Doa tahajud ialah doa yang dibaca selepas solat sunat tahajud, iaitu solat malam yang dilakukan selepas tidur dan sebelum Subuh.
Solat tahajud merupakan antara amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam kerana ia dilaksanakan pada waktu yang paling mustajab untuk berdoa.
Dalam hadis sahih, disebut bahawa Allah SWT ‘turun’ ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir untuk menerima doa dan rintihan hamba-Nya.
Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hukum solat tahajud adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.
Solat ini boleh dikerjakan sebanyak 2/4/6/8 dan 12 rakaat atau sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan.
Selepas menunaikan solat Tahajud, umat Islam digalakkan membaca doa tahajud sebagai tanda penghambaan dan memohon keampunan, rezeki serta ketenangan jiwa.
Rujuk panduan solat sunat tahajud beserta bacaan doa yang boleh anda baca setelah selesai menunaikan solat sunat ini.
Bacaan Doa Selepas Tahajud
Trending sekarangاَللّٰهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ الْحَقُّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ
اَللّٰهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، أَنْتَ إِلٰهِي لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ
Maksud: “Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkau cahaya langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji, Engkau yang menegakkan langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya. Engkau Maha Benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, dan hari kiamat itu benar.”
“Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali, dengan pertolongan-Mu aku berhujah, dan kepada-Mu aku memohon keputusan. Maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang aku sembunyikan dan yang aku nyatakan. Engkau yang mendahulukan dan Engkau yang mengemudiankan. Tiada Tuhan melainkan Engkau.”
Apa Itu Doa Tahajud?
Doa tahajud ialah doa yang dibaca selepas menunaikan solat sunat tahajud pada waktu malam, khususnya pada sepertiga malam terakhir sebelum Subuh. Ia merupakan waktu yang paling mustajab untuk memohon keampunan, rahmat dan hajat kepada Allah SWT.
Doa ini dianggap sebagai salah satu komunikasi paling peribadi antara hamba dan Pencipta-Nya kerana dilakukan pada waktu sepertiga malam, di mana suasana tenang dan fokus berada pada tahap tertinggi.
Maksud Solat Tahajud
Solat sunat tahajud (Qiamulail) ialah solat sunat dua rakaat yang dijalankan pada waktu malam selepas kita tidur walaupun seketika.
Dari segi bahasa, Tahajud bermaksud meninggalkan tidur, manakala dari segi syarak, ia merujuk kepada solat sunat yang dilakukan pada waktu malam (setelah bangun daripada tidur) sehingga sebelum masuk waktu Subuh.
Ibadah sunat ini merupakan satu ibadah yang digalakkan untuk dilakukan umat Islam, seperti yang dinyatakan dalam firma Allah S.W.T dalam Surah Al-Isra, ayat 79:
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةًۭ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًۭا مَّحْمُودًۭا
Maksud: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Niat & Cara Solat Tahajud
Niat solat tahajud ialah:
- Teks Arab: اُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Bacaan Rumi: “Ushalli sunnatat-tahajjudi rak’ataini lillahi Ta’ala.”
- Maksud: “Sahaja aku solat sunat Tahajud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Solat ini dilakukan seperti solat-solat sunat yang lain, iaitu dengan mengikut tertib 13 rukun solat. Bilangan rakaat minimum ialah 2 rakaat dan rakaat maksimum, tiada had.
Ringkasan Cara Solat Tahajud
- Niat (seperti yang dinyatakan di atas).
- Takbiratul Ihram.
- Rakaat Pertama: Membaca Al-Fatihah dan surah pilihan (disarankan Surah Al-Kafirun).
- Rakaat Kedua: Membaca Al-Fatihah dan surah pilihan (disarankan Surah Al-Ikhlas).
- Tahiyat Akhir & Salam.

Bacaan Doa Tahajud & Maknanya
Setelah selesai melaksanakan solat Tahajud, anda boleh membaca doa di bawah. Doa ini merupakan antara doa yang paling masyhur diamalkan dan mengandungi pengakuan kebesaran Allah SWT serta permohonan keampunan.

Bacaan Doa Tahajud Lengkap – (Bahagian 1: Pujian Kepada Allah)
Bahasa Arab:
اَللّٰهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ الْحَقُّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ
(Riwayat Ibn Majah daripada Abdullah Ibn Abbas)
Bacaan Rumi:
Allahumma lakalhamdu anta nuurussamaa waa tiwal ardh waman fii hinna, Wa lakal hamdu anta qayyimus samaawaati wal ardhi wa man fii hinna, Wa lakal hamdu anta rabbu samaawaati wal ardhi wa man fii hinna, Antal haqq, Wa wa’dukal haqq, Wa qauluka haq, Wa liqaa’uka haq, Wal jannatu haq. Wan naaru haq, Was saa’atu haq. –
Maksud/Terjemahan Doa Tahajud Dalam Bahasa Melayu:
“Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkau cahaya langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji, Engkau yang menegakkan langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya. Engkau Maha Benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, dan hari kiamat itu benar.”
Bacaan Doa Tahajud Lengkap – (Bahagian 2: Penyerahan Diri & Keampunan
Bahasa Arab:
اَللّٰهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، أَنْتَ إِلٰهِي لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ
(Riwayat al-Bukhari (1120, 6317, 7385) dan Muslim (769))
Bacaan Rumi:
Allahumma laka aslamtu, Wa bika amantu, Wa ‘alaika tawakkaltu, Wa ilaika anabtu, Wa bika khoshomtu, Wa ilaika haakamtu fagh-firlii maa qaddamtu wa maa akhkhartu, Wa maa asrortu wa maa a’lamtu, Antal muqaddimu wa antal muakhiru. La ilaaha illa anta.
Maksud/Terjemahan Doa Tahajud Dalam Bahasa Melayu:
“Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali, dengan pertolongan-Mu aku berhujah, dan kepada-Mu aku memohon keputusan. Maka ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang aku sembunyikan dan yang aku nyatakan. Engkau yang mendahulukan dan Engkau yang mengemudiankan. Tiada Tuhan melainkan Engkau.”
Bacaan Doa Selepas Tahajud (Versi Pendek)
Bagi anda yang mempunyai kekangan waktu atau baru mula berjinak-jinak mengamalkan solat malam, anda boleh membaca ringkas yang memfokuskan kepada penyerahan diri dan permohonan keampunan.
Berikut adalah teks doa dalam rumi dan maknanya:
Bahasa Arab:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَارْحَمْنِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي وَعَافِنِي
Bacaan Rumi:
Allahummaghfir li zhunubi warhamni wahdini warzuqni wa ‘afini.
Maksud:
“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berikanlah aku petunjuk, kurniakanlah aku rezeki dan sihatkanlah aku.”
NOTA: Anda boleh membaca apa sahaja doa dan hajat di hati mengikut kesesuaian kerana doa yang dipanjatkan pada waktu Tahajud adalah ibarat anak panah yang tepat mengenai sasaran.
Cara Berdoa Selepas Solat Tahajud Yang Betul
Selepas selesai menunaikan solat sunat tahajud, umat Islam digalakkan untuk berdoa dengan adab dan tertib yang baik.
Walaupun tiada lafaz khusus yang diwajibkan, terdapat panduan umum yang dianjurkan dalam Islam agar doa lebih sempurna dan penuh penghayatan.
1. Mulakan Dengan Pujian Kepada Allah SWT
Jangan terus meminta hajat. Sebaiknya, mulakan doa dengan memuji kebesaran Allah SWT (Tahmid) dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ini merupakan kunci utama dalam adab berdoa agar ia tidak terhijab.
2. Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum menyatakan permohonan. Selawat merupakan antara adab penting dalam berdoa agar doa lebih mudah diterima.
3. Mohon Keampunan Terlebih Dahulu
Mintalah keampunan atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan. Waktu tahajud merupakan waktu yang sangat mustajab untuk bertaubat dan memohon rahmat Allah SWT.
4. Berdoa dalam Keadaan Khusyuk dan Rendah Diri
Pastikan anda berdoa dengan suara yang lembut (sirr) dan hati yang hadir sepenuhnya. Suasana malam yang sunyi sangat membantu dalam mencapai tahap fokus dan keikhlasan yang tinggi.
