Cuti Kuarantin HFMD: Syarat Kelayakan, Tempoh & Prosedur Permohonan

KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN UNTUK PENYAKIT HFMD & PENYAKIT BERJANGKIT

Tahukah anda, dengan pekeliling yang ditambahbaik berkuatkuasa 4 Mac 2022, ibu bapa kini boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 7 Mac 2022.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang kemudahan ini, syarat dan cara permohonan.

Apakah Kemudahan Cuti Kuarantin HFMD?

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) termasuk dalam salah satu penyakit berjangkit yang tersenarai dan layak mendapat cuti kuarantin.

SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT YANG LAYAK MENDAPAT CUTI KUARANTIN ADALAH

  1. HFMD
  2. Demam denggi
  3. Campak (Measles)
  4. Chicken Pox
  5. Difteria
  6. Malaria
  7. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperaku oleh pegawai perubatan

*Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, tambahan “lain lain penyakit berjangkit” memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.

Syarat Kelayakan Cuti Kuarantin HFMD

Nama Kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada “Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan.”

Diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit dan perlu kuarantin.

cuti kuarantin hfmd

Baca juga:

Kadar / Tempoh Cuti

Kadar tempoh cuti / bilangan hari cuti terhad maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Prosedur Permohonan

  1. Dapatkan perakuan dari pegawai perubatan Kerajaan atau swasta
  2. Lengkapkan Borang Permohonan Cuti Kuarantin
  3. Hantar Kepada Ketua Jabatan
cuti kuarantin hfmd
Sumber: Public Health Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk rujukan, boleh muat turun dokumen seperti senarai di bawah pada pautan https://www.jpa.gov.my/…/2458-penambahbaikan-kemudahan… atau imbas Kod QR di poster.

Pertanyaan lanjut:

Tel: 03-8885 5660/ 5692/ 5689/ 5609 atau emel [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!