Advertisements

PEMULIH: Senarai Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi

Advertisements

Siang tadi telah berlangsungnya pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:

  1. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  2. Menyokong Perniagaan
  3. Meningkatkan Vaksinasi

Senarai Pakej PEMULIH

Berikut antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

  • Bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion termasuk tambahan BPR RM500 pada Julai
  • BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 sehingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR
  • BKC (Bantuan Khas COVID-19) bakal menerima RM500 pada Ogos, November dan RM300 pada Disember
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan kepada individu terkesan berdasarkan data KWSP dan PERKESO
  • Elaun mencari pekerjaan RM300 yang boleh didaftar melalui MyFutureJobs
  • Tambahan RM300,000 untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada semua ahli parlimen
  • Pengekalan harga runcit RON95, diesel, LPG
  • Pengawalan harga minyak masak RM30/botol
  • Subsidi pek polibeg 1kg dikekalkan pada RM2.50
  • Diskaun bil elektrik antara 5-40% had maksimum 900KWJ sebulan
  • Pemberian 1GB data harian Internet secara percuma sehingga 31 Disember
  • Bayaran tambahan GKP 4.0 berjumlah RM500 masing-masing pada September dan November 2021 (pendaftaran dibuka pertengah Julai nanti)
  • PSU 4.0 untuk memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja (tiada syarat had gaji ditetapkan)
  • i-Citra KWSP bagi pengeluaran maksimum RM5,000

Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk Teks Ucapan ini.

Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

BKC merupakan bantuan tunai terbaru yang diperkenalkan dalam pakej PEMULIH.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jumlah bantuan mengikut kategori berikut:

  • Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November;
  • Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan
  • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.
  • Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

Diskaun Bil Elektrik

Kerajaan turut bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.

Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

1GB Data Internet Percuma

Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.

Kemudahan ini yang dianggarkan bernilai 500 juta ringgit bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.

Geran Khas Prihatin GKP 4.0

Bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan September dan Rm500 lagi pada bulan November 2021.

Program i-Citra KWSP

KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Leave a Comment