Doa Yang Terlindung, drama terbaru TV3 yang mengisi slot Akasia TV3 mulai 7 Januari 2026. Drama ini boleh ditonton secara LIVE setiap pukul 7 malam di TV3 atau melalui iQIYI Malaysia untuk menonton secara digital.
Drama 28 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd di bawah arahan Idora Abdul Rahman, dengan Firdaus Karim, Fasha Sandha, Sharifah Rose, dan Nafiz Muaz sebagai bintang utama.
Rujuk info penuh di bawah.
Sinopsis Drama Doa Yang Terlindung
Drama Doa Yang Terlindung mengisahkan tentang Ustaz Irfan (Firdaus Karim), seorang pendakwah selebriti yang sangat dihormati dan menjadi ikon agama di media sosial.
Beliau juga merupakan tenaga pengajar utama di pusat perlindungan/pendidikan Baitul Khadijah.
Namun, di sebalik imejnya yang nampak sempurna dan warak, tersimpan sisi gelap yang penuh dengan kemunafikan.
Konflik bermula dengan kehadiran Anisah (Sharifah Rose), seorang pelajar wanita yang terpaksa mengikut permintaan bapanya untuk belajar agama walaupun dia bercita cita nak teruskan impiannya menjadi seorang perunding imej dan kecantikan.
Sejak mula mendaftar di Baitul Khadijah, penampilan Anisah sering mencuri tumpuan kerana gayanya yang agak ranggi; bertudung singkat, bermekap tebal, dan berpakaian mengikut trend semasa.
Imej ini mengundang teguran sinis daripada Ustaz Irfan (Firdaus Karim) yang menyifatkan pemakaiannya tidak ubah seperti model di pentas peragaan.
Namun, di sebalik kritikan pedas itu, penonton dapat menghidu bibit-bibit cinta Ustaz Irfan terhadap Anisah, yang secara peribadi digelar sebagai ‘Humairah’.
Sikapnya yang sering mencari salah, mendenda Anisah di bilik pengajar, serta wajah cemburunya setiap kali melihat Anisah bersama Sir Aiman jelas menunjukkan ada perasaan yang cuba disembunyikan.
Kehadiran Anisah di Baitul Khadijah mula menggugat ketenangan Ustaz Irfan apabila rahsia-rahsia hitam di institusi itu mula terdedah sedikit demi sedikit.

Senarai Pelakon & Watak
Berikut ialah senarai pelakon dan watak yang dipegang dalam drama Doa Yang Terlindung:
| Pelakon | Watak |
|---|---|
| Fasha Sandha | Rabiyatul |
| Sharifah Rose | Anisah/Humairah |
| Nafiz Muaz | Aiman |
| Firdaus Karim | Ustaz Irfan |
| Ahmad Syafiq | Shakir |
| Sharifah Husna | Dr. Aisha |
| Natasya Mahyan | Baiti |
| Mior Hashim Manap | Tuan Haji Mohsin |
| Daiyan Yussof | Haiqal |
| Tika Nasir | Rita |
| Zulaika Hafizar | Nur Eza |
| Stella Ardini | Laila |
| Yaya Maembong | Sari |
| Sharifah Shahora | Faridah |
| Rohaya Maya | Nek Pak |


Waktu Siaran
Drama Doa Yang Terlindung ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam di slot Akasia TV3, bermula 7 Januari hingga 13 Februari 2026. Rujuk butiran berikut:
- Waktu Tayangan: Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam
- Slot: Akasia TV3
- Episod: 28
Episod tersedia secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas siaran TV3, serta platform Tonton. Rancangan ini juga boleh diulang pada pagi hari selepas siaran utama.
BACA JUGA: Bisik Asmara – Sinopsis Drama, Pelakon, Waktu Tayangan, Lagu OST
Lagu OST Doa Yang Terlindung
- Tajuk: Beribu Tanda Tanya
- Penyanyi: Syamel
Lirik Beribu Tanda Tanya – Syamel
Salam, apa khabarmu di sana?
Izinkah aku bertanya?
Adakah aku di minda?
Masihkah ada rasa di jiwa?
Apa yang tak kena denganku?
Adakah ini rindu?
Atau permainan kalbu?
Dapatkah kau beritahu?
Bisakah lagi bertemu?
Kembalikah momen indah lalu?
Ataupun kau sudah lupakan kita?
Sudikah mendengar luahan jiwa?
Highlight Episod
Drama ini telah mencapai lebih 5 juta tontonan secara keseluruhan di TV3 dan platform digital seperti iQIYI sehingga saat ini.
Ia ditayangkan hingga minggu terakhir pada 13 Februari 2026, setiap Isnin-Jumaat jam 7 malam di slot Akasia.
Soalan Lazim – Drama Doa Yang Terlindung
Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam di slot Akasia TV3, bermula 7 Januari hingga 13 Februari 2026 (28 episod).
Fasha Sandha (Rabiyatul), Sharifah Rose (Anisah), Firdaus Karim (Ustaz Irfan), Nafiz Muaz (Aiman), dan lain-lain seperti Ahmad Syafiq (Shakir)
“Beribu Tanda Tanya” oleh Syamel dan “Doa Yang Terlindung” oleh Ewal, boleh dengar di YouTube, Spotify, Apple Music
Drama ini mempunyai keseluruhan 28 episod.
Tidak, drama ini merupakan skrip asal dan bukan adaptasi daripada mana-mana novel popular, menjadikannya sebuah naskhah yang segar dan sukar diramal jalan ceritanya.
Konflik berkisar tentang kemunafikan seorang tokoh agama (Ustaz Irfan) yang menggunakan kedudukannya untuk memanipulasi orang di sekelilingnya, serta perjuangan isterinya (Rabiatul) dan mangsanya (Anisah) untuk mendedahkan kebenaran.
“Humairah” adalah gelaran yang diberikan oleh Ustaz Irfan secara khusus kepada Anisah. Ia menunjukkan tanda obsesi dan perasaan cinta tersembunyi ustaz tersebut terhadap pelajarnya sendiri.




