SELANGKAH: Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor

Bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan kesesakan Program Saringan COVID19 percuma untuk warga Selangor, sila daftar dengan aplikasi SELangkah.

Berikut dikongsikan cara daftar SELANGKAH Selangor dan cara membuat pendaftaran untuk saringan COVID19 percuma bagi warga Selangor.

Apakah SELANGKAH?

Bagi memperkukuh kesiapsiagaan entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif SELangkah: sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu.

Konsep inisiatif SELangkah – Langkah Masuk Dengan Selamat – adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas. Inisiatif ini mempunyai 3 objektif serampang :

  • “Melindungi premis perniagaan,
  • “Melindungi pelanggan
  • “Membantu pasukan baris hadapan”

Seperti juga MySejahtera, para pengunjung premis boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengimbas poster kod QR tersebut, menggunakan fungsi kamera di telefon bimbit, sama ada sebelum memasuki premis ataupun semasa membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis masing-masing.

Cuma yang membezakannya, log lawatan pengunjung premis ini akan dikawal selia oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut (seperti di pasaraya, kedai runcit, pasar borong, dan lain-lain).

Melalui inisiatif ini, semua pengunjung ke premis terlibat dapat dikesan dan dihubungi dengan mudah dan pantas.

Inisiatif SELangkah juga membolehkan pengguna untuk menyertai Program Saringan COVID19 secara percuma.

daftar selangkah

Baca juga: Bantuan Khas RM500 Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Sila rujuk langkahnya di bawah.

Program Saringan COVID19 Percuma Negeri Selangor

Sejak 8-21 Mei 2021, hampir 20,000 individu telah menghadiri Ujian Saringan COVID-19 percuma yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Saringan ini dibuat bagi mengesan kes-kes positif bagi mengelak ‘silent carrier’ dan memutuskan rantaian perebakan.

Individu yang melakukan saringan boleh memeriksa keputusan ujian dalam tempoh 24 jam selepas ujian menerusi aplikasi SElangkah digunakan untuk pendaftaran bagi program saringan.

Berikut adalah lokasi saringan COVID19 percuma Selangor yang terkini.

saringan covid19 percuma selangor

Anda boleh melihat kemaskini maklumat ini melalui aplikasi selangkah dari semasa ke semasa.

SELangkah: Cara Daftar Program Saringan COVID19 Percuma Selangor

Sertai ujian saringan ini dan pra-daftar mengikut langkah ini:

  1. Muat turun aplikasi SELangkah atau pergi ke pautan https://screening.selangkah.my/login
  2. Daftar sebagai pengguna dengan mengisikan maklumat peribadi dan nombor telefon.
  3. Tekan butang Sihat.
  4. Pilih Pendaftaran Saringan.
  5. Daftar dan isikan maklumat pada ruang yang disediakan.
  6. Semak sekali lagi 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.
daftar selangkah

Contoh temujanji adalah seperti berikut:

daftar selangkah

Nota: Jika anda tidak dapat hadir mengikut waktu janji temu, sila sertai program saringan yang lain.

Secara alternatif, hubungi pihak SELANGKAH di Telegram (t.me/Selangkah_my) untuk mengubah janji temu.

Baca juga: Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SELangkah di pautan http://selangkah.my/

ATAU

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!