Solat tahajud ialah solat sunat yang dilakukan selepas seseorang tidur pada waktu malam bermula selepas Isyak hingga sebelum Subuh. Ia termasuk dalam kategori sunat muakkad (amat digalakkan) dan boleh didirikan sekurang-kurangnya dua rakaat.
Berdasarkan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tahajud merupakan antara amalan qiamullail yang sangat dianjurkan kerana dilakukan pada waktu manusia lain sedang berehat dan suasana lebih khusyuk untuk beribadah.
Nabi SAW sentiasa melazimi solat malam sebagaimana Baginda SAW diperintahkan oleh Allah SWT di dalam surah al-Muzzammil (1-4):
يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ ﴿١﴾ قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٢﴾ نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا ﴿٣﴾ أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا ﴿٤
Maksudnya: “Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah al-Quran dengan tartil.

Ringkasan Solat Tahajud (Syarat & Waktu)
Trending sekarang
Perkara Butiran Ringkas Waktu Terbaik Sepertiga malam terakhir (sekitar jam 3:00 pagi hingga sebelum Subuh). Syarat Utama Perlu tidur terlebih dahulu walaupun sebentar. Bilangan Rakaat Minimum 2 rakaat dan tiada had maksimum (kebiasaannya 2, 4, 6 atau 8 rakaat). Hukum Sunat Muakkad (sangat dituntut).
Apa Itu Solat Tahajud?
Solat Tahajud adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam (Qiyamullail) selepas bangun daripada tidur, walaupun tidur itu hanya seketika.
Dari segi bahasa, Tahajud berasal daripada perkataan Arab ‘Hajada’ yang bermaksud berjaga malam atau bangun selepas tidur.
Waktunya bermula selepas solat Isyak sehingga sebelum Subuh dan paling afdhal pada sepertiga malam terakhir.
Amalan ini sangat dijaga oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang hayat baginda dan menjadi antara ibadah sunat paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Hukum Solat Tahajud
Hukum solat tahajud ialah sunat muakkad, iaitu ibadah sunat yang sangat dituntut dalam Islam.
Walaupun tidak wajib, ia amat digalakkan kerana merupakan amalan yang konsisten dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Dalam Surah Al-Isra’, ayat 79, Allah berfirman:
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةًۭ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًۭا مَّحْمُودًۭا ٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, baginda bersabda:
وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ
Maksudnya: “Dan solat yang afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam.” [Riwayat Muslim (1163)]
Waktu Solat Tahajud di Malaysia
Waktu solat tahajud bermula selepas solat Isyak dan berakhir apabila masuk waktu Subuh.
Di Malaysia, tempoh ini biasanya sekitar jam 9:00 malam hingga kira-kira 5:30–6:00 pagi bergantung kepada negeri dan waktu masuk Subuh.
Jam berapa waktu tahajud paling afdal?
Waktu paling afdhal ialah pada sepertiga malam terakhir kerana ketika itu suasana lebih tenang dan mustajab untuk berdoa.
Bila waktu sepertiga malam?
Mufti WP menerangkan waktu malam bermula apabila masuk waktu Maghrib dan berakhir dengan habisnya waktu Subuh.
Sebagai contoh, jika diambil waktu solat di Kuala Lumpur:
- Maghrib: 7:21 malam
- Subuh: 5:52 pagi
Jumlah tempoh malam ialah 10 jam 31 minit.
Jika dibahagikan kepada tiga bahagian: 1/3 malam ≈ 3 jam 30 minit.
Maka anggaran fasa malam adalah seperti berikut untuk kawasan Kuala Lumpur:
| Fasa Malam | Anggaran Waktu | Tahap Keutamaan |
|---|---|---|
| Satu Pertiga Pertama | 7:21 malam – 10:51 malam | Baik |
| Satu Pertiga Kedua | 10:51 malam – 2:21 pagi | Lebih Baik |
| Satu Pertiga Terakhir | 2:21 pagi – 5:52 pagi | Paling Afdal |
Rujukan: AL_KAFI #251 :PEMBAHAGIAN MALAM DAN QIAMULLAIL
Kenapa satu pertiga malam paling afdhal untuk Solat Tahajud?
