Cukai Petak: Maksud, Semakan dan Cara Bayaran

Kita biasa dengar mengenai cukai taksiran, cukai tanah dan cukai pintu tapi apakah pula Cukai Petak atau ‘parcel rent’?

Bagi pemilik rumah atas tanah, anda tidak perlu membayar cukai petak sebaliknya cukai ini dikenakan bagi pemlik harta rumah bertingkat seperti Pangsapuri, Apartmen, Kondominium, Town House atau Komuniti Berpagar dan Berpengawal (Gated and Guarded Community).

Maksud Cukai Petak

Cukai petak ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap hakmilik strata, bagi menggantikan pengenaan cukai tanah.

Ianya bukan bayaran tambahan ke atas cukai tanah yang sedia ada sebaliknya menukarkan cukai tanah kepada cukai ke atas pemilik petak.

Sekiranya sesuatu petak masih belum dipindahmilik daripada pemaju kepada pembeli, pembeli masih bertanggungjawab menjelaskan cukai tersebut kerana pemaju tidak mempunyai tanggungjawab membayar cukai setelah pemilikan kosong “vacant possession” diserahkan kepada pembeli.

Sistem ini dilihat dapat menjaga kepentingan setiap pemilik bagi memudahkan proses pindahmilik hartanah Strata kelak kerana tidak dipengaruhi oleh tunggakan Cukai Tanah Induk seperti sebelumnya.

Terdahulu Cukai Tanah bagi hartanah Strata dikenakan ke atas Hakmilik Induk (Master) kepada Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body atau JMB).

MB yang kemudiannya akan membahagikannya sesama pemilik petak secara sama rata tanpa mengikut keluasan unit masing-masing dan mengenakan bayaran secara berasingan bersama-sama caj penyelenggaraan.

Kini pembayaran cukai bergantung kepada tanggungjawab setiap pemilik untuk melunaskan cukai masing-masing.

Walau bagaimanapun, cukai taksiran (cukai pintu) masih perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan kerana Cukai Taksiran ini berbeza dari cukai ini.

Artikel berkaitan: Semakan Cukai Tanah Setiap Negeri & Cara Bayaran Online

Cara semakan dan bayaran

Secara umumnya, cara semakan Cukai Petak dibuat sama sahaja dengan cara semakan Cukai Tanah yang boleh disemak melalui  Pejabat Tanah dan Galian negeri masing-masing.

Untuk bayaran cukai tanah online mengikut negeri, sila klik pautan di bawah menegikut negeri pemilikan hartanah anda:

  1. Selangor – https://ehasil.selangor.gov.my/app/search
  2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
  3. Perak – https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
  4. Melaka – https://ebayar.melaka.gov.my
  5. Negeri Sembilan – https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
  6. Pulau Pinang – https://ebayar.penang.gov.my/
  7. Pahang – https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
  8. Johor – https://onlinepayment.johor.gov.my/
  9. Kedah – https://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
  10. Perlis – https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
  11. Terengganu – http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
  12. Kelantan – https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
  13. Sabah – http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/

Walau bagaiamanpun, setiap negeri berkemungkinan mempunyai kaedah alternatif untuk membuat semakan dan bayaran Cukai Pintu selain daripada bayaran secara dalam talian melalui pautna yang disenaraikan di atas.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!