5. Menggunakan Doa yang Ma’thur (Saranan Nabi)
Walaupun anda bebas berdoa dalam bahasa apa sekalipun, amat digalakkan untuk membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti yang terdapat dalam riwayat Bukhari dan Muslim. Doa-doa ini merangkumi pujian yang sangat mendalam dan pengakuan tauhid yang kukuh.
6. Mengulangi Doa dan Merintih (Al-Ilhah)
Allah SWT menyukai hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dalam meminta. Jangan ragu untuk mengulang-ulang permintaan anda dan zahirkan kefakiran serta keperluan kita kepada rahmat-Nya di sepertiga malam tersebut.
7. Akhiri Dengan Selawat dan Pujian
Akhiri doa anda dengan sekali lagi berselawat dan memuji Allah, serta tanamkan keyakinan bahawa Allah SWT pasti mendengar dan akan mengabulkan doa tersebut pada waktu yang paling tepat.
Waktu Paling Mustajab Berdoa
Waktu paling mustajab untuk berdoa ialah pada sepertiga malam terakhir, iaitu waktu sebelum masuknya Subuh. Pada waktu inilah solat tahajud dilakukan dan doa lebih mudah diperkenankan kerana suasana yang tenang serta hati yang lebih khusyuk.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir lalu berfirman:
“Siapa yang berdo’a kepada-Ku, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, akan Aku ampuni” – (HR. Bukhari, no.1145 dan Muslim, no.758)
Selain waktu tahajud, antara waktu mustajab berdoa yang lain termasuk:
- Ketika sujud dalam solat
- Di antara azan dan iqamah
- Pada hari Jumaat (terutamanya saat akhir sebelum Maghrib
- Ketika berpuasa dan saat berbuka
Kelebihan Solat & Doa Tahajud
Solat dan doa tahajud mempunyai kelebihan yang sangat besar dalam kehidupan seorang Muslim, sama ada dari sudut rohani, keampunan dosa mahupun ketenangan jiwa.
Antara kelebihan utama melaksanakan solat tahajud ialah:
- Allah S.W.T akan memakbulkan doa mereka.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Diberikan rahmat dan pertolongan Allah S.W.T.
- Dijauhkan dari gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Dilindungi daripada menjadi golongan yang lalai.
- Diberikan kemudahan dan rezeki berpanjangan.
- Mendapat kemuliaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.
- Ditinggikan martabatnya di sisi Allah S.W.T.
- Dipermudahkan hisab dan lintasan titian sirat di akhirat nanti.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Solat Tahajud, sila rujuk:
- Portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM
- Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM
Soalan Lazim Doa Tahajud
Waktu terbaik membaca doa tahajud ialah pada sepertiga malam terakhir, iaitu sebelum masuk waktu Subuh. Waktu ini dianggap paling mustajab untuk berdoa sebagaimana disebut dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Tiada bacaan doa tahajud yang wajib atau khusus ditetapkan. Umat Islam boleh membaca apa-apa doa yang baik, sama ada dalam Bahasa Arab atau bahasa sendiri, selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Ya, menurut majoriti ulama, solat tahajud dilakukan selepas tidur walaupun hanya sebentar. Jika dilakukan tanpa tidur, ia dikira sebagai solat sunat malam (qiamullail), tetapi bukan tahajud secara khusus.
Solat tahajud boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan tiada had maksimum. Ia boleh dilakukan sebanyak 2, 4, 6, 8 atau lebih mengikut kemampuan individu.
Ya, sangat digalakkan berdoa untuk apa sahaja hajat yang baik, sama ada urusan dunia seperti rezeki dan kesihatan, mahupun urusan akhirat seperti keampunan dan keselamatan.
Boleh.
Walaupun anda boleh membaca mana-mana surah, terdapat saranan untuk membaca Ayat Kursi (1 atau 7 kali) selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama, dan Surah Al-Ikhlas (1 atau 11 kali) pada rakaat kedua.
BACA JUGA: Solat Tahajud – Niat, Bacaan, Doa Selepas Tahajud & Kelebihan