Sepertiga malam terakhir inilah waktu paling utama untuk mendirikan solat tahajud kerana ia termasuk waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Maksudnya: Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya. – [Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya]
Cara kira sepertiga malam
Untuk mengetahui waktu sepertiga malam di kawasan anda, ikut langkah berikut:
Langkah 1: Catat waktu Maghrib
Langkah 2: Catat waktu Subuh
Langkah 3: Kira jumlah tempoh antara Maghrib hingga Subuh
Langkah 4: Bahagikan jumlah tersebut kepada 3
Langkah 5: Tambahkan 2/3 daripada tempoh malam kepada waktu Maghrib untuk mendapatkan permulaan sepertiga malam terakhir
- (Waktu Subuh – Waktu Maghrib) ÷ 3 = 1/3 malam
- Waktu sepertiga terakhir = Maghrib + (2 × 1/3 malam)
Contoh:
- Maghrib = 7:30 malam
- Subuh = 5:30 pagi
- Jumlah malam = 10 jam
- 1/3 malam = 3 jam 20 minit
Sepertiga malam terakhir bermula sekitar: 7:30 malam + 6 jam 40 minit = 2:10 pagi.
NOTA: Waktu Maghrib dan Subuh boleh dirujuk melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau melalui web Taqwa.
Solat Tahajud Berapa Rakaat?
Solat tahajud boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan tiada had maksimum yang ditetapkan.
Majoriti ulama menjelaskan bahawa tidak ada bilangan rakaat khusus yang diwajibkan. Seseorang boleh menunaikannya sebanyak 2, 4, 6, 8 atau lebih mengikut kemampuan.
- Bilangan Rakaat Minimum: 2 Rakaat, dilakukan dengan satu salam.
- Bilangan Rakaat Maksimum: Tiada Had.
Niat Solat Tahajud (Teks Arab, Rumi & Maksud)
Niat solat tahajud memadai dilakukan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram. Melafazkan niat hanya sunat dan bukan syarat sah solat.
Berikut adalah lafaz niat solat Tahajud:
Lafaz Niat Solat Tahajud dalam Bahasa Arab:
اُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Lafaz Niat Solat Tahajud dalam Rumi: “Ushalli sunnatat-tahajjudi rak’ataini lillahi Ta’ala.”
Maksud: “Sahaja aku solat sunat Tahajud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Bagaimana Cara Solat Sunat Tahajud?
Cara mengerjakan solat Tahajud secara adalah sama seperti solat fardu atau solat sunat dua rakaat yang lain (seperti solat Subuh tanpa doa Qunut).
Berikut adalah panduan Solat Sunat Tahajud yang dikongsikan oleh JAKIM:
Langkah 1: Berwuduk
Mulakan dengan mengambil wuduk dengan sempurna.
Langkah 2: Niat & Takbiratul Ihram
Berdiri tegak menghadap Kiblat dan mulakan dengan Takbiratul Ihram beserta niat di dalam hati.
Langkah 3: Rakaat Pertama
- Membaca Doa Iftitah (Sunat).
- Membaca Surah Al-Fatihah (Wajib).
- Membaca Surah Pilihan.
- Rukuk.
- Iktidal.
- Sujud.
- Duduk antara dua sujud.
- Sujud.
- Berdiri semula untuk rakaat kedua.
Langkah 4: Rakaat Kedua
- Membaca Surah Al-Fatihah (Wajib).
- Membaca Surah Pilihan.
- Rukuk.
- Iktidal.
- Sujud.
- Duduk antara dua sujud.
- Sujud.
- Dua tahiyat akhir.
- Memberi salam.
