Advertisements

Cara Daftar Sebagai Lazada Seller dan Menjual di Lazada

Advertisements

Lazada merupakan salah satu laman e-dagang popular Malaysia dan anda boleh memanfaatkan popularitinya dengan mendaftarkan akaun sebagai Lazada Seller secara mudah dan percuma sahaja.

Walaupun Shopee cukup popular di Malaysia, Lazada tetap mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri di Malaysia dan sebagai penjual, lebih baik anda mendaftarkan akaun untuk kedua-dua laman popular e-daggang ini.

Proses pendaftaran akaun Lazada Seller ini boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih atau laman web Lazada.

Kelebihan Daftar & Menjual Di Lazada

  1. Pendaftaran akaun sebagai penjual adalah percuma
  2. Anda boleh mula menjual sebaik sahaja akaun anda diaktifkan
  3. Platform yang memilih ratusan ribu akaun aktif setiap bulan
  4. Urusan pembayaran diuruskan oleh pihak Lazada sebagai “orang tengah”. Duit dari pembeli akan dikreditkan kepada anda sebaik sahaja pembeli menerima barangan mereka.
  5. Berpeluang menyertai pelbagai kempen dan promosi dari pihak Lazada daripada semasa ke semasa

2 Jenis Akaun Lazada

Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan di Lazada, iaitu ‘Corporate’ dan ‘Individual’.

Anda boleh memilih akaun ‘Corporate’ sekiranya anda telah berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Sekiranya tidak, anda boleh mendaftarkan akaun individu.

daftar lazada

Baca juga: Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual / Peniaga

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Perbezaan “Marketplace” dan “LazMall”

Setiap individu atau syarikat boleh mula menjual di Marketplace dengan memasukkan maklumat-maklumat berikut sewaktu mendaftar sebagai Lazada Seller:

  1. Nama penuh / Nama syarikat
  2. Maklumat bank
  3. Tetapkan nama kedai
  4. Alamat perniagaan
  5. Emel
  6. Nombor telefon

Walau bagaimanapun, bagi pendaftaran LazMall, anda perlu menghantar dokumen-dokumen tambahan seperti sijil pendaftara perniagaan SSM, penyata bank syarikat, sijil cap dagangan atau surat kebenaran produk.

Pendaftaran sebagai penjual di LazMall menjadikan kedai anda lebih dipercayai oleh pengguna Lazada.

lazada seller

Cara Daftar Sebagai Penjual Di Lazada

Untuk mendaftar akaun sebagai Lazada Seller, anda terlebih dahulu perlulah mempunyai akaun pengguna terlebih dahulu.

  1. Layari laman pendaftaran di alamat https://sellercenter.lazada.com.my/apps/register/index?spm=a1zawi.15058717.third_party.d_go_to_register.2e874edfZ2Rr1r&tbpm=3
  2. Masukkan nombor telefon
  3. Klik butang “Next”
  4. Masukkan 6 digit kod yang dihantar telefon mudah alih anda
  5. Klik butang Next
  6. Pilih jenis akaun:
    • Individu – Sekiranya anda mahu menjual sebagai seorang individu
    • Syarikat – Sekiranya anda mahu menjual sebagai sebuah syarikat
  7. Masukkan alamat emel
  8. Masukkan kata kunci dan masukkan sekali lagi kata kunci untuk pengesahan
  9. Lengkapkan segala butiran yang diminta seperti alamat, nombor akaun dan sebagainya untuk melengkapkan proses pendaftaran

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara daftar Lazada, sama ada sebagai pembeli atau penjual, sila rujuk FAQ berkaitan penjualan di laman Lazada https://sellercenter.lazada.com.my/seller/helpcenter/faqs-%E2%80%93-lazada-seller-basics-10097.html?spm=a2a16.helpcenter-psc-topic.articles-list.3.535d4d45ul7Ius

Muat turun aplikasi atau laman web rasmi Lazada di pautan: https://www.lazada.com.my/

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment