Cara Order Roti Gardenia Untuk Doorgift Kahwin & Harga Terkini

CARA ORDER NUMEE & ROTI GARDENIA UNTUK DOORGIFT KAHWIN (GIFTBOX)

Musim kenduri ni memang ramai yang buntu nak fikir idea doorgift kan?

Kalau boleh, mestilah nak yang cantik, mudah, dan yang paling penting – dapat digunakan atau dimanfaatkan oleh semua penerima.

Salah satu yang boleh anda order dengan mudah dan cepat ialah doorgift roti Gardenia ni.

Anda kini boleh membuat tempahan terus kepada syarikat Gardenia Malaysia.

gardenia giftbox doorgift

Jom kami kongsikan harga terkini dan cara untuk buat tempahan.

Cara Order Doorgift Roti Gardenia

Cantik kan kesemua corak breadbox cenderahati eksklusif Gardenia?

Memperkenalkan corak baharu iaitu Corak Sakura dan Corak Jasmin yang sesuai untuk semua majlis anda.

Harga Doorgift Roti Gardenia

Dengan hanya RM3.20 serta tempahan minima sebanyak 50 kotak, anda boleh membuat tempahan melalui jabatan jualan Gardenia.

Harga RM3.20 ini adalah termasuk roti & kotak ekslusif dari Gardenia.

doorgift roti gardenia

Syarat Tempahan

Untuk makluman, tempahan perlu dibuat 2 minggu sebelum tarikh penghantaran.

Caj Penghantaran

Penghantaran percuma ke seluruh semenanjung Malaysia.

Cara Tempahan

Anda boleh membuat tempahan bagi setiap negeri di talian 03-5161 3228 melalui Jabatan Jualan Gardenia.

Tempahan adalah dibuka untuk seluruh negeri di Malaysia.

Komen Pengguna

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang pelanggan yang pernah membuat tempahan doorgift ini :

Puas hati..penghantaran smp depan tangga rumah 😂 staf gardenia awl pg da wasap nk htr roti..7.10pg da terima packaging..staf siap wasap nk double confirm packaging htr ikut kuantiti yg diminta..

Yusarahanem Haji Yusof

Sangat-sangat berpuas hati, penghantaran yang pantas

Robeah Baharom

Cara Order Numee Giftbox

Selain roti Gardenia, Numee Giftbox juga kini ditawarkan sebagai doorgift yang lebih mampu milik.

Dengan pakej kotak yang menarik dan harga yang berbaloi, anda boleh mendapatkannya melalui talian 03-5161 3228 di Jabatan Jualan Gardenia seluruh Malaysia.

Harga bagi setiap kotak adalah RM2.20 dan tempahan minima adalah 50 kotak.

Tempah sekarang untuk pelengkap majlis anda!

Maklumat Lanjut

Adakah hanya 1 jenis roti biasa saja yang ditawarkan sebagai doorgift?

Buat masa ini hanya Gardenia Original Classic sahaja ditawarkan untuk pakej doorgift ini.

Macam mana dengan tarikh luput roti yang dibekalkan?

Menurut salah seorang pengguna yang pernah membuat tempahan, tarikh luput bagi roti yang dibekalkan adalah dalam 4-5 hari dari tarikh majlis.

Bagaimana cara membuat tempahan?

Anda boleh membuat tempahan di talian 03-5161 3228 di Jabatan Jualan Gardenia seluruh Malaysia.

NOTA PENTING:

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk mengambil tempahan NuMee Giftbox atau Gardenia Giftbox.

Sebarang tempahan hanya melalui Jabatan Jualan rasmi Gardenia di talian 03-5161 3228, dan anda perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis.

Rujukan / info lanjut / pertanyaan :

Baca juga: MyKasih: Semakan & Permohonan Bantuan Barang Makanan

Bantu kami share artikel ini: