Diskaun Bil Elektrik (PEMULIH): Kadar Kelayakan & Kaedah Pengiraan

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini, pemberian diskaun bil elektrik pakej PEMULIH akan mula dimasukkan ke bil pengguna mulai Julai 2021.

Diskaun bil elektrik ini akan diberikan kepada kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021:

Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya.

Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.

Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021.

Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.

Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.

Kelayakan Diskaun Bil Elektrik PEMULIH

Berikut adakah jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil lektrik PEMULIH:

Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan.

Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

Kadar Pemberian Diskaun

Mungkin anda tertanya-tanya berapakah kadar diskaun yang anda layak terima sama ada 40%, 15%, 10% atau 5%?

Berikut jadual pemberian diskaun yang rasmi dari TNB:

Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM 77.00, maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15% ke atas bil mereka.

Kaedah Pengiraan Diskaun

Diskaun bil elektrik dikira menggunakan formula berikut:

Formula Pengiraan Diskaun = % Diskaun  x  [ Caj dalam RM (kW + kWj) + ICPT +  Diskaun Lain (Sekiranya Ada) ]

Peratusan penjimatan yang akan anda terima melalui pemberian diskaun ini adalah seperti berikut:

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian berikut:

  • TNB CareLine di talian 1-300-88-5454; atau
  • E-mel [email protected]; atau
  • Kedai Tenaga yang berdekatan.

Sumber: TNB

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!