Cara Isi e-Filing 2026 – Panduan Declare Cukai Pertama Kali

e filing 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

e-Filing 2026 kini telah dibuka secara rasmi bermula 1 Mac 2026 bagi memudahkan rakyat Malaysia mengisytiharkan pendapatan tahunan mereka untuk Tahun Taksiran 2025.

Pengisian e-Filing 2026 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM atau portal MyTax.

Bagi anda yang baru melangkah ke alam pekerjaan atau mencapai ambang gaji layak cukai, anda hanya perlu memohon No. PIN dan mengaktifkan sijil digital secara dalam talian melalui portal MyTax untuk menyelesaikan proses e-Filing 2026 sepenuhnya tanpa perlu ke kaunter LHDN.

Rujuk panduan mengisi e-Filing 2026 dan info penting berkaitan cukai di bawah.

Ringkasan: 6 Langkah Isi e-Filing Untuk “First Timer”

Bagi anda yang baru pertama kali melapor cukai pada tahun 2026, berikut adalah urutan proses yang perlu diikuti:

  1. Semak & e-Daftar (Daftar Fail Cukai): Sebelum mengisi borang, anda mesti mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN). Jika tiada, lakukan e-Daftar di portal MyTax untuk mendaftar fail cukai individu buat kali pertama.
  2. Mohon No. PIN: Setelah mempunyai nombor cukai (TIN), mohon No. PIN secara dalam talian melalui borang e-CP55D atau gunakan kaedah imbasan wajah e-KYC di aplikasi MyTax.
  3. Aktifkan Sijil Digital: Gunakan No. PIN tersebut untuk mengaktifkan Sijil Digital di portal MyTax dan cipta kata laluan anda.
  4. Log Masuk & Pilih Borang: Log masuk ke MyTax menggunakan No. Kad Pengenalan. Pilih menu e-Filing dan klik pada Borang e-BE (untuk individu yang hanya makan gaji/tiada perniagaan).
  5. Isi Maklumat & Pelepasan: Masukkan jumlah pendapatan tahunan (rujuk Borang EA daripada majikan). Pastikan anda mengisi bahagian Pelepasan Cukai (seperti gaya hidup, insurans, dan SSPN) untuk memaksimumkan pulangan cukai.
  6. Hantar & Simpan Rekod: Semak rumusan pengiraan. Jika semuanya betul, klik ‘Tanda Tangan & Hantar’. Simpan salinan borang (PDF) dan semua resit perbelanjaan selama 7 tahun sebagai bukti jika diminta oleh LHDN.

Apa Itu e-Filing?

e-Filing ialah sistem penghantaran borang cukai pendapatan secara dalam talian yang membolehkan individu dan syarikat mengemukakan penyata cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tanpa perlu hadir ke kaunter.

Melalui e-Filing, pengguna boleh mengisi, menyemak dan menghantar borang cukai dengan lebih cepat, tepat dan selamat pada bila-bila masa selagi dalam tempoh yang ditetapkan.

Perkhidmatan ini diakses menerusi portal rasmi MyTax, iaitu platform digital LHDN yang menghimpunkan pelbagai urusan percukaian seperti semakan nombor cukai, bayaran cukai, semakan status bayaran balik (refund) serta pengemaskinian maklumat peribadi.

Ringkasnya, e-Filing memudahkan proses pematuhan cukai secara lebih efisien dan mesra pengguna, selaras dengan inisiatif pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

BACA JUGA: Nombor Pengenalan Cukai (TIN) LHDN : Semakan & Pendaftaran

Siapa Yang Wajib Declare Cukai 2026?

Bagi Tahun Taksiran 2026, individu di Malaysia wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Siapa Wajib Lapor Pendapatan?

Anda perlu mengemukakan Borang Nyata cukai pendapatan jika:

  • Pendapatan tahunan melebihi RM37,333 (selepas potongan KWSP dan pelepasan asas RM9,000) untuk individu bujang/janda/duda. Untuk taksiran bersama (berkahwin), ambang boleh sehingga RM52,000 bergantung bilangan anak.
  • Anda dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB) oleh majikan (dapat Borang EA).

Namun, perlu diingat bahawa melaporkan pendapatan tidak semestinya bermakna anda perlu membayar cukai tambahan. Ia hanyalah proses pengisytiharan rasmi kepada pihak LHDN.

Cara Isi e-Filing 2026 - Panduan Declare Cukai Pertama Kali
Ambang Pendapatan

Siapa Yang Tidak Perlu Bayar Cukai?

Walaupun pendapatan melepasi paras minimum, anda mungkin tidak dikenakan cukai jika:

  • Pendapatan bercukai selepas tolak pelepasan individu 
  • Layak menerima rebat cukai​
  • Jumlah cukai bersih menjadi sifar selepas pengiraan lengkap (termasuk zakat/fitrah

Jumlah cukai bersih anda ditentukan oleh baki pendapatan setelah semua pelepasan ini diambil kira, bukannya berdasarkan gaji kasar semata-mata.

NOTA: Sekiranya jumlah pendapatan tahunan anda (selepas ditolak caruman KWSP) masih di bawah ambang pendapatan wajib cukai dan majikan anda membuat potongan PCB, sila hantar borang cukai (isi e-Filing) kerana anda berpotensi menerima bayaran balik cukai (refund).

Persediaan Sebelum e-Filing 2026

Sebelum anda mengemukakan e-Filing 2026 bagi Tahun Taksiran 2025, pastikan anda membuat persediaan berikut:

  1. Borang EA/EC (Penyata Gaji Tahunan): Pastikan anda mempunyai borang EA yang disediakan oleh majikan. Ia mengandungi jumlah pendapatan kasar, caruman KWSP/PERKESO, dan jumlah PCB yang telah dipotong sepanjang tahun 2025.
  2. Fail Resit & Bukti Perbelanjaan: Kumpulkan semua resit pembelian buku, peralatan sukan, bil internet, peranti digital, caruman SSPN dan sebagainya.
  3. Maklumat Akaun Bank: Pastikan nombor akaun bank yang dikemas kini dalam sistem adalah tepat bagi memudahkan urusan bayaran balik (refund) cukai jika ada lebihan bayaran.

Untuk pengisian e-Filing, anda perlukan:

  • No Tin, No Pin & Sijil Digital MyTax: Bagi pengguna kali pertama, pastikan anda mendapatkan no Tin melalui e-Daftar, manakala no pin melaluiborang e-CP55D atau gunakan kaedah imbasan wajah e-KYC. Seterusnya jana/aktifkan sijil digital.
Cara Isi e-Filing 2026

Tarikh Mula e-Filing 2026 Bagi Tahun Taksiran 2025

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraaan 2025 dan Tahun Taksiran 2025 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2026.

Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi MyTax.

Cara Isi e-Filing

Rujuk kenyataan media rasmi di bawah:

KENYATAAN MEDIA RASMI LHDN : PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2025 DIBUKA MULAI 1 MAC 2026

Cara Isi e-Filing 2026

Cara Isi e-Filing 2026

Cara Isi e-Filing 2026

Cara Isi e-Filing 2026

Sistem Taksiran & Pengiraan Cukai Pendapatan

Terdapat dua cara pengiraan/pelaporan yang berbeza untuk cukai pendapatan iaitu Taksir Sendiri vs Cukai Muktamad.

1. SISTEM TAKSIR SENDIRI

Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep BayarTaksir Sendiri dan Fail.

Taksiran sendiri bermaksud pembayar cukai dikehendaki oleh undang-undang untuk menentukan pendapatan yang dikenakan cukai, mengira cukai pendapatan yang dikenakan dan menghantar borang cukai pendapatan serta membuat bayaran cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan.

Tiada notis taksiran akan dikeluarkan di bawah sistem ini. Borang cukai pendapatan yang dihantar oleh pembayar cukai merupakan notis taksiran.

Borang berikut digunakan bagi melaporkan pendapatan:

  • Borang BE : borang pelaporan cukai bagi individu pemastautin dengan punca pendapatan penggajian dan pendapatan lain (tidak termasuk perniagaan)
  • Borang B : borang pelaporan cukai bagi individu pemastautin dengan punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain
  • Borang M : borang pelaporan cukai bagi individu bukan pemastautin dengan punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain

Taraf mastautin merujuk kepada status individu seperti tertakluk kepada Seksyen 7, ACP 1967

2. SISTEM CUKAI MUKTAMAD (Pilihan Tidak Perlu Isi e-Filing)

Pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada LHDNM.

Jika pilihan telah dibuat, iaitu tidak mengemukakan BNCP, maka PCB yang telah dipotong oleh majikan adalah dianggap sebagai Cukai Muktamad.

Layanan Cukai Muktamad ini berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2014.

Kelayakan Pembayar Cukai:

  • Bekerja hanya dengan satu majikan.
  • Suami atau isteri tidak membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 ACP.
  • PCB dipotong mengikut Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 (KKCP) atau tiada PCB dipotong kerana pendapatan di bawah tahap dikenakan potongan (PCB kosong). Majikan diwajibkan membuat PCB atas MBB dan NTK.
  • Berkhidmat dengan majikan yang sama untuk tempoh kurang daripada 12 bulan.
  • Pekerja yang baru memulakan penggajian dan kurang 12 bulan dalam tahun taksiran berkenaan
  • Semua pendapatan penggajian yang diterima bagi tempoh tertentu dalam tahun semasa termasuk apa-apa pendapatan penggajian tahun kebelakangan yang dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1) ACP. seperti :
    1. gaji,
    2. upah,
    3. tip,
    4. elaun,
    5. komisen,
    6. kerja lebih masa,
    7. bonus/insentif,
    8. perkuisit,
    9. skim opsyen saham pekerja,
    10. cukai yang ditanggung oleh majikan,
    11. yuran pengarah,
    12. ganjaran termasuk bayaran tertunda di atas pemberhentian penggajian (tidak mendapat pengecualian di bawah mana-mana peruntukan akta),
    13. gaji cuti yang diterima sebagai pendahuluan dalam kes pemberhentian,
    14. saraan lain berkaitan penggajian.

Kes Khas: Berhenti Kerja & Meninggalkan Malaysia

  • Seseorang individu berhenti kerja dan meninggalkan Malaysia yang mana beliau bukan pemastautin pada tahun berikutnya, pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu tersebut meninggalkan Malaysia selama-lamanya sebagaimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP.
  • Kriteria Individu :
    • Berhenti kerja
    • Meninggalkan Malaysia
    • Bukan pemastautin pada tahun yang berikutnya, boleh membuat pilihan:
      • Peruntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu meninggalkan Malaysia
      • Peruntukan di bawah subseksyen 25(1) ACP
      • Pendapatan penggajian akan dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima.

Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama

Berikut adalah panduan mengisi e-Filing 2026 secara online melalui Portal myTax.

PERSEDIAAN : SEDIAKAN DOKUMEN PENTING

Untuk memudahkan anda mengisi e-Filing 2026 atau membuat kemaskini, pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen berikut sebelum mula:

  1. Penyata EA/EC (majikan)
  2. Resit pelepasan cukai (insurans, perubatan, pendidikan, pembelian dan lain-lain) – Rujuk Senarai Pelepasan Cukai 2025 Untuk eFiling 2026
  3. Penyata KWSP (jika perlu)
  4. Rekod pendapatan lain (sewa, bisnes dan sebagainya)
  5. No akaun bank untuk bayaran balik (refund)

NOTA:

  • Kerja kerajaan, dapatkan borang EC.
  • Kerja swasta, pastikan majikan sediakan borang EA.
  • Kerja komisen, sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.

LANGKAH 1 : LOG MASUK PORTAL MYTAX (Kali Pertama)

  1. Layari Portal https://mytax.hasil.gov.my/
  2. Sila Pilih Jenis Pengenalan.
  3. Masukkan Nombor Pengenalan.
  4. Klik butang Hantar.
Cara Isi e-Filing mytax
Cara Isi e-Filing mytax

LANGKAH 2: PERMOHONAN PIN E-FILING & SIJIL DIGITAL

Bagi individu yang pertama kali menggunakan e-Filing, sistem akan memaparkan Sijil Digital tidak wujud. Sebelum itu, anda perlu mohon nombor pin e-Filing terlebih dahulu baru jana sijil digital.

  1. Terdapat dua kaedah untuk mendaftar & mohon nombor pin e-Filing:
    • e-CP55D – permohonan di laman web MyTax
    • e-KYC – pengecaman identiti wajah menggunakan Aplikasi MyTax di telefon bimbit
      • *rujuk panduan terperinci melalui infografik di bawah
Cara Isi e-Filing mytax

I) Permohonan No. Pin e-Filing Menggunakan e-CP55D

  1. Klik butang e-CP55D dan pengguna akan terus ke halaman Pengesahan Maklumat.
  2. Klik butang Ya, jika maklumat emel yang berdaftar adalah betul. Klik butang Tidak, jika salah.
  3. Pengesahan maklumat: Semak (Nombor Pengenalan, Nama Penuh dan Emel) dan klik butang Hantar.
  4. Makluman Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan dan pautan pengaktifan akan dihantar ke emel berdaftar pembayar cukai.
Cara Isi e-Filing mytax

II) Permohonan No. Pin e-Filing Menggunakan e-KYC

  1. Klik butang Log Masuk Kali Pertama, pilih jenis, masukkan No. Pengenalan, dan tekan butang Hantar.
  2. Sila ikut arahan di paparan bagi penerangan lanjut dan Klik butang Teruskan.
  3. Pengguna perlu mengambil gambar kad pengenalan (depan dan belakang), sahkan maklumat dan tekan hantar.
  4. Seterusnya, pengguna perlu mengambil gambar sendiri untuk pengesahan identiti pengenalan, masukkan Kata Laluan, Frasa Keselamatan dan Klik butang Teruskan.
Cara Isi e-Filing mytax

LANGKAH 3 : PENDAFTARAN SIJIL DIGITAL

Sila klik URL pengaktifan yang dihantar melalui emel untuk menjana sijil digital. Setelah selesai menjana Sijil Digital, anda boleh log masuk MyTax menggunakan No Pengenalan dan Kata Laluan yang telah ditetapkan tadi.

Selesai mendaftar, anda bolehlah mula mengisytiharkan pendapatan melalui sistem e-filing.

  1. Pilih jenis kad pengenalan.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Masukkan kata laluan.
  4. Klik hantar.
Cara Isi e-Filing mytax

LANGKAH 4 : PENGISIAN E-FILING TAHUN TAKSIRAN 2025

Selepas log masuk, anda akan melihat paparan seperti gambar di bawah. Pilih peranan (pastikan anda pilih peranan yang betul).

Klik menu di bahagian Status Borang e-Filing Bagi Tahun Taksiran > 2025. (klik pautan biru: Klik Di sini Untuk Pengisian Dan Penghantaran).

Ada 5 bahagian yang perlu diisi bagi kategori individu:

  • BAHAGIAN A: Profil Individu & Profil Lain
  • BAHAGIAN B: Pendapatan Berkanun & Jumlah Pendapatan
  • BAHAGIAN C: Pelepasan
  • BAHAGIAN D: Rebat & Rumusan
  • BAHAGIAN E: Akaun & Pengesahan Penerimaan
Contoh paparan pengisian e-Filing (Individu)

ISI DAN LENGKAPKAN BORANG

Apabila anda klik pautan tersebut, anda akan dibawa ke tab e-Borang.

