Berikut kami kongsikan senarai doa untuk anak anda, beserta bacaan rumi, makna dan manfaatnya buat panduan bersama.
Sebagai seorang ibu atau bapa, anak-anak merupakan satu pemberian daripada Allah S.W.T yang sangat bernilai. Oleh itu, menjaga anak-anak sehingga mereka menjadi orang yang berguna merupakan satu perkara yang pasti akan cuba dilakukan oleh setiap ibu bapa.
Namun begitu, sebagai seorang manusia, kemampuan kita dalam menjaga anak-anak ini hanya setakat mana yang kita mampu, lebih daripada itu, kita hanya mampu berserah kepada sang Pencipta. Oleh itu, berikut merupakan beberapa doa-doa yang boleh kita baca, bagi memohon pelindungan buat anak-anak kita.
Doa Menerima Berita Kehamilan
Kehamilan adalah sebuah berita bahagia dalam rumah tangga.
Ketika menerima berita bahagia ini kita dianjurkan berdoa dengan doa Nabi Zakaria AS dalam surah Ali Imran ayat 38 bermaksud :
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Doa Mendapat Keluarga Yang Soleh
Perkahwinan bukan hanya tentang penyatuan dua insan, tetapi juga membina sebuah keluarga yang diberkati. Oleh itu, pentingnya kita sentiasa berdoa agar keluarga kita diberi ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat.
Doa Agar Mendapat Keluarga Yang Soleh
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)
Moga doa ini menjadi penguat bagi kita dalam membina keluarga yang penuh dengan keimanan dan kasih sayang.
Doa Nabi Ibrahim
DOA NABI IBRAHIM AS AGAR KELUARGA TAAT MENUNAIKAN SOLAT
Doa Nabi Ibrahim AS yang boleh kita amalkan selepas solat memohon agar keluarga taat menunaikan kewajipan solat.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Doa Sewaktu Bayi Baru Lahir
Doa seterusnya yang boleh anda baca buat anak anda adalah selepas mereka tiba di dunia ini. Doa ini boleh dibaca selepas anda mengazankan atau mengiqamatkan bayi anda. Doa tersebut adalah seperti berikut:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ
Bacaan Rumi:
A’uudzu bikalimatillaahi at-taammati min kulli syaithaanin wa haammatin wamin kulli ‘ainin lâmmatin
Makna doa:
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Baca juga: Doa Mudah Bersalin Buat Wanita Hamil
Doa Anak Soleh / Solehah
Doa seterusnya ini, merupakan doa yang boleh anda amalkan sehingga anak anda dewasa. Doa ini juga merupakan sejenis doa yang sering diamalkan Nabi Ibrahim a.s bagi memperoleh zuriat yang baik-baik:
Bacaan Rumi :
Doa Nabi Ibrahim sebelum dikurniakan anak: Rabbi Habli Minasshaalihiin
Doa Nabi Ibrahim selepas dikurniakan anak: Rabbij’alnii Muqiima Sshalaawaati Waminzzurriyyatii Rabbanaa Waataqqabbal du’aa’
Baca juga: Doa Untuk Anak Perempuan – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah
Doa Untuk Perlindungan Anak
Ibu ayah pastinya bimbang soal keselamatan anak dan inginkan anak dijauhkan sebarang ganggguan syaitan, anasir jahat dan sebagainya. Oleh itu, sudah pastinya kita sentiasa ingin melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.
Jadi anda boleh amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini, dalam kehidupan seharian anda agar anak kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T:
Doa Anak Cerdik Pandai
Ibu bapa yang inginkan kejayaan buat anak mereka, anda juga boleh membaca doa ini untuk anak anda:
Bacaan Rumi:
Allahumma alhimnii rushdii wa a’iznii min sharri nafsii
Diharapkan dengan doa-doa ini, anak-anak kita dapat membesar di bawah perlindungan Allah Taala, mendapat keberkatan dan rezeki serta diberi nikmat sihat agar menjadi orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.