Cuti Kelantan 2026: Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

cuti kelantan 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tarikh cuti bagi negeri Kelantan 2026 telah dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan negeri Kelantan. Untuk mengetahui Hari Kelepasan Am dan Cuti Sekolah Negeri Kelantan bagi tahun 2026, sila rujuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan di pautan berikut, https://www.kelantan.gov.my/

Dengan adanya kalendar cuti umum dan cuti sekolah Kelantan 2026, diharap ia dapat memudahkan banyak pihak membuat perancangan lebih awal bagi tahun 2026 kelak.

Rujuk info penuh Cuti Umum Kelantan 2026 di bawah.

Tarikh Cuti Umum Kelantan 2026

Takwim Cuti Selangor dan Hari Pelepasan Umum 2026 untuk rakyat negeri Kelantan adalah seperti berikut:

HARI-HARI KELEPASAN AM (PERSEKUTUAN)TARIKHHARI
Tahun Baharu Cina29 Syaaban 1447H
17 Februari 2026
Selasa
Tahun Baharu Cina (Hari Kedua)30 Syaaban 1447H
18 Februari 2026
Rabu
Hari Raya Puasa *01 Syawal 1447H
21 Mac 2026
Sabtu
Hari Raya Puasa (Hari Kedua)*02 Syawal 1447H
22 Mac 2026
Ahad
Hari Pekerja13 Zulkaedah 1447H
01 Mei 2026
Jumaat
Hari Raya Qurban *10 Zulhijjah 1447H
27 Mei 2026
Rabu
Hari Raya Qurban (Hari Kedua)*11 Zulhijjah 1447H
28 Mei 2026
Khamis
Hari Wesak14 Zulhijjah 1447H
31 Mei 2026
Ahad
Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong15 Zulhijjah 1447H
01 Jun 2026
Isnin
Awal Muharam (Maal Hijrah)01 Muharam 1448H
17 Jun 2026
Rabu
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)12 Rabiul Awal 1448H
25 Ogos 2026
Selasa
Hari Kebangsaan18 Rabiul Awal 1448H
31 Ogos 2026
Isnin
Hari Malaysia04 Rabiul Akhir 1448H
16 September 2026
Rabu
Hari Deepavali *28 Jamadil Awal 1448H
08 November 2026
Ahad
Hari Krismas15 Rejab 1448H
25 Disember 2026
Jumaat

HARI KELEPASAN AM (NEGERI) TAHUN 2026

(NEGERI KELANTAN)

HARI-HARI KELEPASAN AM (NEGERI KELANTAN)TARIKHHARI
Tahun Baharu Cina (Hari Kedua)30 Syaaban 1447H
18 Februari 2026
Rabu
Hari Nuzul Al-Quran17 Ramadan 1447H
07 Mac 2026
Sabtu
Hari Wukuf09 Zulhijjah 1447H
26 Mei 2026
Selasa
Hari Raya Qurban (Hari Kedua)11 Zulhijjah 1447H
28 Mei 2026
Khamis
Awal Muharam (Maal Hijrah)01 Muharam 1448H
17 Jun 2026
Rabu
Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V17 Rabiul Akhir 1448H
29 September 2026
Selasa
Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V18 Rabiul Akhir 1448H
30 September 2026
Rabu

Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM 2026

Berikut pula dikongsikan senarai penuh tarikh-tarikh cuti umum bagi tahun 2026 untuk setiap negeri di Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

Bagi negeri Kelantan, Cuti Hari Kelepasan Am Persekutuan 2026 adalah pada:

  • Hari Tahun Baru Cina – 17 Februari
  • Hari Raya Puasa – 21 & 22 Mac
  • Hari Pekerja – 1 Mei
  • Hari Raya Qurban – 27 & 28 Mei
  • Hari Wesak – 31 Mei
  • Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong – 1 Jun
  • Awal Muharram – 17 Jun
  • Maulidur Rasul – 25 Ogos
  • Hari Kebangsaan – 31 Ogos
  • Hari Malaysia – 16 September
  • Hari Deepavali – 8 November
  • Hari Krismas – 25 Disember

Cuti Hari Kelepasan Am Negeri 2026 untuk negeri Kelantan pula adalah pada:

  • Tahun Baru Cina 2026 – 18 Februari
  • Hari Nuzul Al Quran – 7 Mac
  • Hari Arafah – 26 Mei
  • Hari Keputeraan Sultan Kelantan – 29& 30 September

Harap maklum bahawa tarikh yang dinyatakan di atas tertakluk kepada sebarang perubahan terkini yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Kelantan pada bila-bila masa.

Tarikh Cuti Sekolah 2026 untuk Negeri Kelantan

Berikut pula adalah takwim persekolahan dan tarikh cuti sekolah bagi sekolah-sekolah di seluruh Kelantan seperti yang telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kelantan termasuk dalam Kumpulan A yang mana sekolah-sekolah di negeri ini cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Negeri-negeri dalam kumpulan ini adalah:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Kedah

Untuk kumpulan A, berikut ialah kalendar akademik dan cuti sekolah 2026:

  • Cuti Penggal 1: 20 Mac – 28 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan Tahun 2026: 22 Mei – 6 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2: 28 Ogos – 5 September 2026
  • Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2026: 4 Disember – 31 Disember 2026

Manakala, kalendar cuti perayaan pula adalah seperti berikut:

Aidilfitri & Cuti Sekolah: Cuti Hari Raya Aidilfitri 2026 jatuh dalam tempoh Cuti Penggal 1. Ini bermakna pelajar di Kelantan akan bercuti panjang dari 19 Mac sehingga 28 Mac 2026.

Aidiladha: Hari Raya Qurban (27 Mei) jatuh dalam tempoh Cuti Pertengahan Tahun, memberikan peluang untuk pulang beraya di kampung dengan lebih lama.

Soalan Lazim Cuti Kelantan 2026

Berikut soalan lazim tentang cuti umum dan cuti sekolah di negeri Kelantan bagi tahun 2026

Adakah 1 Januari (Tahun Baru) cuti di Kelantan?

Tidak. Kelantan adalah antara negeri yang tidak mewartakan 1 Januari sebagai hari kelepasan am, sama seperti Kedah, Terengganu, Johor, dan Perlis.

Apakah hari kelepasan mingguan di Kelantan?

Hari kelepasan mingguan di Kelantan adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari bekerja rasmi bagi sektor kerajaan adalah dari Ahad hingga Khamis.

Apa jadi jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu?

Mengikut peraturan di Kelantan, jika hari kelepasan am jatuh pada hari Jumaat, ia akan digantikan pada hari Ahad. Jika jatuh pada hari Sabtu, biasanya tiada cuti gantian automatik melainkan ia melibatkan dua cuti berturut-turut atau pengumuman khas kerajaan negeri.

Adakah Hari Deepavali cuti di Kelantan?

Ya, mengikut kalendar 2026, Deepavali (8 November) adalah cuti umum Persekutuan yang turut disambut di Kelantan, namun cuti gantian (jika jatuh pada hari mingguan) tertakluk kepada pekeliling semasa.

Dekat mana boleh tengok senarai cuti umum negeri Kelantan untuk tahun 2026?

Sila rujuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan di pautan berikut, https://www.kelantan.gov.my/

Kelantan termasuk Kumpulan A atau Kumpulan B untuk cuti sekolah KPM?

Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah termasuk dalam Kumpulan A, di mana cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut