Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Nabi Sulaiman adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui. 

Seperti nabi-nabi yang lain, nabi Sulaiman juga dikurniakan mukzikat oleh Allah SWT. Nabi Sulaiman diberikan kebijaksanaan, kekuasaan, dan kemampuan untuk berkomunikasi dengan binatang serta menguasai jin dan malaikat.

Nabi Sulaiman – Mukjizat yang Dikurniakan

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman menggantikan ayahnya sebagai raja Bani Israil. 

Nabi Sulaiman mempunyai kekuasaan yang besar dan menguasai wilayah yang luas, termasuk wilayah Syam, Yaman, dan Mesir. Sebagai raja yang bijaksana dan adil, baginda sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan menerapkan hukum-hukum Allah dalam pemerintahannya. 

Keistimewaan Nabi Sulaiman ialah, Allah mengurnikannya mukjizat boleh berinteraksi secara langsung bersama makhluk lain seperti haiwan dan jin. Semua makhluk patuh kepada perintahnya dengan keizinan Allah SWT.

Firman Allah dalam Surah An-Naml ayat 16 bermaksud:

“Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud, dan dia (Sulaiman) berkata, “Wahai manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh, (semua) ini benar-benar karunia yang nyata.”

Dalam firman Allah yang lain dalam surah yang sama, ayat 18 bermaksud:

“Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

Bukan itu sahaja, nabi Sulaiman juga boleh mengawal makhluk lain seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, Surah An-Naml, ayat 17:

وَحُشِرَ لِسُلَيْمَٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ وَٱلطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ

“Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).”

Selain itu, nabi Sulaiman juga diberikan mukjizat boleh melunakkan tembaga. Hal ini dapat dibuktikan menerusi Surah Saba, ayat 13:

يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

“Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.

(Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.“

Doa Nabi Sulaiman – Agar Dilimpahkan Rezeki

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ 

RUMI: Qâla rabbighfir lî wa hab lî mulkal lâ yambaghî li’aḫadim mim ba‘dî, innaka antal-wahhâb

MAKSUD: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak patut (dimiliki) oleh seorang pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.

[Surah As-Shaad,35]

Doa Nabi Sulaiman – Agar Sentiasa Bersyukur

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

RUMI: Rabbi awzi’nee an ashkura ni’mata kal lateee an’amta ‘alaiya wa ‘alaa waalidaiya wa an a’mala saalihan tardaahu wa adkhilnee birahmatika fee ‘ibaadikas soliheen.

MAKSUD: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

[Surah An-Naml, 19]

Huraian

Doa Nabi Sulaiman dimulakan dengan “رَبِّ” (“Wahai Tuhanku!). Di sini beliau menggunakan kata-kata seruan dari dekat dan secara langsung. 

Kemudian beliau memohon dengan “أَوْزِعْنِي” (Ilhamkanlah aku) atau tumpahkan diriku yakni kumpulkan seluruh diriku dan anggotaku, perasaanku, lidahku, hatiku, fikiranku, perkataanku, susunan perkataanku, amalanku dan tujuanku. 

Begitu juga seluruh daya tenagaku supaya seluruhnya ditumpukan “agar tetap bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku.” 

Ungkapan ini membayangkan nikmat Allah yang telah mengharukan hati Nabi Sulaiman AS pada saat itu dan menggambarkan bentuk perasaan keterharuan, kekuatan tawajjuh dan rasa hatinya yang bergelora ketika beliau menyedari nikmat Allah dan limpah yang dikurniakan kepadanya dan kepada kedua ibubapanya. 

Beliau mengalami nikmat dan rahmat Allah itu dengan penuh perasaan lalu memohon seperti doa di atas.

Kisah Disebaliknya

Kisah disebalik doa nabi Sulaiman ini boleh dibaca daripada Surah An-Naml, ayat 18, sebelum doa tersebut. 

Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Allah SWT berfirman:

حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ ﴿١٨﴾ فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”. 

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan doa di atas. 

Bagindakagum terhadap keprihatinan dan peringatan semut itu kepada kawan-kawannya, serta adanya hidayah yang Allah SWT berikan kepada semut itu. Baginda juga merasa gembira dengan anugerah khusus yang dimilikinya iaitu dapat memahami maksud bahasa semut itu.

Penutup

Jom amalkan doa ini sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Sesiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatNya. InshaAllah. 

RUJUKAN:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!