BACAAN SOLAT SUNAT TAHAJUD
- Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan
- Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan

Bacaan Doa Selepas Tahajud
Selepas daripada salam, anda boleh membaca doa tahajud seperti berikut:

Bacaan Rumi:
‘Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq
AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta
Maksudnya:
“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”
Doa Ringkas Selepas Tahajud
Jika tidak mampu membaca doa panjang, memadai berdoa dengan permohonan sendiri seperti. Contohnya:
“Ya Allah, ampunkan dosaku, kurniakanlah rezeki yang halal, kesihatan yang baik dan permudahkan segala urusanku.”
Umat Islam digalakkan berdoa dengan apa-apa permohonan yang baik selepas solat Tahajud kerana waktu sepertiga malam merupakan antara waktu yang mustajab.
Kelebihan Solat Tahajud
Solat tahajud mempunyai banyak kelebihan dan ganjaran yang besar. Ia termasuk antara amalan yang sangat dicintai oleh Allah SWT.
Berikut beberapa kelebihan solat tahajud:
1. Mendapat Kedudukan Terpuji (Maqam Mahmudah): Allah menjanjikan darjat yang tinggi bagi hamba-Nya yang bangun malam (Rujuk Surah Al-Isra’, ayat 79).
2. Waktu Doa Paling Mustajab: Sebagaimana hadis Nabi SAW, pintu langit dibuka pada satu pertiga malam terakhir untuk mengabulkan segala permintaan.
3. Penghapus Dosa & Pencegah Maksiat: Tahajud membantu membersihkan jiwa daripada titik-titik hitam dosa dan memberi kekuatan rohani untuk menjauhi kemungkaran.
4. Ketenangan Wajah: Ulama salaf menyatakan bahawa mereka yang banyak bersolat malam akan dikurniakan cahaya (nur) dan ketenangan pada wajahnya di siang hari.
5. Menenangkan Jiwa dan Memberi Kekuatan Rohani: Bangun malam untuk beribadah melatih disiplin diri, meningkatkan fokus dan memberikan ketenangan hati yang sukar diperoleh pada waktu lain.

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Solat Tahajud, sila rujuk:
- Portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM
- Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM
Soalan Lazim Solat Tahajud
Menurut pendapat muktamad dalam Mazhab Syafi’i, solat malam hanya dinamakan Tahajud jika dilakukan setelah bangun daripada tidur, walaupun tidur itu hanya seketika.
Paling sedikit adalah dua (2) rakaat dengan satu salam. Anda boleh melakukannya berkali-kali (2, 4, 6, 8 rakaat) mengikut kemampuan.
Boleh.
Tidak perlu. Tiada dua kali solat Witir dalam satu malam. Jika anda sudah melakukan Witir (contohnya selepas solat Terawih atau selepas Isyak), anda boleh terus solat Tahajud tanpa perlu mengulangi Witir.
Waktu paling afdal (Satu Pertiga Malam Terakhir) di Malaysia biasanya bermula sekitar jam dua atau tiga pagi sehingga sebelum masuk waktu Subuh.
Boleh. Solat tahajud tetap sah walaupun tidak disertakan witir. Namun, sunat menutup solat malam dengan witir kerana ia adalah amalan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ya. Solat tahajud hanya dikira apabila dilakukan selepas seseorang tidur walaupun sebentar.
Tahajud boleh dilakukan selepas Isyak sehingga sebelum Subuh. Namun, waktu paling afdhal ialah pada sepertiga malam terakhir kerana ketika itu doa lebih mustajab.
Tiada surah khusus yang diwajibkan. Anda boleh membaca mana-mana surah selepas Surah Al-Fatihah mengikut kemampuan.
Boleh dan sangat digalakkan. Selepas membaca doa ma’thur (doa Nabi) dalam bahasa Arab, anda boleh menyambung doa dengan bahasa sendiri untuk meluahkan hajat hati yang spesifik kepada Allah SWT.
BACA JUGA:




