sistematik dalam merekod serta menguruskan maklumat latihan guru, termasuklah mata e-pembelajaran SPLKPM.

SPLKPM

Objektif SPLKPM

Objektif utama sistem ini adalah:

  1. Membantu mengiktiraf penyertaan PPP serta PPB dengan memberikan mata kredit bagi setiap aktiviti yang dijalankan
  2. Menggalakkan pihak yang terlibat untuk meneroka lebih banyak platform yang bersesuaian dengan profesion dan kemampuan, sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka

Apa itu Mata Kredit dalam SPLKPM

Dalam SPLKPM, mata kredit merujuk kepada nilai yang diberikan kepada guru atau pegawai pendidikan sebagai pengiktirafan terhadap penyertaan mereka dalam pelbagai aktiviti pembangunan profesional.

Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai peruntukan mata kredit yang berbeza mengikut jenisnya, sama ada kursus, bengkel, seminar, pembacaan buku dan sebagainya.

Sebagai contoh, pembacaan sebuah buku ilmiah akan melayakkan individu memperoleh enam mata kredit.

Keseluruhan jumlah mata kredit yang dikumpulkan ini menjadi gambaran tahap penglibatan dan komitmen seseorang dalam usaha meningkatkan profesionalisme mereka.

bacaan buku splkpm

Sub Modul dalam SPLKPM (Modul Individu)

Bagi Modul Individu, terdapat beberapa sub modul penting yang digunakan oleh guru untuk menguruskan data dan rekod masing-masing, iaitu:

  1. Sub modul Pelaporan
    • Menyimpan rekod kursus dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang telah disertai oleh guru.
    • Memudahkan semakan semula kursus yang pernah dihadiri.
  2. Sub modul Sijil Online
    • Membolehkan pengguna mencetak sijil penyertaan kursus secara atas talian.
    • Sijil boleh dijadikan rujukan rasmi untuk tujuan kenaikan pangkat atau penilaian prestasi.
  3. Sub modul eProfil
    • Memberi ruang untuk kemaskini maklumat peribadi dan profesional.
    • Penting untuk memastikan data guru sentiasa terkini.
  4. Sub modul CV
    • Menyediakan akses untuk semakan Curriculum Vitae (CV) dalam sistem.
    • Membantu guru membina profil kerjaya secara digital.

Objektif SPLKPM

Objektif utama sistem ini adalah:

  1. Membantu mengiktiraf penyertaan PPP serta PPB dengan memberikan mata kredit bagi setiap aktiviti yang dijalankan
  2. Menggalakkan pihak yang terlibat untuk meneroka lebih banyak platform yang bersesuaian dengan profesion dan kemampuan, sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka

Berbeza sedikit dengan sistem eOperasi dan APDM, SPLKPM lebih menumpukan kepada latihan serta modul individu yang diikuti oleh guru.

Ia merangkumi pelbagai aktiviti seperti kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, penggunaan portal e-Guru, perkongsian ilmu, serta penulisan dan penerbitan.

Cara Mendaftar

Pengguna di Bahagian/Jabatan Pendidikan

  1. Pendaftaran pengguna perlu dilakukan oleh Penyelaras LDP di bahagian/jabatan pendidikan masing-masing.
  2. Penyelaras LDP akan memasukkan data asas pengguna ke dalam sistem SPLKPM.
  3. Setelah proses pendaftaran selesai, pengguna akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan untuk mengakses Modul Individu.
  4. Dengan ID Pengguna dan Kata Laluan tersebut, pengguna boleh log masuk ke sistem SPLKPM melalui laman web rasmi: https://splkpm.moe.gov.my.
  5. Proses ini penting bagi memastikan hanya pengguna yang sah dibenarkan mengakses sistem SPLKPM.

Pengguna di Sekolah

  1. Data asas pengguna di sekolah akan didaftarkan secara automatik melalui Pangkalan Data eOperasi.
  2. Pengguna di sekolah tidak perlu melakukan pendaftaran manual ke dalam sistem SPLKPM.
  3. Data asas yang telah disimpan di eOperasi akan diselaraskan secara automatik dengan sistem SPLKPM.
  4. Setelah data diselaraskan, pengguna hanya perlu menggunakan No Kad Pengenalan (No KP) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan untuk log masuk ke Modul Individu.

Cara untuk Login SPLKPM

Individu

  1. Layari laman web SPLKPM di pautan rasmi: https://splkpm.moe.gov.my.
  2. Klik pada pilihan “Modul Individu” di laman utama SPLKPM.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan (No KP) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  4. Taip aksara Captcha yang dipaparkan untuk pengesahan.
  5. Tekan butang “MASUK” untuk log masuk.
  6. Jika maklumat betul, anda akan dibawa ke laman utama Modul Individu. Jika salah, sistem akan memaparkan mesej ralat.

Penyelaras

  1. Layari laman web SPLKPM di pautan rasmi: https://splkpm.moe.gov.my.
  2. Klik pada pilihan “Modul SULDP” di laman utama SPLKPM.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  4. Taip aksara Captcha yang dipaparkan untuk pengesahan.
  5. Tekan butang “MASUK” untuk log masuk.
  6. Jika maklumat betul, anda akan dibawa ke laman utama Modul SULDP. Jika salah, sistem akan memaparkan mesej ralat.

Cara Reset Semula Kata Laluan

Jika anda terlupa kata laluan untuk Modul Individu SPLKPM, anda boleh menukarnya semula dengan mudah melalui fungsi yang disediakan di laman login.

Berikut adalah langkah-langkah untuk reset kata laluan:

  1. Pergi ke laman login SPLKPM : https://splkpm.moe.gov.my/
  2. Klik pada pilihan “Lupa Kata Laluan”.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan (No KP) anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan butang “SEMAK”.
  5. Jika No KP wujud dalam pangkalan data sistem, kata laluan baharu akan dihantar terus ke alamat e-mel yang didaftarkan.
  6. Buka peti masuk e-mel anda dan semak mesej daripada sistem SPLKPM untuk mendapatkan kata laluan baharu.
  7. Jika tiada e-mel diterima atau maklumat e-mel tidak dijumpai dalam pangkalan data, hubungi penyelaras latihan di organisasi anda untuk mengemaskini maklumat e-mel.

Muat Turun Borang & Perkeliling

Borang

1Borang Keluar Negara
2BORANG PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PERKHIDMATAN BUKAN GURU
3BORANG PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PEGAWAI PERHIDMATAN PENDIDIKAN
4SENARAI SEMAK DOKUMEN PENGECUALIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

PTM (e-Pembelajaran)

1Garis Panduan Pelaksanaan PTM Pembelajaran Digital
2Manual Peserta Pelaksanaan PTM Melalui EPSA
3Surat Siaran Pelaksanaan PTM Melalui EPSA
4Garis Panduan Pelaksanaan PTM Melalui EPSA
5Borang 1 – Pengesahan Ketua Jabatan (Kakitangan yang tiada emel rasmi)
6Borang 2 – Senarai Semak Permohonan Pengecualian PTM
7Borang 3 – Senarai Warga PPP/PBG Pelaksanaan PTM Melalui EPSA (Kegunaan JPN sahaja)
8Kursus Budaya Kerja Kelas Pertama
9Borang 5 – Borang Akuan Peserta
10Lampiran C – Instrumen Penilaian Latihan PTM (Peserta)
11Lampiran D – Borang Keberkesanan Latihan PTM (Ketua Jabatan)
12Bahan Baharu: Hamparan Data – Instrumen Penilaian PTM Melalui EPSA (Kegunaan JPN sahaja)
13Soalan Lazim PTM

Pekeliling & Surat Siaran

1GARIS PANDUAN PENILAIAN PENGURUSAN LATIHAN SECARA KENDIRI
2SURAT SIARAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN CELIK DIGITAL PENJAWAT AWAM KPM
3SURAT PEMAKLUMAN PENYERAHAN TAKBIR URUS SEKOLAH DALAM HOSPITAL KEPADA JPN
4SURAT PEMAKLUMAN PEMANTAUAN PRESTASI LATIHAN BAGI PPP DAN AKP DI SMKA SABK MULAI TAHUN 2023
5SURAT KETETAPAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN PEGAWAI KPM 2023
6SURAT HEBAHAN PRESTASI KEHADIRAN LATIHAN PEGAWAI KPM TAHUN 2022 DAN KETETAPAN LATIHAN TAHUN 2023
7SURAT SIARAN KETETAPAN LATIHAN TAHUN 2022 BAGI PEGAWAI KPM
8SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BILANGAN 1 TAHUN 2021 : DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA KPM
9SURAT PEMAKLUMAN PRESTASI KEHADIRAN LATIHAN WARGA KPM TAHUN 2020 DAN KEPERLUAN MEMENUHI JUMLAH HARI LATIHAN 2021
10GARIS PANDUAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN KPM (SPLKPM) VERSI 2.0 TAHUN 2020
11GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN SECARA BERSEMUKA SEMASA PANDEMIK COVID-19
12SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BILANGAN 3 TAHUN 2020 : DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA KPM
13SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTIRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2020 : PENGGUNAAN SPLKPM
14GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN PENCALONAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI KEMUDAHAN PENAJAAN PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (PH.D) SECARA SEPENUH MASA
15SURAT SIARAN KEPERLUAN MEMENUHI LIMA (5) HARI LATIHAN DI KPM TAHUN 2019
16SURAT SIARAN KPM BIL 12 TAHUN 2018 : GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (MYPPB) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KPM
17GARIS PANDUAN BAGI PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA DI BAWAH KPM SECARA SEPARUH MASA DAN SEPENUH MASA
18GARIS PANDUAN PENCALONAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PERKHIDMATAN BUKAN GURU BAGI KEMUDAHAN PENAJAAN PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN SECARA SEPENUH MASA TAHUN 2019
19SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BILANGAN 4 TAHUN 2016:DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA KPM
20SURAT SIARAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU, SESI PERKONGSIAN ILMU DAN PEMBELAJARAN KENDIRI
21PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BILANGAN 4 TAHUN 2014 : PENGGUNAAN SPLKPM
22SURAT PEMAKLUMAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SECARA SCHOOLBASE TAHUN 2013
23SURAT PEMAKLUMAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI/ PENYELARAS LATIHAN DI BAHAGIAN/ JABATAN DI KPM TAHUN 2013
24DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005
25SURAT PEMAKLUMAN PERLAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU TAHUN 2012
26SURAT PEMAKLUMAN Pelaksanaan Penggunaan KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KPM PADA TAHUN 2011
27SURAT SIARAN KPM BIL.16 TAHUN 2015: PERLAKSANAAN LATIHAN BAGI AKP BERKHIDMAT BAWAH PPP TERUTAMA DI DAERAH DAN SEKOLAH KPM
28SURAT PEMAKLUMAN PENGURUSAN LATIHAN KPM TAHUN 2016

Rujuk Manual Penuh di SINI. SEMAK SIJIL LDP

Senarai Kursus Online SPLKPM

Terdapat pelbagai senarai kursus dan webinar tahunan yang boleh anda kemaskini di SPLKPM.

Antaranya ialah:

  1. KURSUS SPL KPM AKPK
  2. KURSUS SPL KPM EPSA
  3. KURSUS ELATIH : https://elatih.hrdcorp.gov.my/
    • Latihan Melalui E-Pembelajaran melalui Webinar, Plc dalam talian termasuk kursus lain dalam pelantar E-Pembelajaran boleh di daftar terus dalam SPLKPM melalui Modul Individu
  4. KURSUS GOOGLE EDUCATION
  5. KURSUS PKJR : http://epkjr.gov.my
  6. KURSUS MICROSOFT EDUCATION
  7. KURSUS DIGITAL CLASSROOM
    • Melalui Digital Classroom Malaysia, ada banyak kursus webinar live streaming online untuk anda hadir dan pelajari yang boleh daftar.
  8. E-DIDIK MALAYSIA

Soalan Lazim SPLKPM

1. Apakah laman rasmi untuk login SPLKPM?

Laman rasmi SPLKPM ialah https://splkpm.moe.gov.my/.

2. Siapakah yang perlu menggunakan SPLKPM?

Semua guru dan pegawai pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menggunakan SPLKPM untuk merekodkan penyertaan latihan dan pembangunan profesional.

3. Bagaimana jika terlupa kata laluan SPLKPM?

Klik fungsi “Lupa Kata Laluan” di laman login, masukkan No KP dan tekan “SEMAK”. Kata laluan baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar. Jika tiada e-mel dijumpai, hubungi penyelaras latihan sekolah/organisasi untuk kemaskini maklumat.

4. Apakah fungsi utama SPLKPM?

Antaranya ialah mendaftar kursus, menyemak rekod latihan/LDP, mencetak sijil online, mengemaskini profil diri, serta membina Curriculum Vitae (CV).

5. Apakah itu mata kredit dalam SPLKPM?

Mata kredit ialah nilai yang diberikan kepada guru/pegawai pendidikan bagi setiap aktiviti pembangunan profesional. Contohnya, membaca satu buku ilmiah melayakkan anda menerima 6 mata kredit.

6. Adakah SPLKPM sama dengan sistem eOperasi dan APDM?

Tidak. eOperasi fokus kepada data perjawatan guru, APDM pula untuk data murid. SPLKPM lebih menumpukan kepada latihan, kursus, PLC, bengkel, seminar, penyelidikan, dan lain-lain aktiviti pembangunan profesional guru.

7. Bagaimana untuk mencetak sijil dalam SPLKPM?

Login ke akaun SPLKPM anda, pilih Sub Modul Sijil Online, kemudian pilih kursus/aktiviti yang telah disertai dan klik cetak.

8. Siapakah yang boleh membantu jika menghadapi masalah login atau data tidak dikemaskini?

Anda boleh terus berhubung dengan penyelaras latihan di sekolah/organisasi masing-masing atau pihak pentadbir sistem di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga: