Cara Daftar Sebagai Pemandu Maxim

Adakah anda berminat untuk daftar sebagai pemandu Maxim?

Maxim merupakan antara syarikat perkhidmatan pandu seru yang semakin meningkat popularitinya di Malaysia dan merupakan alternatif bagi perkhidmatan Grab, MyCar dan banyak lagi perkhidmat seumpamanya di Malaysia.

Syarat mendaftar sebagai pemandu

Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja yang akan dipertimbangkan untuk permohonan mereka sebagai pemandu Maxim:

1. Warganegara Malaysia – Mesti ada IC biru sahaja. IC merah PR dan lesen memandu antarabangsa juga tidak di terima buat masa ini.

2. Nama ada dalam cover note insuran kereta – Perlu mempunyai insuran kereta di mana nama driver ada di dalam insuran kereta. Status ‘ all driver / any authorised driver ‘ juga di terima.

3. Ada kereta sendiri – Kena ada kereta sendiri, tak kira jenis kereta namun perlu tertakluk kepada syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan berkaitan umur, jenis dan keadaa kereta.

Jumlah komisen bergantung pada kawasan, promosi yang diadakan di bahagian tertentu perkhidmatan, dan syarat-syarat kerjasama.

Sekiranya syarat-syarat dipenuhi, anda boleh dapat peratusan minimum.

Maklumat mengenai promosi dan parameter yang mempengaruhi pembentukan peratusan komisen, boleh diperiksa dibahagian “Hubungi Kami” → “Tulis kepada pihak pentadbiran” di laman sesawang https://taximaxim.com/ atau dalam aplikasi Taxsee Driver untuk pemandu.

Aplikasi khas untuk driver

Setiap pemandu Maxim akan menggunakan sebuah aplikasi khas bernama Taxsee Driver dan boleh didapati di Google Play dan App Store.

Untuk memuat turun aplikasi Taxsee Driver ini, sila klik pada salah satu pautan di bawah ini:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengggunna iOS
  3. AppGallery – Untuk pengguguna Huawei

Cara untuk mendaftar

pemandu maxim

Proses permohonan untuk menjadi pemandu Maxim boleh dilakukan melalui laman web rasmi Maxim dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Layari laman rasmi Maxim di alamat https://taximaxim.com/
  2. Pada bahagian menu, klik pada “For Drivers” (English) atau “Untuk Pemandu” (Bahasa Melayu).
  3. Pada halaman berikutnya, klik pada butang “Register
  4. Pilih lokasi anda dan masukkan nombor telefon
  5. Masukkkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon mudah alih anda.
  6. Lengkapkan segala maklumat yang diminta dan muat naik segala dokumen tambahan yang diperlukan.

Setelah permohonan anda sebagai pemandu telah lengkap, anda boleh mula mengambil tempahan.

Aplikasi Maxim akan menunjukkan semua maklumat pesanan, termasuk harga dan kaedah pembayarannya.

Ramai pengguna memilih pembayaran bukan tunai, yang sesuai untuk pembekal perkhidmatan dan pelanggan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!