Cara Daftar Sebagai Pemandu Kumpool

Ingin menjadi pemandu Kumpool?

Kumpool merupakan satu lagi perkhidmatan pandu seru atau e-hailing yang mempunyai konsep menarik dan boleh anda cuba sebagai alternatif kepada Grab, Maxim, AirAsia Ride dan bagi lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pandu seru seumpamanya di Malaysia.

Kenali Kumpool

Kumpool bermula daripada visi berkhidmat kepada masyarakat dan mengembalikan “semangat balik kampung” di bandar kita.

Kumpool berasal daripada perkataan Melayu “kumpul”, yang bermaksud “berkumpul”.

Kumpool dimulakan dengan visi agar sebuah komuniti akan mengagregatkan usaha dan mengekalkan kos yang rendah, khususnya untuk perkhidmatan pengumpulan dan penghantaran bas atas permintaan.​

Kumpool Ride ialah perkhidmatan tempahan bas e-hailing untuk masyarakat.

Ia berfungsi dengan mengumpulkan tempahan penumpang dalam masa nyata dan kemudian menempuh laluan berdasarkan perhentian mengambil dan menghantar semua orang.

Penumpang boleh menikmati tempat duduk yang terjamin dan perjalanan yang selesa dengan tambang yang berpatutan.

Kumpool ialah sebahagian daripada syarikat Causeway Link, salah satu pembekal syarikat bas awam terbesar di Johor Bahru..

Sebab perlu menjadi driver Kumpool

Mengapakah anda perlu mendaftar untuk menjadi pemandndu Kumpool?

  1. Struktur bayaran tertinggi – Dengan skim komisen tertinggi dalam pasaran memastikan semua kerja keras anda berbaloi.
  2. Kebebasan mutlak – Mempunyai kebebasan mutlak untuk memutuskan bila, di mana dan apa yang perlu diterima.
  3. Beg percuma – Dapatkan beg Penghantaran Kumpool eksklusif apabila menyertainya.
  4. Sokongan 24/ – Pasukan sokongan kami sentiasa tersedia untuk anda.
  5. Latihan – Latihan penuh disediakan untuk memastikan anda bersedia untuk pergi.

Syarat mendaftar sebagai pemandu

pemandu kumpool

Bagi individu yang berminat, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut sebelum menghantar permohonan untuk daftar sebagai pemandu Kumpool:

  1. Berusia antara 21 – 60 tahun
  2. Warganegera Malaysia
  3. Mempunyai peranti Android dengan akses internet yang baik
  4. Jenis kenderaan yang dibenarkan adalah motorsikal dan kereta
  5. Lesen kompetan memandu (berdasarkan jenis kenderaan yang ingin didaftarkan).

Cara daftar sebagai pemandu

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai peemandu Kumpool, anda boleh melakukan pendaftaran dengan melengkapkan segala butiran di halaman pendaftaran di laman web rasmi Kmpool di alamat https://kumpool.com.my/driver.php

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!