Doa Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)

DOA-DOA SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tak lama lagi anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan UASA, UPKK, SPM, STAM dan STPM. Tentunya kita sebagai ibu bapa turut berasa risau dan mahu mendoakan yang terbaik buat anak-anak kita.

Berikut dikongsikan senarai doa-doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa serta para pelajar dan sesiapa sahaja yang akan menduduki peperiksaan.

Semoga semua calon diberikan ketenangan, kesihatan dan dibukakan keluasan fikiran ketika menjawab soalan.

Selamat maju jaya.

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)

Doa Supaya Mudah Faham Pelajaran

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Allahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifzol mursaliina walhaamal malaaikatil muqorrobiina fii ‘aafiyah, yaa arhamar rohimiin

Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

Doa Sebelum Masuk ke Dewan Peperiksaan

رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatina mil ladunka rahmatan wahayyi’ lanaa min amrina roshada

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Doa Apabila Lupa Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

Subhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.

Doa Mohon Kejayaan Cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

Allahumma innii as a lukal fauza ‘indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa ‘aisyas su’adaa i wan nosru ‘alal a’daa i.

Maksudnya : “Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.

DOA & ZIKIR TAMBAHAN

  • Istighfar – 70 kali
  • Ya Latiff – 100 kali
  • Ya Fattah Ya Wahhab – 25 kali
  • Rabbi Yassir Wakaa Tu’assir Yaa Kariim – 25 kali
  • Surah As-Syarh (Alam Nasyrah Laka Sodrak) – 8/3 kali
  • Surah al-Quraisy – 8 / 3 kali
  • Robbisy Roh Li Sodri – 3 kali :
doa peperiksaan spm

رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى, وَيَسِّرْ لِى أَمْرِى, وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى, يَفْقَهُواْ قَوْلِي 

Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku”.

Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Semoga kita beroleh kejayaan yang diimpikan setelah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Insha Allah….

Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan – JAKIM

Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :


اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

Doa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan

.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ALFATIHAH
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!