  • Pilih borang e-BE (tiada punca pendapatan perniagaan) atau borang e-B (ada punca pendapatan perniagaan).
  • Kemudian, pilih tahun taksiran (2025).

NOTA:

  • Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2026.
  • Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2026.
Borang BE e-be

BAHAGIAN A: Profil Individu & Profil Lain

Lengkapkan Borang Nyata Cukai.

  • Isi maklumat diri dan juga pasangan. Pilih jenis taksiran sama ada bersama atas nama suami, bersama atas nama isteri, berasingan atau diri sendiri (pasangan tiada punca pendapatan).
  • Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.
  • Masukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (jika ada).
  • Pastikan maklumat bank akaun anda betul untuk memudahkan urusan refund jika ada.

Sila rujuk infografik berikut untuk memudahkan anda :

Borang BE e-be

BAHAGIAN B: Pendapatan Berkanun & Jumlah Pendapatan

  • Masukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.
  • Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.
  • Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.
Borang BE e-be

BAHAGIAN C: Pelepasan

  • Masukkan pelepasan cukai anda.
Borang BE e-be

NOTA: Sila rujuk senarai pelepasan cukai penuh di sini > Senarai Pelepasan Cukai 2025 Untuk eFiling 2026

BAHAGIAN D: Rebat & Rumusan

Semak rumusan.

Di sini anda akan tahu anda kena Tax pada kadar berapa % bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai.

Jadi sebab tu penting untuk kita simpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.

Borang BE e-be

BAHAGIAN E: Akaun & Pengesahan Penerimaan

Dah semak, tekan Teruskan dan Hantar.

Selesai.

Borang BE e-be
Sumber: Facebook LHDNM

Akhir sekali, anda boleh buat bayaran jika ada terkurang bayaran cukai (baki cukai kena dibayar). Bayaran ini telah ditolak daripada gaji oleh majikan melalui sistem e-PCB (Potongan Cukai Bulanan).

Manakala bagi pembayar cukai yang mempunyai lebihan bayaran, anda akan menerima lebihan tersebut dalam tempoh 30 hari selepas menghantar e-BE.

Rujuk panduan lengkap & penerangan melalui lampiran PDF yang dikeluarkan oleh LHDN di bawah:

Lupa Kata Laluan e-Filing

Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila rujuk cara reset semula kata luan portal MyTax di bawah:

  1. Klik “Lupa Kata Lauan”
  2. Sahkan emel berdaftar dengan LHDN
  3. Pautan reset semula kata laluan akan dihantar ke emel berdaftar anda
  4. Kik pautan yang dihantar
  5. Kemudian, masukkan kata laluan baharu dan klik hantar
  6. Selesai. Anda boleh log masuk menggunakan kata laluanbaharu yang didaftar

Bayaran Balik Cukai

Piagam Pelanggan LHDNM menetapkan tempoh bayaran balik lebihan cukai ialah :

  • 30 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara e-Filing
  • 90 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara pos atau serahan tangan

Prosedur pembayaran balik ini tertakluk kepada maklumat yang betul dan lengkap yang dilaporkan dalam Borang Nyata serta pengemukaan dokumen sokongan jika diperlukan bagi semakan.

Tidak Menerima Bayaran Balik

Pembayar cukai dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas berhubung lebihan bayaran cukai SELEPAS tempoh yang dinyatakan di atas.

NOTA:

  • Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2024 adalah 30 April 2025.
  • Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
    • BN selain Borang E dan Borang P
      • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
      • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
    • Borang E dan Borang P
      • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967

Sila rujuk panduan lengkap dan senarai checklist LHDN: PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) TAHUN 2026

e-BORANG

Memilih borang yang tepat adalah penting untuk memastikan laporan cukai anda adalah sah dan sesuai dengan undang-undang percukaian Malaysia.

