Cukai Taksiran DBKL: Semakan & Pendaftaran DBKLBayar

Bagi pemilik kediaman/bangunan/tanah di Kuala Lumpur, maka anda perlu membayar Cukai Taksiran kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL).

Cukai taksiran, juga dikenali sebagai cukai pintu, adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran tempatan untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Cukai ini pada asasnya adalah caj untuk mengekalkan kesejahteraan kawasan setempat seperti membayar bil lampu jalan, kos pembersihan dan lain-lain kos yang dirasakan perlu.

Kini urusan semakan dan pembayaran cukai taksiran ini lebih mudah, boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal khas yang dikenalai sebagai DBKLBayar.

Pengenalan DBKLBayar

Portal yang memberikan kemudahan pengurusan pembayaran perkhidmatan, paparan penyata bayaran serta dapat melihat kesemua akaun yang dimiliki oleh pelanggan dengan DBKL.

Portal DBKLBayar ini adalah penjenamaan semula dari CSSP.

Melalui portal ini, pengguna boleh menyemak, membayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang pelanggan miliki bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti akaun:

  • Cukai Taksiran DBKL
  • Sewaan Perumahan
  • Sewaan Parkir
  • Sewaan Gerai Pasara
  • Sewaan Hartanaha
  • Perbadanan Pengurusan
  • Pembayaran Invois (kontraktor) dan lain-lain lagi

Cara Daftar DBKLBayar

bayar cukai taksiran dbkl

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun anda dengan DBKLBayar dan mula membayar Cukai Taksiran DBKL anda:

  1. Layari laman web https://dbayar.dbkl.gov.my/
  2. Klik pada pautan “Daftar Sekarang”
  3. Lengkapkan maklumat individu / syarikat
  4. Semak emel dan aktifkan akaun DBKLBayar anda

Artikel menarik: Aduan Potholes DBKL: Cara Hantar Aduan Melalui WhatsApp

Semakan Cukai Taksiran DBKL

Mulai tahun 2024 tiada lagi bil bercetak akan dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kini anda boleh menyemak, membayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang pelanggan miliki bersama DBKL yang boleh diakses dimana sahaja dengan menggunakan jaringan data internet sedia ada.

Setelah anda mendaftarkan dan mengaktifkan akaun anda, anda boleh melakukan terus semakan cukai taksiran DBKL anda terus melalui dahshboard DBKLBayar anda.

Cara bayar Cukai Taksiran DBKL

Bayaran secara dalam talian (online)

Anda boleh membayar terus cukai taksiran ini melalui portal DBKLBayar selepas anda selesai mengaktifkan akaun anda.

Pihak DBKLBayar menerima pembayaran melalui kad kredit/debit, perbankan atas talian dan FPX.

Bayaran secara manual

Bagi anda yang tetap mahu membuat bayaran cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur secara manual, anda boleh melakukannya dengan mengunjungi mana-mana kaunter yang terdapat di lokasi seperti lampiran di bawah:

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai portal DBKLBayar atau Cukai Taksiran DBKL, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian 1 800 88 3225 atau 03-2617 9000

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!