Dividen KWSP Masuk Akaun Berapa? Ini Cara Pengagihan

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Setiap kali musim pengumuman dividen, antara soalan paling popular ialah: “Dividen KWSP masuk akaun berapa?” Kalau boleh tentu ramai nak dividen ni masuk akaun 3 kan? Ramai pencarum keliru sama ada dividen dimasukkan ke Akaun 1, Akaun 2 atau akaun lain.

Jom kita fahamkan dengan jelas.

Dividen KWSP Masuk Akaun Berapa?

Jawapannya:

Dividen akan dikreditkan mengikut pecahan simpanan dalam akaun masing-masing.

Di bawah sistem semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), simpanan dibahagikan kepada:

  • Akaun Persaraan (75%) – Akaun 1
  • Akaun Sejahtera (15%) – Akaun 2
  • Akaun Fleksibel (10%) – Akaun 3
dividen kwsp akaun berapa

Dividen akan diagihkan berdasarkan jumlah simpanan dalam setiap akaun tersebut. Dividen tidak masuk satu akaun sahaja — ia ikut pecahan simpanan anda.

Pada masa ini, penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah polisi semasa penentuan kadar dividen.

Katakan jumlah simpanan anda:

  • Akaun Persaraan: RM40,000
  • Akaun Sejahtera: RM8,000
  • Akaun Fleksibel: RM2,000

Jika kadar dividen 5%, maka setiap akaun akan menerima 5% daripada baki masing-masing.

Maknanya:

  • RM40,000 × 5%
  • RM8,000 × 5%
  • RM2,000 × 5%
    • Namun begitu, pengiraan sebenar oleh KWSP menggunakan purata baki minimum bulanan, bukan sekadar baki akhir tahun.

Setiap akaun akan bertambah ikut bahagiannya.

Ini bermaksud, jika anda ada caruman RM500 setiap bulan, jumlah dividen akan dikira peratusannya melalui jumlah tersebut dan kemudian akan dibahagikan semula dengan 12 untuk jumlah setahun.

Contoh Kiraan Dividen KWSP dengan caruman RM500 setiap bulan :

Baki dalam Akaun KWSP pada Januari: RM10,000
Caruman RM500 setiap bulan
Kadar dividen tahunan: 5.5% (0.055)

Bulan Baki Bulanan (RM) —- Dividen Bulanan (RM)
Jan 10,000 (10,000 × 5.5%) ÷ 12 = 45.83
Feb 10,500 (10,500 × 5.5%) ÷ 12 = 48.13
Mac 11,000 (11,000 × 5.5%) ÷ 12 = 50.42
… … …
Dis 15,500 (15,500 × 5.5%) ÷ 12 = 70.98

Jumlahkan semua dividen bulanan → Itulah dividen tahunan kita.

Rujuk contoh kiraan yang telah dinyatakan melalui penyata KWSP di bawah:

Bagaimanakah Dividen Dikreditkan?

Bagi tahun 2025, semakan boleh dibuat mulai 28 Februari 2025.

Dividen akan dikreditkan terus ke i-akaun pencarum.

Anda boleh semak melalui:

Kenapa Dividen Tak Boleh Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 3?

Cadangan supaya dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) tidak boleh dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ini kerana dari segi akta ia perlu dikreditkan ke akaun sepatutnya.

Ramai juga tertanya — kenapa dividen tak terus masuk bank?

Jawapannya:
Dividen KWSP adalah pulangan simpanan persaraan, jadi ia akan kekal dalam akaun KWSP dan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat pengeluaran yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) – Dividen KWSP Masuk Akaun Berapa?

Dividen KWSP masuk akaun berapa sebenarnya?

Dividen akan dikreditkan ke setiap akaun simpanan KWSP mengikut pecahan baki semasa — Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Bagaimana cara semak dividen KWSP?

Ahli boleh semak melalui:
i-Akaun KWSP
Aplikasi mudah alih KWSP
Penyata tahunan rasmi

Jika saya ada baki kecil dalam Akaun Fleksibel, adakah tetap dapat dividen?

Ya. Selagi ada baki dalam mana-mana akaun, dividen tetap dikira berdasarkan jumlah simpanan tersebut.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut