BSH 2020: Semakan Status Permohonan Bantuan Sara Hidup (Januari)

Bagi penerima Bantuan Sara Hidup tahun lepas, semakan BSH 2020 boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my bermula Januari nanti (tarikh akan dikemaskini).

Permohonan baru atau urusan kemaskini akan dibuka bulan Februari.

Rayuan BSH juga boleh dibuat sebaik urusan kemaskini dibuka kepada umum.

Bantuan Sara Hidup kini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang akan diagihkan bermula tahun 2021.

Syarat Permohonan BSH 2020

Berikut syarat asas permohonan Bantuan Sara Hidup 2020.

  • Mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Terbuka untuk semua lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah
  • Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan BUKAN Warganegara Malaysia DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid)

Hubungan dengan anak mestilah:

  • Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
  • 18 tahun dan ke bawah

Bagi anak yang berumur 19 tahun ke atas, mestilah:

  • Masih belajar sepenuh masa di Intitut Pengajian Tinggi Awam/Swasta
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Cara Memohon

Permohonan BSH 2020 boleh dibuat secara online.

Caranya:

  1. Layari portal rasmi bsh.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baru”
  3. Lengkapkan maklumat pemohon
  4. Lengkapkan maklumat anak (terhad untuk 4 orang sahaja)
  5. Lengkapkan maklumat bank
  6. Muat naik dokumen sokongan seperti sijil kahwin / sijil lahir anak
  7. Lengkapkan maklumat waris
  8. Buat pengesahan kad pengenalan
  9. Simpan dan hantar

Untuk lebih terperinci, anda boleh download panduan permohonan bantuan sara hidup di sini.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup

Kemaskini boleh dibuat secara online atau manual di mana-mana kaunter LHDNM.

Untuk kemaskini secara manual, pemohon diminta untuk muat turun borang kemaskini bantuan sara hidup.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal Semakan Online.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!