  • Borang BE digunakan untuk individu tanpa punca pendapatan perniagaan.
  • Borang B digunakan untuk individu yang menjalankan perniagaan.
  • Borang E digunakan oleh majikan untuk melaporkan pendapatan pekerja.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk nota penerangan yang disediakan oleh LHDN berikut:
Nota Penerangan BE 2026

Tarikh Akhir e-Filing 2026

Tarikh e-Filing 2026 (Tahun Taksiran 2025) telah diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dibuka mulai 1 Mac 2026.

Jenis BorangTarikh Akhir Pengemukaan Keterangan
Borang BE30 April 2026Individu tidak berniaga
Borang B30 Jun 2026Individu berniaga
Borang E31 Mac 2026Majikan

Ringkasan Pengurusan Cukai (e-Filing 2026)

Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan HASiL.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.

Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan eFiling, mereka boleh menghubungi Hasil Care di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau kunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran.

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.

Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengidi e-Filing dan semakan pematuhan oleh HASiL pada masa hadapan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2026 boleh dirujuk melalui pautan PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) TAHUN 2026

Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk di saluran berikut:

  • Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
  • Pautan capaian pantas:
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.

Soalan Lazim e-Filing 2026

Apa itu e-Filing?

e-Filing ialah sistem penghantaran borang cukai pendapatan secara dalam talian yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia melalui portal rasmi MyTax. Ia membolehkan individu dan syarikat mengisi, semak, dan hantar borang cukai dengan cepat, selamat, dan mudah tanpa perlu hadir ke kaunter.

Siapa wajib mengisi e-Filing 2026?

– Individu dengan pendapatan tahunan melebihi RM37,333 (selepas tolak KWSP).
– Individu yang tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Nota: Kewajipan melapor tidak semestinya bermaksud anda perlu membayar cukai.

Borang apa yang perlu digunakan?

Borang BE: Individu pemastautin tanpa pendapatan perniagaan (gaji dan lain-lain).
Borang B: Individu pemastautin dengan pendapatan perniagaan dan penggajian.
Borang M: Individu bukan pemastautin dengan pendapatan penggajian dan perniagaan.

Bagaimana cara daftar e-Filing untuk kali pertama?

– Daftar akaun MyTax di portal rasmi.
– Dapatkan nombor PIN secara dalam talian melalui portal dan aktifkan sijil dgital.
– Cipta kata laluan
– Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
– Lengkapkan maklumat peribadi serta pendapatan dan maklumat lain diperlukan.

Perlukah bayar cukai selepas hantar e-Filing?

Sekiranya PCB telah dipotong dan pendapatan bersih selepas pelepasan/rebat adalah sifar, tiada bayaran tambahan diperlukan.
Sekiranya PCB kurang atau terdapat pendapatan lain, baki cukai perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir.

Bagaimana nak semak status e-Filing dan refund?

Log masuk MyTax untuk semak status penghantaran Borang Nyata, e-Lejar, PCB, dan bayaran balik (refund).

Berapa lama perlu simpan dokumen cukai?

Simpan semua dokumen berkaitan pendapatan, resit, invois, dan penyata sekurang-kurangnya 7 tahun mengikut Seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bila tarikh akhir penghantaran e-Filing 2026?

Borang e-BE (Individu makan gaji): Tarikh akhir adalah 30 April 2026.
Borang e-B (Individu ada perniagaan): Tarikh akhir adalah 30 Jun 2026.
Borang E (majikan): 31 Mac 2026

Bolehkah saya memohon No. PIN tanpa ke kaunter?

Ya.
– Anda boleh memohon melalui e-CP55D di portal MyTax dengan mengesahkan e-mel berdaftar anda.
– Anda juga boleh menggunakan kaedah e-KYC yang melibatkan proses imbasan kad pengenalan dan pengesahan identiti melalui gambar wajah (selfie).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut