INFO KPM: Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (e-UKCG) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak secara online
Sila rujuk hebahan terkini berikut dan cara membuat semakan.
Apakah UKCG & eUKCG?
UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.
Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
Semakan Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru Secara Dalam Talian (e-UKCG)
PENGUMUMAN
SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF)
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH (PDPP) 2024
CALON BOLEH MEMBUAT SEMAKAN PADA 3 SEPTEMBER 2024 (SELASA) BERMULA
JAM 10.00 PAGI.
SILA BUAT SEMAKAN DI ;
https://mypdpp.moe.gov.my/pd/index.cfm
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PANGGILAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (eUKCG) BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) AMBILAN TAHUN 2024
Menurut makluman terkini KPM, keputusan panggilan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak menerusi pautan https://ukcg.moe.gov.my/ismp/ mulai Khamis, 6 Jun 2024, jam 3:00 petang.
Semakan Pendaftaran eUKCG 2024
Calon yang ingin membuat semakan boleh mengisi kata laluan di pautan https://ukcg.moe.gov.my/ismp/ bagi mendapatkan keputusan ujian.
Panduan untuk calon bagi mengenal pasti status kelayakan menduduki adalah seperti di lampiran di bawah yang berikut:
Untuk makluman, calon-calon diminta memberi perhatian tarikh penting semakan kelulusan.
Calon tidak dibenarkan menukar tarikh ujian dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.
Baca juga: e-Recruit USM: Pendaftaran & Permohonan Jawatan Kosong USM
Ujian Online & Pendaftaran
Calon yang layak diminta untuk mendaftarkan no pin/ kata laluan di https://ukcg.moe.gov.my bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian.
Bagi yang telah berjaya mendaftar kata laluan, anda akan menggunakan kata laluan tersebut untuk menduduki ujian e-UKCG dan mendapat maklumat ujian.
Sila rujuk lampiran di bawah :
Berikut pula adalah slip menduduki ujian online.
Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.
Calon boleh menduduki ujian di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
eUKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Calon boleh menduduki eUKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, ia adalah SULIT.
Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab dengan lebih selesa.
Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh semak melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:
Pautan: https://ukcg.moe.gov.my/
Tips Temuduga UKCG
Tip dan Panduan e-UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru)
Calon-calon boleh menyaksikan sebuah video panduan dan tips yang dikongsikan oleh Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG):
“Jom Jadi Cikgu” Siri 2
https://www.facebook.com/ipgKemPendidikan/videos/1120369408524390
Ada kawan minta tips untuk temuduga UKCG bagi jawatan PPP DG41 (Contract of Service) yang akan bermula esok.
Point no.7 ramai yang terlepas pandang.
Apakah UKCG?
- UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.
- Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
- Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
- Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
- Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
- Soalan ujian ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.
: Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.
No.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok
- Soalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib.
: Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.
- Secara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru.
: Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.
Biasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.
Moga terlahirnya guru yang berkualiti.
Wish you all Good Luck!
*Sumber: Facebook Nabilah Md Harun.
Baca juga: PISMP 2024: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM
Maklumat Lanjut
Sila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
https://mypdpp.moe.gov.my/