Doa tahajud merupakan doa yang digalakkan untuk dibacakan setelah seseorang muslim itu selesai melakukan solat sunat tahajud.
Berikut kami kongsikan serba sedikit berkenaan solat sunat tahajud ini beserta doa yang boleh anda bacakan setelah selesai menunaikan solat ini.
Pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini, untuk mengetahui lebih lagi tentang ibadah sunat ini beserta doa tersebut.
Solat Sunat Tahajud
Solat sunat tahajud atau Qiamullail merupakan solat sunat dua rakaat yang dijalankan pada waktu malam selepas kita tidur. Ibadah sunat ini merupakan satu ibadah yang digalakkan untuk dilakukan umat Islam, seperti yang dinyatakan dalam firma Allah S.W.T di bawah:
“Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘solat tahajud’ padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji”
Quran 17:79
Solat ini dilakukan seperti solat-solat sunat yang lain, iaitu dengan mengikut tertib 13 rukun solat. Cumanya, pada rakaat pertama anda digalakkan untuk membaca ayat kursi (satu/tujuh kali) selepas al-Fatihah, dan pada rakaat kedua pula digalakkan untuk membaca surah al-Ikhlas (satu/sebelas kali), juga selepas membaca al-Fatihah.
Anda boleh lihat dalam rajah di bawah untuk mengetahui niat solat ini:
Dapatkan telekung travel bagi memudahkan ibadah anda sewaktu anda bercuti nanti.
Doa Tahajud (Bacaan Rumi & Makna)
Setelah selesai melaksanakan solat tahajud tersebut anda boleh membaca doa di bawah
Panduan Bacaan Rumi ( Doa Pertama):
Allahumma lakalhamdu anta nuurussamaa waa tiwal ardh waman fii hinna, Wa lakal hamdu anta qayyimus samaawaati wal ardhi wa man fii hinna, Wa lakal hamdu anta rabbu samaawaati wal ardhi wa man fii hinna, Antal haqq, Wa wa’dukal haqq, Wa qauluka haq, Wa liqaa’uka haq, Wal jannatu haq. Wan naaru haq, Was saa’atu haq.
Panduan Bacaan Rumi (Doa Kedua):
Allahumma laka aslamtu, Wa bika amantu, Wa ‘alaika tawakkaltu, Wa ilaika anabtu, Wa bika khoshomtu, Wa ilaika haakamtu fagh-firlii maa qaddamtu wa maa akhkhartu, Wa maa asrortu wa maa a’lamtu, Antal muqaddimu wa antal muakhiru. La ilaaha illa anta.
Kelebihan Melaksanakan Solat Tahajud
Banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal diperoleh oleh seseorang muslim yang mengamalkan solat tahajud ini. Antara kelebihan tersebut ialah:
- Allah S.W.T akan memakbulkan doa mereka.
- Bakal memperolehi ketenangan jiwa
- Diberikan rahmat dan pertolongan Allah S.W.T.
- Dijauhkan dari gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Dilingdungan daripada menjadi golongan yang lalai.
- Diberikan kemudahan dan rezeki berpanjangan.
- Mendapat kemuliaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.
- Ditinggikan martabatnya di sisi Allah S.W.T.
- Dipermudahkan hisab dan lintasan titian sirat di akhirat nanti.
Diharapkan artikel ini dapat membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang solat dan doa tahajud.
Baca juga: Doa Khatam Al-Quran : Teks Doa Beserta Makna