30+ Doa Bulan Ramadan & Zikir Untuk Diamalkan (Rumi & Arab)

SENARAI DOA-DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN SEMPENA BULAN RAMADAN 2024

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam. Pada bulan ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan baik, kerana ganjaran pahala yang bakal diperoleh adalah berlipat ganda daripada bulan-bulan lain.

Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa, kerana bulan ini merupakan satu bulan mustajab doa. Di mana setiap doa yang kita aminkan dengan izin Allah S.W.T akan dimakbulkan.

Oleh itu, pada artikel ini kami telah senaraikan beberapa doa yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan ini. Bagi anda yang tidak mahir membaca jawi tidak perlu risau kami juga sediakan bacaan rumi untuk panduan anda.

Bulan Ramadan

Bulan puasa atau bulan Ramadan merupakan satu bulan dalam kalendar Islam yang sangat ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia. Hal ini kerana bulan ini merupakan bulan paling mulia dalam agama Islam.

Pada bulan Ramadan ini, umat Islam akan berpuasa daripada makan, minum dan perbuatan yang dilarang bermula dari terbit fajar (Waktu Subuh) sehingga tenggelamnya matahari (Waktu Maghrib).

Pada tahun 2024 ini, bulan Ramadan dijangka tiba pada 12 Mac 2024 ini. Tarikh rasmi bulan puasa ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada malam mencerap anak bulan tersebut.

Waktu Mustajab Doa Bulan Ramadan

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, bulan Ramadan merupakan satu bulan mustajab doa, di mana jika kita berdoa dengan izin Allah S.W.T ia akan dimakbulkan. Oleh itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa berdoa pada bulan ini.

Namun bagi anda yang mungkin tidak tahu bila anda hendak berdoa atau tidak mempunyai masa untuk berdoa sepanjang hari, anda boleh memilih waktu-waktu dibawah untuk anda berdoa.

Kerana waktu di bawah merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa terutam ketika bulan Ramadan:

  1. Waktu Sahur
    • Perkara ini telah disebutkan dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 18 di mana Allah berfirman: “Ketika waktu sahur, mereka berdoa memohon keampunan”
  2. Semasa sedang berpuasa
    • Bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari
    • Rasulullah S.A.W ada menyatakan dalam Hadis Riwayat Ibni Tirmidz, bahawa orang yang berpuasa hingga ia berbuka merupakan antara tiga golongan yang doanya tidak ditolak.
  3. Sewaktu azan berkumandang
    • Dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Rasulullah S.A.W telah menyatakan bahawa doa itu tidak tertolak pada dua waktu iaitu waktu azan berkumandang dan saat perang berkecamuk.
  4. Sewaktu menjelang waktu berbuka puasa
    • Doa mustajab juga ada pada saat  menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Maghrib.
    • Dalam HR Ibnu Majah, beliau telah menyatakan orang yang berpuasa itu doanya pada saat berbuka tidak akan ditolak.
  5. Malam Lailatul Qadar
    • Malam lailatul qadar merupakan satu malam dalam bulan Ramadan yang sangat diimpi-impikan umat Islam. Malam ini merupakan satu malam yang lebih utama dari 1000 bulan.
    • Walaupun kita tidak tahu bilakah malam tersebut akan muncul, kita boleh perbanyakkan doa pada 10 malam terakhir.

Senarai Doa Ramadan Yang Boleh Diamalkan

Berikut merupakan senarai doa-doa yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan:

1. Doa Menjelang Bulan Ramadan

Doa ini dilafazkan sewaktu kita menghampiri bulan Ramadan. Melalui doa ini kita meminta agar Allah S.W.T menyampaikan kita pada bulan Ramadan, diberikan kesihatan yang baik dan diterima amalan kita pada bulan mulia ini.

Berikut adalah doa menjelang bulan puasa beserta bacaan rumi dan makna doa:

doa-menyambut-ramadan

Bacaan Rumi:

Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.

2. Doa Melihat Anak Bulan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan puasa ini akan tiba setelah munculnya anak bulan pada 29 Syaaban. Oleh itu apabila melihat anak bulan, anda boleh membaca doa ini:

doa-melihat-anak-bulan

3. Doa Malam Lailatul Qadar

Doa ketiga ini merupakan satu doa yang diajarkan Rasulullah S.A.W kepada Siti Aisyah rah. seperti yang diceritakan dalam hadis riwayat berikut:

“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: ‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”

– HR. Tirmidzi-
doa lailatul qadar

Bacaan Rumi:

Allahumma innaka ‘ufuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni 

4. Doa Saidina Abdullah Bin Amru

Doa keempat ini merupakan satu doa yang dibacakan oleh Saidina Abdullah bin Amru. Menurut Ibn Abi Mulaikah, Saidna Abdullah bin Amru akan membaca doa ini setiap kali ingin berbuka puasa iaitu:

doa bulan ramadan

Bacaan Rumi:

Allahumma inni as’aluka birahmatika llati wasi’at kulli shay’in an taghfira li

5. Doa Ketika Berbuka Puasa

Saidina Abdullah bin Umar pernah berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila Baginda berbuka puasa, Baginda akan melafazkan ayat dibawah:

doa bulan ramadan

Bacaan Rumi:

Thahabath Thama wabtallatil ‘urooq wa thabatal ajru in shaa Allaah.

6. Doa Kegemaran Rasulullah S.A.W

Doa terakhir yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan ini, merupakan satu doa yang sangat disukai oleh Baginda. Menurut Saidina Anas, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah S.A.W:

doa rasulullah saw

Bacaan Rumi:

Robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakinaa azabannar

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sewaktu bulan puasa yang akan datang.

7. Doa Saidina Ali bin Abi Talib

3 doa yang diamalkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib (كرم الله وجهه) menjelang Ramadan :

  • Ya Allah, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit. Aameen.
  • Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan. Aameen.
  • Ya Allah, berikanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur. Aameen.

Marilah kita sama-sama bergembira dengan ketibaan Ramadan.

Sumber: PUSPANITA MINDEF

DOA-DOA PILIHAN TERINDAH DARIPADA AL-QURAN & HADIS NABI SAW

1. DOA MEMOHON KEAMPUNAN

Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Baginda bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

(HR Tirmizi)

2. SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)

Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Hal ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.

Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga.”

(HR Bukhari)

3. DOA MEMOHON KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

ِرَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

(Surah al-Baqarah: 201)

4. DOA MEMOHON AGAR DITETAPKAN PENDIRIAN

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِىٓ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Surah Ali Imran: 147)

5. DOA AGAR DITERIMA AMALAN

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

(Surah al-Baqarah: 128-129)

6. DOA MEMOHON KETURUNAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّلِحِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh.”

(Surah al-Saffat: 100)

7. DOA MEMOHON PETUNJUK DARIPADA ALLAH

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”

(Surah al-Kahfi: 10)

8. DOA AGAR DIPERMUDAHKAN UNTUK SENTIASA MEMPERBAIKI IBADAH

اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.”

(HR Ahmad)

9. DOA AGAR TERHINDAR DARIPADA FITNAH DAJJAL DAN FITNAH KEHIDUPAN SERTA KEMATIAN

Daripada Aisyah r.a. berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.”

(HR Bukhari)

10. DOA AGAR DIJAUHI DARIPADA PERASAAN HASAD DENGKI

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

(Surah al-Hasyr: 10)

11. DOA MEMOHON RAHMAT DAN KEAMPUNAN

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya: “Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi.”

(Surah al-A’raf: 23)

12. DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM BERAGAMA

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Ya Allah, masukkanlah aku dengan cara masuk yang benar, dan keluarkanlah aku dengan cara keluar yang benar. Dan berikan padaku kekuasaan (pemimpin) sebagai penolong.”

(Surah al‐Isra’: 80)

13. DOA KETETAPAN HATI

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”

(Surah Ali Imran: 8)

14. DOA AGAR MENJADI ORANG YANG SOLEH

أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.”

(Surah al-Naml: 19)

15. ZIKIR BERAT TIMBANGAN

Daripada Abu Hurairah r.a.:

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

Maksudnya: “Ada dua kalimat yang ringan di lisan, berat di timbangan, dan dicintai Allah yang Maha Rahman, iaitu Subhaanallahil ‘azim dan Subhanallah wabihamdihi.”

(HR Bukhari)

16. DOA MEMOHON KETURUNAN

Firman Allah SWT:

رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَ أَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْن

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”

(Surah al-Anbiya’: 89)

17. ZIKIR NABI YUNUS

Firman Allah SWT:

لَا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim.”

(Surah al-Anbiya’: 87)

18. DOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN DIMATIKAN DALAM IMAN

Firman Allah SWT:

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِى لِلْإِيمَٰنِ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا ۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.”

(Surah Ali Imran: 193)

19. DOA PENERANG HATI

رَبِ اشْرَحْ لِى صَدْرِى‏

وَ يَسِّرْ لِى أَمْرِى

وَ احْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى

يَفْقَهُوا قَوْلِى

Maksudnya: “Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, lancarkanlah lidahku agar mereka mengerti perkataanku.”

(Surah Taha: 25-28)

20. DOA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN

Daripada Talhah bin Ubaidillah r.a.:

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

(HR Ahmad)

Sahabat, mari kita benar-benar memanfaatkan malam-malam akhir Ramadan kali ini dengan bermunajat, memohon keampunan dan berdoa sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT. Kita tidak tahu, mungkin Ramadan ini ialah yang terakhir buat diri kita.

Semoga Allah benar-benar sudi memandang kita dan menerima semua amalan yang telah dilakukan. Allahumma ameen.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

30 Contoh Doa Ramadan (Bahasa Melayu)

Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan
Doa bulan Ramadan

Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Contoh Zikir Yang Boleh Diamalkan

Bulan Ramadan merupakan waktu yang tepat untuk beribadah dan mengumpul pahala.

Salah satu ibadah yang bernilai adalah dengan berzikir. Zikir adalah ibadah yang bukan sahaja untuk mengingati Allah malah menjadi salah satu asbab penarik rezeki.

Mari mengamalkan 4 zikir ini agar hidup sentiasa dilimpahi rezeki yang luas.

Anda juga boleh dapatkan buku 40 Hadis Puasa dan Ramadan yang ditulis Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi di Shopee, bagi memahami lagi tentang kemuliaan bulan Ramadan ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!