Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan untuk mengemukakan permohonan pendaftaran pakej baharu Edutourism yang boleh dipohon menerusi pautan https://sites.google.com/…/edutour…/pendaftaran-pakej….
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai program ini.

Mengenai Edutourism KPT
Program Edutourism oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan inisiatif strategik yang mengintegrasikan pendidikan dan pelancongan untuk mempromosikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia sebagai destinasi pembelajaran bertaraf dunia.
Melalui program ini, pelajar antarabangsa dan tempatan berpeluang untuk merasai pendidikan holistik melalui aktiviti akademik, budaya, komuniti dan alam sekitar yang unik di Malaysia.
Program ini juga menyokong pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan memperkukuh diplomasi pendidikan sebagai medium pertukaran ilmu, pemahaman budaya dan rangkaian global.
Tujuan Utama
Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah untuk:
- Untuk mempromosikan IPTA Malaysia sebagai pusat pelancongan dan aktiviti pendidikan;
- Untuk meningkatkan bilangan pendaftaran pelajar antarabangsa di Malaysia;
- Untuk membangunkan rangkaian peribadi dan sosiobudaya antara peserta antarabangsa dan pelajar tempatan; dan
- Untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti rantaian nilai dan industri sokongan berkaitan.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka 7 September 2026 sehingga 18 September 2026.
Pakej Edutourism
Pakej yang boleh dilaksanakan menerusi program ini adalah seperti di bawah:
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk IPT yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:
1- Universiti Awam (UA)
- SEMUA 20 Universiti Awam di Malaysia adalah LAYAK.
2- Politeknik dan Kolej Komuniti
- Mempunyai kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah.
3- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta berstatus universiti termasuk kampus cawangan luar negeri/kolej universiti/kolej yang memiliki perakuan pendaftaran institusi yang sah dan aktif.
- Mempunyai kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah dan aktif.
- Mempunyai penarafan kualiti SETARA atau 3 MyQuest dengan tahap pencapaian “BERDAYA SAING” -PAKEJ JANGKA PANJANG SAHAJA.

Cara Memohon
IPT yang berminat boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan di https://sites.google.com/…/edutour…/pendaftaran-pakej…
Senarai Semak Dokumen
IPT yang membuat permohonan perlu memastikan dokumen-dokumen tersebut disediakan untuk dihantar:
1- Universiti Awam
- Borang Permohonan Pendaftaran Pakej Edutourism (BORANG EDU.1) yang lengkap.
- Fail Perincian Pakej (Fail Excel).
- Salinan Dokumen Penarafan Kualiti SETARA/MyQUEST *bagi pakej yang melebihi tempoh 3 bulan.
- Kertas Cadangan Pakej *sekiranya perlu.
2- POLYCC & IPTS
- Borang Permohonan Pendaftaran Pakej Edutourism (BORANG EDU.1) yang lengkap.
- Fail Perincian Pakej (Fail Excel).
- Salinan Dokumen Penarafan Kualiti SETARA/MyQUEST *bagi pakej yang melebihi tempoh 3 bulan.
- Kertas Cadangan Pakej *sekiranya perlu.
- Salinan lesen pengambilan pelajar antarabangsa yang masih sah dan aktif (dikeluarkan oleh KDN).
- Salinan perakuan pendaftaran institusi yang masih sah dan aktif.

Soalan Lazim
Program Edutourism oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah inisiatif strategik yang mengintegrasikan pendidikan dan pelancongan untuk mempromosikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia sebagai destinasi pembelajaran bertaraf dunia.
– Untuk mempromosikan IPTA Malaysia sebagai pusat pelancongan dan aktiviti pendidikan;
– Untuk meningkatkan bilangan pendaftaran pelajar antarabangsa di Malaysia;
– Untuk membangunkan rangkaian peribadi dan sosiobudaya antara peserta antarabangsa dan pelajar tempatan; dan
– Untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti rantaian nilai dan industri sokongan berkaitan.
Tarikh permohonan dibuka mulai 7 September 2026 sehingga 18 September 2026.
Ya. Semua 20 Universiti Awam di Malaysia adalah layak memohon.
Borang permohonan dapat diperoleh menerusi borang permohonan di pautan https://sites.google.com/…/edutour…/pendaftaran-pakej…
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Sekretariat Program Edutourism melalui:
- Emel: [email protected]
- Tel: 03-8870 4969 / 6611 / 6634
Sekretariat Program Edutourism
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Baca juga: e-Profiling GReaT KPT – Ujian Personaliti & Padanan Kerjaya




