Cara Daftar Pemandu AirAsia Ride Malaysia & Kelebihannya

Berminat untuk menjadi pemandu AirAsia Ride?

AirAsia Ride merupakan antara syarikat pandu seru atau e-hailing yang terbaru di Malaysia dan merupakan alternatif bagi perkhidmatan seumpanya yang ditawarkan oleh Grab, Maxim, MyCar dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, dengan latar belakangnya sebagai anak syarikat kepada syarikat penerbangan Air Asia, pelanggan tidak perlu khuatir akan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Perkhidmatan e-hailing yang ditawarkan ini juga boleh terus digunakan melalui aplikasi Air Asia, jadi pengguna sedia ada aplikasi ini tidak perlu memuat turun aplikasi lain semata-mata untuk menggunakan perkhidmatan AirAsiaRide ini.

Seperti perkhidmatan e-hailing lain, AirAsiaRide juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri antaranya pilihan untuk tempahan kereta jenis “LadiesONLY” dimana pemandunya adalah wanita – sesuai untuk penumpang wanita yang berseorangan.

Pakej AirAsia Ride

AirAsiaRide mempunyai pelbagai pakej e-hailing untuk setiap penumpang bersesuaian dengan bajet dan keperluan mereka:

  1. Premium MPV – Kereta MPV mewah muat sehingga 6 orang penumpang
  2. Allstar – Dipandu oleh krew AirAsia sendiri
  3. LadiesONLY – Pemandu wanita
  4. Anyride – Kereta paling hampir dengan anda
  5. Compact – Harga paling jimat
  6. 6-seater – Ruang lebih luas untuk ramai penumpang atau barang
  7. Taxi – Teksi berdekatan dengan anda
  8. Premium – Kereta mewah dan lebih selesa

Kelebihan Menjadi Pemandu AirasiaRide

  1. Mesti mematuhi peraturan dan peraturan Kementerian Pengangkutan
  2. Dibekalkan dengan lesen PSV, permit e-hailing dan pelekat
  3. Dilindungi oleh insurans
  4. Memerlukan pemeriksaan kenderaan Puspakom
  5. Diperlukan mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 3 tahun
  6. Kenderaan mestilah berumur kurang daripada 10 tahun
  7. Mempunyai akses kepada butang SOS kecemasan

Cara & Proses Pendaftaran

pemandu airasia ride

Sekiranya anda berminat menjadi pemandu AirAsiaRide, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Buka laman AirAsia dan lengkapkan borang di halaman https://www.airasia.com/aa/ride/driver.html
  2. Daftar akaun dengan aplikasi pemandu AirAsia Ride
  3. Klik pada butang “Join as Driver”
  4. Lengkapkan segala maklumat seperti yang tertera dalam borang permohonan
  5. Tunggu sehingga permohonan anda sebagai pemandu diterima oleh pihak AirAsia Ride
  6. Buka semula aplikasi dan mula terima tempahan untuk menjana pendapatan anda!

Selain itu, seperti syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap pemohon perlu mempunyai lesen PSV dan permit EPV untuk menjadi pemandu AirAsia Ride.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!