e-TT Hasil : Cara Buat Bayaran Cukai LHDN MyTax

Sistem e-TT Hasil telah diperkenalkan pada 1 April 2022 yang lalu dan mungkin ramai yang kurang arif menggunakannya.

e-TT merupakan sebuah sistem yang menjana Nombor Virtual Account (VA) sebagai identiti pengenalan bayaran bagi tujuan bayaran cukai menggunakan Mod Telegraphic Transfer. 

Untuk keselamatan pengguna, setiap nombor VA adalah terhad kepada satu transaksi sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem ini untuk panduan semua pembayar cukai di Malaysia.

Apakah Sistem e-TT?

Sistem e-TT diperkenalkan bagi bayaran cukai melalui kaedah TT, EFT dan IBG dari dalam dan luar negara bagi pelbagai jenis bayaran cukai pendapatan.

Sistem ini akan menjana Nombor Akaun Maya (Nombor VA) sebagai identiti pengenalan bayaran.

e-tt lhdn sistem ett hasil

Jenis-jenis Cukai

Janaan nombor VA di e-TT hanya dibenarkan bagi tujuan bayaran cukai daripada dalam dan luar negara yang terdiri daripada jenis cukai berikut:

  • Cukai Pendapatan
  • Cukai Pegangan (WHT)
  • Cukai Pendapatan Petroleum (PITA)
  • Kompaun
  • Penghibur Awam
  • Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Tertakluk di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Borang CKHT502)

Baca lagi: ByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online

e-tt lhdn sistem ett hasil cukai
e-tt lhdn sistem ett hasil cukai tax

Cara Buat Bayaran LHDN Melalui Sistem e-TT

Pembayar cukai yang ingin membuat bayaran cukai menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dari dalam dan luar negara dikehendaki untuk mengakses Sistem e-TT yang boleh dicapai dengan langkah mudah seperti yang berikut:

  1. Layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau terus ke pautan https://ett.hasil.gov.my.
  2. Klik Perkhidmatan ezHasil > submenu e-TT;
  3. Isi maklumat bayaran dengan lengkap untuk menjana Nombor VA
  4. Nombor VA yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dikaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik.
  5. Keluar sistem. Pembayar cukai meneruskan proses bayaran.

Contoh Slip Verifikasi e-TT LHDN

Dengan pengenalan Sistem e-TT, empat jenis bayaran berikut yang pada masa kini hanya boleh dilakukan di Kaunter Bayaran HASiL, juga boleh dibuat menerusi kaedah e-bayaran:

  1. Kompaun
  2. Cukai Penghibur Awam (Seniman Kembara)
  3. Cukai Pegangan
  4. CKHT – Pegangan Cukai 3% oleh Pemeroleh Aset (Seksyen 21B, ACKHT 1976)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MANUAL PENGGUNA melalui sistem e-TT, sila ke ikon ‘Panduan Pengguna’ di Muka Hadapan laman MyTax seperti dalam infografik di bawah:

Kaedah bayaran e-TT LHDN

Bayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:

  1. Portal perbankan internet menerusi IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang;
  2. Kaunter Bank : IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang sahaja (Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan)
  3. Mesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)

Artikel berkaitan: MyTax Hasil: Daftar, Semakan Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023

Soalan Lazim & Pertanyaan Lanjut

Rujuk soalan lazim pelaksanaan sistem e-TT melalui video di bawah:

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai sistem e-TT ini, boleh hubungi pegawai yang bertugas di menerusi salah satu kedah berikut:

  1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
  2. HASiL Live Chat
  3. Borang Maklum Balas di portal LHDNM
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!