Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank

Duit hilang dalam akaun?

Pastikan anda mengetahui hak anda sebagai pelanggan bank dan tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kembali duit simpanan anda.

Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman wang simpanan anda dalam akaun bank tiba-tiba lesap, anda tentulah panik lebih-lebih lagi sekiranya amaun wang tersebut besar.

Namun, sekiranya jumlah wang tersebut hanyalah kecil, itu tidak bermakna anda boleh membiarkannya sahaja kerana ianya tetap hak anda!

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil anda dengan segera bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.

duit hilang dalam akaun

1. Maklumkan kepada pihak bank

Sebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun, segera hubungi pihak bank melalui nombor yang tertera di belakang kad debit atau kredit anda.

Bagi memudahkan urusan pihak bank, pastikan anda mencatat butiran-butiran penting berikut:

  1. Jumlah wang yang hilang
  2. Anggaran masa transaksi wang
  3. Nombor akaun atau nama penerima wang (sekiranya ada), boleh disemak melalui akaun perbankan internet anda (Maybank22u, CIMB Clicks, iRakyat dll)

Lebih baik sekiranya bukit-bukti ini boleh disertakan sekali melalui gambar/screenshot untuk dikongsikan dengan pihak bank.

Bergantung kepada sesuatu kes, bank mungkin akan membekukan akaun anda sehingga selesai menjalankan siasatan dan menghalang transaksi dari akaun penerima yang sama.

2. Laporkan kepada pihak polis

Sila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balaii polis berhampiran anda dengan membawa bersama bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.

Dapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank.

Dapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).

3. Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan

Hantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.

Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.

Pihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli sehingga tempoh 14 hari bekerja.

Sentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.

5. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia

Anda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:

  1. Borang telelink BNM
  2. Talian BNM:
    • Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
    • Luar Negara: +603-21741717
  3. Cawangan BNM negeri anda

Pengalaman Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Sementara itu, beberapa orang pengguna media sosial turut berkongsi antara pengalaman mereka yang berjaya menuntut semula wang apabila mengalami perkara yang sama (duit tiba-tiba lesap dalam akaun) akibat scammer.

Berikut dikongsikan antara posting tersebut untuk rujukan kita bersama:

DUIT BANK HILANG BOLEH DAPATKAN SEMULA?

Saya ada terbaca tulisan Puan Eqienura Mokhtar tentang pengalaman beliau apabila berhadapan situasi duit beliau hilang kerana ada transaksi luar negara yang tidak diketahui.

Tidak pasti berapa amoun duit dari akaun beliau yang lesap. Apa yang saya faham, beliau merupakan Pendeposit Maybank.

Menurut beliau, transaksi kad debit/kredit to “Merchant in US” memang tidak ada TAC atau MSOS CODE atau apa-apa notifikasi. Ini menyebabkan ramai Pendeposit yang tidak sedar duit dalam akaun bank mereka berkurangan.

Baik, ini apa yang beliau buat :

1- Hubungi nombor belakang kad Bank.
2- Laporkan ada transaksi yang tidak diketahui menggunakan Kad Debit kita.
3- Muat turun “Dispute Form”, isi dan hantar.
4- Email “Dispute Form” beserta tangkap layar transaksi-transaksi meragukan tersebut ke Bank berkenaan dan cc ke Bank Negara Malaysia ([email protected])
5- Buat Kad Debit baru & aktifkan ATM & Online.
6- Duit diterima semula dalam seminggu kerana dilindungi PIDM.

Kerap semak akaun bank anda supaya jika berlaku pengurangan yang ketara atau transaksi meragukan, kita boleh ambil tindakan segera sebelum terlambat.

Terima kasih kepada Puan tersebut yang sudi berkongsi untuk manfaat semua.

Saya share di sini supaya ia boleh jadi rujukan saya sendiri kelak jika berhadapan situasi yang tak diingini.

(Facebook Shada Mazan)
11.09.2022 | Melaka

PENGALAMAN 1: DUIT SIMPANAN LESAP DALAM AKAUN MAYBANK

PENGALAMAN 2 :

PENGALAMAN 3 : DUIT RM163K HILANG DALAM AKAUN (PUBLIC BANK, CIMB, BANK RAKYAT & MAYBANK)

Rujuk pautan hantaran asal : https://www.facebook.com/azura.adnan.7/posts/pfbid0ogYBUy3PzEfssgohMAVCubvdX96Z763CrrnVTADRcyk8mAKqzzHwneriCFwyi6YNl
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!