Permohonan Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022

Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 tajaan DRB HICOM University of Automotive Malaysia untuk pelajar yang keluarganya dalam golongan B40.

Apakah Dermasiswa B40 DRB HICOM dan bagaimana cara untuk memohon?

Jom kami kongsikannya untuk makluman calon yang berminat!

Apakah Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022?

Dermasiswa B40 DRB HICOM University adalah biasiswa penuh khas untuk golongan pelajar B40.

Syarat minimum 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Melayu & Sejarah. ​

Biasiswa ini turut meliputi elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian.​

LATARBELAKANG DRB HICOM UNIVERISTY OF AUTOMOTIVE MALAYSIA

Sejak permulaannya sebagai Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) pada April 2010, Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM menjadi universiti sepenuhnya pada Oktober 2015.

Beroperasi dari kampus seluas 42 ekar yang difasilitasi dengan baik yang terletak secara strategik di DRB-HICOM Automotive Kompleks di Pekan, universiti itu kini menempatkan dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan & Teknologi dan Fakulti Perniagaan & Pengurusan.

Pada masa ini universiti itu menawarkan 51 program daripada pengajian diploma, ijazah dan pasca siswazah dengan memberi penekanan kepada ekosistem automotif.

Sumber: https://www.en.dhuautomotive.edu.my/about-us/

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Kriteria akademik:
  • Lulus SPM dengan 5 kepujian dan ke atas
  • Tiada rekod tindakan tatatertib.
  • Kemahiran kepimpinan yang kuat, aktif dalam kurikulum tambahan, aktiviti sosial dan sukarela.
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga yang sah adalah dalam kategori B40.

(*Nota: B40 bermaksud layak menerima Bantuan Sara Hidup)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses pemilihan.

Nilai Anugerah / Biasiswa DRB HICOM B40

Yuran pengajian penuh, yuran lain, yuran penginapan dan elaun bulanan.

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan bagi Program Dermasiswa B40 adalah seperti yang tertera:

  • Diploma in Automotive Technology
  • Diploma in Occupational Safety dan Health
  • Diploma in Procurement Management
Permohonan Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022

Cara Permohonan

Untuk memohon Dermasiswa B40 ini, sila isikan borang online melalui pautan https://tinyurl.com/DRMSB40 atau terus ke laman web rasmi DRB HICOM dengan klik di link ini https://www.en.dhuautomotive.edu.my/scholarship/

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Alamat : DRB-HICOM Automotive Complex Lot 1449, PT 2204 Peramu Jaya Industrial Area, 26607 Pekan, Pahang

Telefon : 09-4242400

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!