Cara Daftar Sebagai Pemandu EzCab

Berminat untuk menjadi pemandu EzCab?

EzCab merupakan perkhidmatan pandu seru atau e-hailing yang memberi saingan kepada perkhidmatan seumpanya di Malaysia seperti Grab, Maxim, AirAsia Ride dan banyak lagi.

Menariknya, EzCab bukan hanya menyediakan perkhidmatan pandu seru kereta, tetapi juga motorsikal seumpama perkhidmatan Gojek di Indonesia.

E-hailing motorsikal mungkin pilihan lebih baik untuk ke sesuatu destinasi terutama sekali sekiranya anda berada di kawasan bandar yang sesuai mengalami kesesakan lalu lintas.

Kenali EzCab

EzCab Sdn Bhd ialah sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia yang menyediakan pelanggan dengan platform tempahan perjalanan yang mesra pengguna melalui aplikasi telefon pintar percuma yang dipanggil EzCab.

EzCab ialah platform panggilan telefon Full Fledge Malaysia dengan sokongan pusat panggilan 24/7 yang menawarkan perkhidmatan tempahan pantas untuk teksi, kereta dan kenderaan Mewah, menghubungkan penunggang kepada pemandu dalam satu aplikasi.

EzCab percaya perkhidmatan mereka boleh menyediakan pengguna cara untuk menempah perjalanan dengan mudah untuk ke sesuatu destinasi sama ada penggun ingin menghadiri acara sosial atau membawa pelanggan penting ke mesyuarat, perkhidmatan EzCab akan menyediakan cara yang bebas kerumitan, boleh dipercayai dan profesional untuk berbuat demikian.

Perkhidmatan EzCab kini boleh didapati di Kuala Lumpur, kawasan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Seremban, Johor Bahru, Melaka dan Sabah.

Bagaimanapun, EzCab giat mengembangkan perkhidmatan mereka secara berterusan ke pasaran baharu dalam masa terdekat.

Aplikasi EzCab

Pengguna atau pemandu EzCab boleh memuat turun aplikasi EzCab untuk pelbagai platform dengan mengklik salah satu pautan di bawah ini:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS
  3. App Gallery – Untuk pengguna Huawei

Pastikan anda hanya memuat turun dan memasang aplikasi EzCab daripada sumber yang sah sahaja untuk mengelakkan peranti mudah alih anda digodam oleh individu yang tidak berrtanggungjawab.

Dokumen untuk pendaftaran

Bagi individu yang ingin mendaftar sebagai pemandu EzCab, pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen di bawah bagi membolehkan permohona anda diproses:

  1. Gambar kepala anda (sebaik-baiknya gambar pasport)
  2. NRIC Malaysia (Biru sahaja) – Depan & Belakang
  3. Lesen Memandu Malaysia (Penuh) – Depan & Belakang
  4. Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) – Depan & Belakang
  5. Gambar Pandangan Depan Kenderaan
  6. Nota Muka Depan Insurans
  7. Kad Pendaftaran / Sijil pemilikan kenderaan (VOC) (Pilihan)
  8. Kad OKU Depan dan Belakang (Pilihan)
  9. Borang perubatan (Pilihan – diperlukan untuk pemandu berumur 50 tahun ke atas)

Cara daftar sebagai pemandu

pemandu EzCab

Secara umumnya, terdapat 2 cara untuk daftar sebagai pemandu EzCab:

  1. Secara walk-in : Untuk pemandu yang berada di Lembah Klang, Seremban dan Johor
  2. Secara online : Untuk lokasi lain – Permohonan anda akan diletakkan dalam senarai menunggu dan akan dimaklumkan diluluskan

Untuk pendaftaran secara walk-in, anda boleh hadir ke pejabat EzCab di alamat berikut:

  1. Kuala Lumpur – No.19-1, Jalan 1/46A, Off Jalan Selingsing 7, Taman Niaga Waris, 51200 Kuala Lumpur
  2. Negeri Sembilan – No.116, Lorong Baiduri 2/2, Taman Baiduri Lobak, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
  3. Johor – No.6-01, Jalan Sri Perkasa 2/18, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru

Bagi permohonan secara dalam talian, sila lengkapkan segala maklumat anda melalui borang dalam talian yang boleh didaapti di halaman rasmi EzCab di alamat https://ezcab.com.my/driver-application-form-welcome/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!