Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM 2020

Nak mohon Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) dari YaPEIM?

Berikut dikongsikan maklumat lengkap cara membuat permohonan beserta syarat kelayakan terkini 2020.

Untuk makluman, selain memohon sumbangan anda juga boleh menderma bagi membantu 40,000 orang pelajar sekolah dan IPTA di bawah program ini.

Penderma akan menerima resit atas nama “Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM” dan resit ini boleh dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk Pengecualian Cukai Pendapatan.

Antara bantuan yang disediakan ialah:

  • Bantuan awal persekolah RM500 (pelajar sekolah)
  • Bantuan persediakan ke IPT RM1,000 (pelajar IPT)

Baca juga: Semakan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Fasa 1

Objektif Inspirasiku YaPEIM

Antara objektif utama Dana Inspirasi Malaysia ialah untuk:

  • Membantu dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  • Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
  • Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia

Permohonan telah pun dibuka Disember tahun lalu dan akan ditutup penghujung bulan Januari 2020.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di sini.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara emel dengan mengisi borang dan salinan dokumen sokongan kepada alamat [email protected]

Syarat am permohonan ialah:

  • Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia 
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Setiap keluarga layak memohon lebih dari satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan.

Pemohon yang telah layak juga boleh memohon bantuan kali kedua namun bergantung kepada kecukupan dana yang dikumpul.

Bantuan Dana Inspirasi Malaysia akan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun (akan dimaklumkan selepas permohonan diluluskan).

Dokumen Sokongan

Berikut senarai penuh dokumen sokongan yang diperlukan ketika memohon dana ini. Antaranya:

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah 
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  9. Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat

Sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dana ini, sila hubungi nombor +603 2717 2717 atau emel ke [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!